Ramai yang jual kek coklat moist dalam bekas kecil macam ni. Tapi kalau kita nak buat untuk makan sendiri boleh saja.
Boleh ikut langkah dikongsi Nasriah Ramli. Kek coklat moist ini katanya untuk manisan anak-anak di rumah.
Jelas Nasriah, cara buatnya mudah, bancuh pakai blender saja. Bagi yang nak cuba, boleh ikut langkah demi langkah ini. Nak mulakan jualan pun boleh juga.
Bahan A
1 cawan gula halus
1 cawan serbuk koko
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak
Campur semua bahan A, Masak atas api kecil sampai larut.
Ads
Bahan B
1 cawan tepung gandum
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
Satukan bahan B dan ayak
Bahan C
3 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
Masukkan bahan dalam blender, kisar hingga putih
Cara membuat:
Ads
Masukkan bahan A ke dalam bahan B. Kemudian masukkan bahan C. Guna pemukul whisk saja dan bancuh hingga sebati dan tiada ketulan tepung.
2. Panaskan periuk kukusan tuang adunan kek dalam bekas kecil seperti dalam gambar dan kukus selama 15 minit. Angkat dan sejukkan.
3. Sediakan bahan untuk topping coklat. Bahan-bahannya:
1 cawan serbuk koko
1 cawan minyak (minyak masak/jagung/sayur)
1 cawan susu pekat manis
Ads
4. Cara buat topping coklat
-Satukan semua bahan dan masak menggunakan teknik double boiler. Masak hingga larut dan tidak berketul.
-Angkat dan biarkan suam sedikit sebelum dituang ke atas kek tadi.Tabur coklat rice untuk hiasan. Sedia untuk dinikmati.
Orang perempuan ni selalu tidur lambat untuk setelkan kerja rumah, ada tu yang bawa pulak kerja dari pejabat untuk buat di rumah.
Hasilnya terjadilah mata lebam, hitam sekitar mata atau orang panggil mata panda. Masalah ini kalau yang terjadi memang sudah nak hilang.
Tapi ada banyak petua yang boleh kita guna untuk bantu kurangkan masalah ini. Cuma keberkesananya belum tentu lagi.
Bagi korang yang mungkin dah cuba macam-macam petua tapi tak berjaya mungkin boleh cuba cara yang dikongsi oleh Aisyah Badar Bajrai ini pula.
Mengalami masalah yang sama, dia menghasilkan sendiri serum untuk mengatasi masalah dark circle sekitar mata. Bestnya selepas macam-macam petua diguna, ini satu-satunya cara yang berkesan buat dirinya. So korang pun boleh cuba.
Cara atasi ‘mata panda’ yang liat nak hilang
Kalau orang lain ada masalah kulit jerawat, Aisyah pulak masalah dark circle. Lagi sekarang selalu tidur lambat, lagi menjadi jadi la dark circle ni.
Memacam petua Aisyah dah try untuk hilangkan dark circle ni. Orang cakap pakai timun, kentang, Aisyah buat tapi dark circle ni liat nak hilang. Tak kurang langsung sampai lah Aisyah jumpa petua ini.
Caranya buat sendiri serum dari 2 bahan. Ok, jom tengok bahan and cara buat serum ni.
2 sudu besar gel aloe vera
2 kapsul minyak vitamin E
Cara membuat
Gunting softgel vitamin E, pastu masukkan minyak dalam aloe vera dan kacau rata-rata. Nanti aloe vera korang akan jadi putih macam dalam gambar.
2. Cara pakai serum ni senang saja. Amik calit sikit pada dan sapu lembut-lembut pada bawah mata dengan kelopak mata. Pastu biarkan saja, tak yah basuh okey. Pakai 2 kali sehari.
3. Tapi kalau dark circle korang kategori serius sampai orang tak dapat beza mata korang dengan mata panda. Korang wajib konsisten pakai at least 2 minggu. Baru nampak kesan.
