Hobi & Minat

Tak Perlu Guna Racun, Cuma Tanam 6 Jenis Tanaman Ini Untuk Halau Serangga Perosak

Share

 

Kalau ada bercucuk tanam atau berkebun di rumah, masalah serangga memang tak boleh dielakkan. Boleh habis tanaman dikerjakan.

Biasanya untuk elak serangan perosak ini kita akan guna racun serangga walau pun tahu kesan penggunaan bahan kimia ini.

Tapi sebenarnya ada saja cara semula jadi yang boleh kita lakukan untuk elak penggunaan racun serangga ini. Caranya tanam 6 jenis tanaman penghalau serangga perosak dalam kebun.

6 jenis tanaman penghalau serangga perosak

1. Kucai elak kumbang

Kucai adalah tanaman herba yang paling mudah ditanam. Ia boleh hidup dalam tanah yang dipenuhi kompos dan bahan organik. Menghasilkan bunga berwarna putih, ia boleh hidup di bawah matahari penuh atau redup. Bahan kimia yang terkandung pada kucai dapat menghalang kehadiran afid dan kumbang di tanaman.

2. Pudina halang lalat putih


Tanaman ini hidup di dalam tanah lembap. Ia biasa ditanam di dalam pasu atau batasan. Kelebihan pudina bukan sahaja bersifat edible, ia juga dapat menghalang kehadiran serangga seperti lalat putih yang memakan bahagian bawah daun, serangga, semut dan pepijat.

3. Petunia hindari pepijat & belalang

Selain daripada tanaman herba, tanaman hiasan juga mempunyai keupayaan sebagai agen penghalau serangga perosak. Petunia adalah musuh kepada kumbang tanduk, pepijat, dan belalang

4. Bayam duri halau ulat beluncas

Bayam ini adalah spesies Amaranthus yang sesuai ditanam di pinggir kebun untuk menghalau sejenis ulat berbentuk seakan-akan ulat beluncas.

5. Ulam Raja elak kupu-kupu tinggalkan larva

Ulam raja merupakan musuh ketat kepada kupu-kupu. Bahaya kupu-kupu yang meninggalkan larva di bawah daun boleh melemahkan tanaman. Ulam Raja juga dapat menghalang serangan lipas di kediaman anda.

6. Ketumbar halau kumbang/hama

Tumbuhan ini merupakan satu kemestian di dapur. Kebaikan padanya bukan sahaja menyedapkan makanan, ia juga dapat menghalau kumbang, afid dan hama yang disebut sebagai spider mite.

Posisi tanam tanaman penghalau serangga

Selang selikan tanaman ini antara pokok sayuran atau tanamkan pokok ini di setiap penjuru kebun. Angin akan membawa bau tanaman ini ke seluruh kebun dan menjadi penghalau semula jadi pada serangga perosak di kebun.

Nota
Tumbuhan penghalau serangga yang lain
– Serai wangi
– Daun kesum
– Daun pandan
– Kemangi
– Bawang
– Limau purut

Semoga bermanfaat

Sumber: Mahadzir Hashim

Published by
VK