Kalau ada bercucuk tanam atau berkebun di rumah, masalah serangga memang tak boleh dielakkan. Boleh habis tanaman dikerjakan.
Biasanya untuk elak serangan perosak ini kita akan guna racun serangga walau pun tahu kesan penggunaan bahan kimia ini.
Tapi sebenarnya ada saja cara semula jadi yang boleh kita lakukan untuk elak penggunaan racun serangga ini. Caranya tanam 6 jenis tanaman penghalau serangga perosak dalam kebun.
6 jenis tanaman penghalau serangga perosak
1. Kucai elak kumbang
Kucai adalah tanaman herba yang paling mudah ditanam. Ia boleh hidup dalam tanah yang dipenuhi kompos dan bahan organik. Menghasilkan bunga berwarna putih, ia boleh hidup di bawah matahari penuh atau redup. Bahan kimia yang terkandung pada kucai dapat menghalang kehadiran afid dan kumbang di tanaman.
2. Pudina halang lalat putih
Ads
Tanaman ini hidup di dalam tanah lembap. Ia biasa ditanam di dalam pasu atau batasan. Kelebihan pudina bukan sahaja bersifat edible, ia juga dapat menghalang kehadiran serangga seperti lalat putih yang memakan bahagian bawah daun, serangga, semut dan pepijat.
3. Petunia hindari pepijat & belalang
Selain daripada tanaman herba, tanaman hiasan juga mempunyai keupayaan sebagai agen penghalau serangga perosak. Petunia adalah musuh kepada kumbang tanduk, pepijat, dan belalang
4. Bayam duri halau ulat beluncas
Ads
Bayam ini adalah spesies Amaranthus yang sesuai ditanam di pinggir kebun untuk menghalau sejenis ulat berbentuk seakan-akan ulat beluncas.
5. Ulam Raja elak kupu-kupu tinggalkan larva
Ulam raja merupakan musuh ketat kepada kupu-kupu. Bahaya kupu-kupu yang meninggalkan larva di bawah daun boleh melemahkan tanaman. Ulam Raja juga dapat menghalang serangan lipas di kediaman anda.
6. Ketumbar halau kumbang/hama
Ads
Tumbuhan ini merupakan satu kemestian di dapur. Kebaikan padanya bukan sahaja menyedapkan makanan, ia juga dapat menghalau kumbang, afid dan hama yang disebut sebagai spider mite.
Posisi tanam tanaman penghalau serangga
Selang selikan tanaman ini antara pokok sayuran atau tanamkan pokok ini di setiap penjuru kebun. Angin akan membawa bau tanaman ini ke seluruh kebun dan menjadi penghalau semula jadi pada serangga perosak di kebun.
Nota
Tumbuhan penghalau serangga yang lain
– Serai wangi
– Daun kesum
– Daun pandan
– Kemangi
– Bawang
– Limau purut
Hidangan pizza memang jadi kegemaran ramai. Tapi nak beli selalu faham-fahamlah harganya.
Untuk lebih jimat jomlah buat sendiri. Tak perlu susah-susah uli doh untuk roti, kita guna cara ekspres. Guna roll up wrap saja. Hasilnya akan jadi macam piza kulit nipis dan boleh dapat 5 keping pizza.
Paling best, pizza simple dan ekspres ini hanya guna empat bahan saja. Cara membuat boleh ikut perkongsian Salsabila Hisham.
Pizza simple dan ekspres
Hasil pizza ini macam ala-la domino roti nipis tu. Cuma perlu empat bahan saja iaitu
Roti Wrap Gardenia
Sosej
Mozarella Cheese
Lada Benggala
Cara membuat
Letak roti wrap atas baking paper. Letak sos tomato nipis atas roti, kemudian susun sosej (boleh guna sosej Ayamas Cheese) yang dihiris nipis.
2. Kemudian tabur lada benggala yang dihiris memanjang (boleh guna lada benggala kuning, hijau atau merah).
3. Paling penting tabur mozarella cheese, boleh letak tebal jika suka. Pastikan guna jenis keju ini untuk efek keju tarik macam pizza biasa.
4. Seterusnya boleh bakar dalam oven dengan kepanasan suhu 150-200 darjah celcius selama 7-10 minit. Api atas dan bawah.
5. Pastikan roti tu agak garing baru angkat. Hasilnya boleh dapat 5 biji pizza. Boleh makan sampai puas.
Ramai yang dah ‘layan’ hobi bercucuk tanam di rumah ketika. Selain dapat jimat belanja dapur, ini juga hobi yang menyihatkan.