Share petua ni dengan rakan yang ada mata panda, mana tau petua ni berkesan untuk mereka juga.
Bawa kereta pandai tapi bab penjagaan kereta failed. Selalu dikaitkan dengan wanita tapi rasanya golongan lelaki ada juga yang begini.
Dah beli mahal-mahal, kereta kenalah jaga, kena hantar servis. Dan dalam rutin servis kereta ini ada beberapa perkara asas yang kita perlu tahu supaya tak tertipu dengan bengkel yang mungkin akan ambil kesempatan bila kita tak tahu apa-apa.
1. Minyak hitam
Minyak hitam yang bukan jenis sintetik perlu ditukar pada setiap perjalanan menjangkau 5,000km atau selama 3 bulan. Kalau minyak hitam jenis sintetik, berkemungkinan dalam jumlah perjalanan 7,500km sehingga 10,000km.
2. Filter
Sama juga seperti minyak enjin. Minyak mineral biasa perlu ditukar selepas 5000km manakala minyak sintetik boleh ditukar apabila menjangkau 7500km hingga 10,000km
Kebiasaannya, apabila menukar minyak enjin, anda juga disyorkan untuk menukar juga filter minyak (oil filter).
3. Spark Plug
Ditukar selepas 20,000 km perjalanan mengikut buku jadual penyelenggaraan.
Jika anda menggunakannya sampai 30,000 hingga ke 40,000 km juga tidak menjadi masalah. Alatan ini bukan kritikal sangat.
Tetapi kalau dah lebih 40,000 km tidak ditukar, “electrode” akan menipis, maka perlu ditukarkannya.
4. Bateri kereta
Selepas 18 bulan hingga 2 tahun, anda boleh menukar bateri kereta anda bergantung pada cara penggunaan.
Jika anda sering membuat pengisian semula air suling bateri, ianya boleh bertahan sampai 2 tahun. Kalau selalu lupa refill dan selalu kering, dalam masa 6 bulan pun bateri boleh “kong”.
Free maintenance battery lain pulak ceritanya. Tidak perlu “top up” air, tetapi hargaya mahal sedikit daripada bateri biasa.
Tips: Apabila beli bateri belilah bateri kereta daripada jenama yg boleh dipercayai.
Bateri yang baik kebiasaanya lebih berat daripada bateri yang kurang baik.
5. Timing belt
Bila perlu ditukar? Anda hanya perlu menukar timing belt mengikut jenis kenderaan yang anda gunakan. Ramai orang tersilap kerana menukar timing belt hanya selepas 60,000km perjalanan walaupun sebenarnya ianya masih elok lagi.
6. Clutch plate
Cluth Plug ini kebiasaannya jarang ditukar ganti melainkan kereta anda mengalami simptom “cluth slipping” semasa sedang memandu.
7. Fuel filter
Anda boleh menukarkannya apabila perjalanan kenderaan mencecah setiap sekitar 40,000km. Harga peralatan ini dalam sekitar RM15.00 hingga RM20.00.
8. Air filter (Filter Udara)
Perlu ditukar setiap 20,000km. Tetapi untuk mereka yang tukar kepada K&N type, anda sudah tidak perlu menukarnya lagi, cukup sekadar anda membersihkannya sendiri sahaja.
9. ATF (Automatic Transmission Fluid)
Minyak ni memang penting bagi kenderaan jenis AUTO. Dalam buku manual ada dinyatakan setiap 20,000 km perlu ditukar. Tetapi boleh dilanjutkan hingga 30,000 km kepada pengguna yang ingin berjimat.
Jangan abaikan (contohnya tidak tukar lebih dari 30,000 km) kerana kerosakan kepada AUTO gearbox perlukan perbelanjaan yg besar.
Kalau anda rajin tukar, kereta anda tidak perlu Transmission Flush seperti yg disyorkan oleh sesetengah bengkel.
10. Gear oil
Untuk mereka yang pakai manual gearbox, kereta anda tak perlu pakai ATF tetapi sebaliknya perlu gunakan Gear Oil. Ia boleh tukar dalam 60,000km perjalanan sekali.
