Tak Perlu Buang Kulit, Buat Kerang Sambal Tumis Macam Ni Lagi Sedap. Ratah Lagi Layan

Share

Selalu kerang sama ada kita rebus atau buat masak kerabu. Ataupun isi kerang kita kupas buat sambal dan juga masak rendang.

Tapi resepi ini lain sikit, kerang yang belum dikupas ini boleh juga dibuat masak sambal tumis. Hidangan ini memang sedap kalau diratah. Resipi ini adalah hasil perkongsian Nurul Ain Muhamad Hassan

.

Sambal Kerang Tumis, Ratah Lagi Layan

Bahan-bahan

Kerang – dicuci bersih
Bawang besar – 2 biji dihiris
Serai – satu batang diketuk
Bawang putih dan bawang merah – dikisar
Cili kering -kisar
Daun kesum – dihiris
Bunga kantan – 1 batang dihiris
Daun bawang dihiris

Cara membuat:

1. Tumis bawang besar yang dihiris bersama serai sehingga naik bau. Kemudian masukkan bawang kisar lalu tumis hingga sedikit garing.

2. Masukkan cili kisar (sukatan ikut cita rasa pedas). Tumis hingga cili betul-betul masak dan pecah minyak.

3. Perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa secukupnya. Kemudian masukkan hirisan daun kesum dan bunga kantan (jika suka). Kalau letak kantan ini rasanya akan jadi lagi sedap.

4. Bila sambal dah agak kering masukkan kerang yang dicuci bersih.

5. Tutup kuali dalam 5-10 minit kemudian taburkan bawang yang dihiris.

Siap!

Selamat mencuba.

Sumber: Nurul Ain Muhamad Hassan

Artikel berkait:

Petua Bersih Kulit Kerang Sampai Jadi Putih, Isi Pun Lebih Sedap

Published by
VK