Bila dah tanam sayur harapannya mesti mahu pokok subur supaya dapat merasa hasilnya. Bagi memastikan pokok-pokok ini sihat subur ada beberapa perkara yang perlu kita sediakan. Dikongsi oleh Liyana Mohd Poad yang berkebun di rumah ini alat pertanian sebaiknya disediakan.
Alat pertanian perlu ada kalau bercucuk tanam di rumah
Barang-barang pertanian yang wajib ada di rumah saya. Maklumat saya kongsikan sekali. Semua boleh beli di Shopee. Semoga bermanfaat.
Dolomite
Ini yang saya selalu sebut untuk rawat tanah iaitu dolomite atau kapur pertanian. Saya gunakan dolomite apabila tanah jadi terlalu masam atau berasid. Dolomite dapat mmbaik pulih struktur tanah dan dapat mengelakkan daripada penyakit bawaan tanah terutamanya ulat ulat halus. Ambik sesudu makan dolomite dan tabur gaulkn di dalam tanah.Pokok akan kurang berpenyakit. Harganya tak mahal. Anggaran RM4-6/1kg. Boleh cari di Shopee.
Epsom salt
Ianya seperti biji biji kristal. Ini bukan Ajinomoto atau garam ya. Saya hanya guna sekali sekala bila perlu terutamanya untuk pokok jenis berbuah.Epsom salt juga blh merawat tanah, memperbaiki struktur tanah, memaniskan buah, melebatkan buah dan mencantikkan daun. Daun kurang melecur jika guna ES ni.
Baja kopi
Wajib ada. Baja kopi untuk semua jenis sayur berdaun dan berbuah. Fungsinya untuk melebatkn buah, mengilatkan daun serta memperbanyak bunga. Baja kopi juga akan mmbuatkan pokok pokok kelihatan sangat subur. Guna 7-10 hari sekali. Sukatan jika nak guna baja kopi ialah sesudu kecil sahaja.
Cuka kayu
Cuka kayu original. Tak pernah putus. Mesti ada sebagai kawalan serangga perosak. Saya beli di Shopee. Sukatannya ialah 5ml+1L air biasa. Sembur 2 atau 3 kali seminggu selepas pukul 6 petang.
Tinja kambing
Baja tinja kambing. Memang saya gunakan khas untuk pokok kunyit, sawi, terung, timun dan bendi pada minggu minggu awal.
Tanah kompos
Tanah kompos hitam sawit & tanah organik (plastik hitam). Saya beli dari jiran yang jual tanah. Memang tanah ini bagus untuk penanaman sayur.
Ubat gegat selalu kita gunakan untuk elak serangga dalam rumah. Selalu kita letak dalam dalam almari, stor, kabinet, bilik air dan sebagainya.
Tapi rupanya boleh juga digunakan untuk halau serangan perosak tanaman. Cara ini dicuba oleh Azmi Amin. Ujarnya cara ini diperoleh daripada sahabat di sosial media beliau yang menyatakan kebun di negara jiran kita ada menggunakan ubat gegat untuk menghalau serangga perosak. Berikut adalah perkongsian beliau.
Boleh cuba gantung ubat gegat untuk elak serangan perosak tanaman
Telur burung ke? Bukanlah, ubat gegat. Ya ubat gegat. Ubat gegat yang letak dalam almari baju atau tandas tu ke? Ya yang itulah.
Kenapa letak dalam botol, pas tu gantung kat kebun pulak? Ceritanya macam ni, baru ni, saya ada posting artikel tentang asap bekas telur untuk halau serangga.
Ada ramai yang komen dan share, tapi ada satu komen yang mencabar paradigma saya hingga teranjak untuk saya mencubanya.
Komen sahabat FB saya katanya, ada kebun di Siam yg guna ubat gegat untuk halau serangga perosak tanaman, jadi tergerak hati dan fikiran saya untuk mengimplimentasikan nya di kebun saya.
Hakikatnya, ubat gegat itu dicipta untuk menghalau serangga di rumah, bermakna serangga di luar pun ia boleh halau juga, logik kan?
Apa-apapun, saya kena cuba dulu dan kosnya tak mahal sangat.
Cuma letak beberapa ketul ubat gegat dalam botol yang dilubangkan. Kemudian gantung berdekatan dengan tanaman.
Caranya rasanya lebih sesuai untuk tanaman berskala kecil.
Kereta keluar bunyi lain macam sewaktu memandu adalah petanda masalah. Seperti penyakit, biasanya sebelum kereta rosak akan ada tanda-tandanya. Masalah kereta ini boleh antaranya...