11. Brake fluid dan Power steering fluid
Kalau rajin boleh flush keluar ganti baru setiap 60,000 km.
12. Radiator coolant
Harga sebotol adalah RM8 – RM15. Selalunya berwarna hijau! Setiap 60,000km bolehlah ditukar sekali.
Jikalau air radiator anda berwarna jernih, maknanya guna air paip biasa sahaja dan tidak berapa bagus. Gunakanlah coolant, enjin lebih cepat panas dan juga tak mudah mendidih!
13. Air-cond belt/ Alternator belt
Belt-belt ni perlu ditukar sama waktu dengan timing belt, seandainya kita terlupa menukarkannya sewaktu servis sebelum-sebelum ni.
Belt Air-con dan juga alternator mudah dikenal pasti akan perlunya ditukar atau tidak. Ini kerana belt-belt ni letaknya diluar dan boleh nampak.
Kalau bahagian “ribs”nya dah ada”crack-crack” yang halus. Maka eloklah ditukar belt tersebut. Jangan tunggu masa timing belt nak tukar, baru nak ditukar belt-belt ini.
14. Minyak hitam
Untuk minyak mineral, perlu ditukar selepas 5000 km ataupun 3 bulan, manakala minyak semi-sintetik utk 10,000km atau 6 bulan, dan minyak sintetik selepas 15-20,000 km atau 1 tahun.
Berhati-hati ketika membeli minyak hitam di kedai spare part kerana terdapat minyak “tidak berkualiti” yang disediakan oleh pengusaha atau mekanik bengkel.
Botol mungkin ada cap jenama Castrol, Shell, Petronas, Eneos dan lain-lain. Tetapi dalam sebenarnya adalah minyak murah “made in China”. Dalam satu hari ada beribu-ribu botol minyak hitam kosong wujud di bengkel-bengkel.
Pengusaha bengkel tertentu mengarahkan pekerjanya untuk mengambil botol-botol kosong ini dan refill serta diletakkan seal baru supaya dapat mengaut keuntungan lebih.
Adalah lebih selamat beli minyak di stesen minyak yang pasti tulen. Melainkan kalau betul-betul yakin dengan kedai spare part yang anda kunjungi itu.
15. Ikut jadual maintenance
Perlu diingatkan maintenance schedule yang mengikut “km” atau masa “3 bulan”, “6 bulan” dan seterusnya hanya memudahkan pengguna-pengguna kereta melakukan penyelengaraan.
Maksudnya, benda yang kita tukar itu belum tentu rosak, tapi kita dah tukar. Preventive maintenance ini mampu mengelak dari pengguna kereta menghadapi kerosakan yang kritikal dimasa akan datang!
Ada banyak lagi sebenarnya yang kena tahu, boleh belajar sedikit demi sedikit.
Berseri laman dihias dengan pokok bunga ros atau mawar. Bukan sekadar cantik, bau pun harum.
Tapi biasa terjadi bila tanam pokok ros, bunga yang keluar tak banyak, sekadar boleh kira dengan jari. Sampai kita ternanti-nanti bila nak berbunga lagi.
Jika pokok bunga ros tak berbunga lebat, boleh ikut petua yang dikongsi oleh Puan Nozi Abdul Ghani. Petua mudah, tapi sekali berbunga 50 kuntum. Meriah!
Sekali berbunga 50 kuntum, ini petuanya
Hari ni saya share tip pokok bunga ros sentiasa berbunga tak putus. Caranya;
1. Bila basuh beras, simpan airnya. Apabila keluarkan ikan dari freezer untuk dimasak rendam dalam air beras tadi.
2. Kulit bawang yang dikupas untuk masakan juga boleh masukkan sekali dalam air beras tadi.
3. Siram pokok ros setiap hari menggunakan air ini.
Alhamdulillah tak pernah pakai baja selain selain air ini. Sekali berbunga 50 kuntum.