Musim cuti ni ramai kaum ibu sibuk membuat persiapan pakaian sekolah anak. Salah satu yang agak remeh dan menjadi keluhan para ibu adalah kerja menampal lencana pada baju sekolah anak.
Sebab itu muncul satu persatu cara untuk mudahkan kerja menampal lencana ini selain menjahit yang kita tahu akan memakan masa yang lama.
Salah satu cara yang popular adalah dengan menggunakan gam UHU. Letak gam belakang lencana alas dengan kain kemudian gosok. Cara ini memang mudah walau pun kena awasi penggunaan gam yang melekit.
Tapi rupanya ada lagi cara lain yang lebih mudah untuk tampal lencana tanpa menjahit.
IKLAN
Tak melekit 5 minit dah siap!
Cara ini dikongsi oleh Norhasnita Mohd Anuar. Beliau menggunakan double sided adhesive cloth untuk menampal lencana. Yang penting cara ini tak melekit, 5 minit dah siap.
Para ibu boleh cuba cara yang dikongsi Puan Norhasnita ini ya.
1. Guna double sided adhesive cloth
2. Potong adhesive cloth ikut saiz lencana
IKLAN
3. Dah potong, lekat kemudian gosok dengan seterika
Menu ketam telur masin ini memang sedap. Confirm menjilat jari. Tapi jika makan di restoren harga untuk hidangan satu famili mahu mencecah ratusan ringgit.
Jadinya untuk jimat kita buatlah sendiri di rumah. Modal beli ketam. Bahan yang lain kebanyakannya ada saja di rumah. Caranya boleh ikut perkongsian Izzati Insyirah Rosli. Mudah saja pun.
Masak sendiri ketam telur masin
1. Ini bahan-bahan yang digunakan;
Ketam
Telur masin direbus
Susu cair
Daun kari
Cili padi ikut kepedasan masing-masing.
2. Hancurkan kuning telur dan sedikit putih telur(kalau tak mahu guna bahagian putih pun tak mengapa).
3. Gaul ketam dengan tepung jagung dan goreng hingga masak.
4. Ok ketam dah siap digoreng.
5. Panaskan butter, masukkan daun kari dan cili padi. Masak sehingga wangi.
6. Masukkan susu cair dan gula, tunggu sampai berbuih.
7. Masukkan ketam yang sudah digoreng.
8. Gaul gaul rata pastikan semua ketam disalut dengan kuah tadi. Ok siap! Boleh makan dengan nasi panas.
Kuih apom lenggang ini hidangan yang popular di negeri sebelah Utara. Sedap makan dengan kaya, gulai ataupun sambal.
Cuma nak jumpa orang Melayu jual tak ramai. Jadi kalau nak makan kena usaha buat sendiri. Nak cuba buat? Boleh ikut cara yang dikongsi oleh Nor Atika Nazirah.
Buat sendiri apom lenggang
Ini kuih kegemaran sis masa kecik-kecik dulu. Kuih ni sangat famous belah utara. Selalu balik sana susah nak jumpa orang melayu jual. Ada pun peniaga berbangsa India yang jual.
Jadi kita buatlah sendiri kalau teringin. Tak sangka menjadi apom lengang sis. Tepi2tu crunchy sangat, tengah pula lembut. Sebijik rasa macam yang beli kat pasar malam.
1. Masukkan semua bahan dalam blender kecuali kelapa parut. Kisar.
2. Bila semua dah sebati, tapis ke dalam bekas dan tutup. Perap selama sejam.
3. Kemudian buka dan kacau adunan dan masukkan kelapa parut kacau hingga sebati.
4. Seterusnya panaskan kuali sapu minyak, masukkan adunan sesenduk kemudian lenggang dan tutup. Bila dah agak masak dan kekuningan boleh angkat dan gulung. Siap.
Lipan antara binatang yang selalu dijumpai dalam rumah. Kalau dalam bilik air kerap kali akan muncul anak-anak lipan di lantai hingga buat kita terkejut.
Walau pun kecil tetap kita risau kerana ia haiwan berbisa dan jika tidak dihapuskan boleh membesar terus berada dalam rumah. Inilah yang ditakuti. Lagi pula gigitan binatang ini boleh menyebabkan bengkak dan perlu dapat rawatan ke hospital atau klinik.
Selain bilik air, haiwan berbiasa ini juga selalu kita jumpa di di tempat yang lembap atau berair. Ini memang tempat yang disukai lipan.
Jadi bagaimana nak menghindari binatang ini masuk dalam rumah kita. Ada beberapa cara yang boleh kita lakukan.
1. Pastikan ruang kering dan bersih
Memandangkan lipan suka tempat yang sejuk, lembap dan berair makan pastikan kawasan seperti dapur, stor atau bawah singki sentiasa kering supaya tak jadi tempat haiwan ini.
2. Tabur garam
Kita juga boleh gunakan garam dalam menghalau pelbagai serangga perosak termasuklah lipan. Taburkan garam pada laluan lipan bagi memastikan ia tidak datang lagi.
Jika garam sudah berkurangan, boleh tambahkan lagi sehingga tidak nampak lagi kelibat lipan.
3. Ubat gegat
Bau ubat ini yang tajam dan kuat memang tak disukai oleh binatang termasuk lipan. Sebab itu ia berkesan dalam menghalau pelbagai serangga. Boleh juga letak ubat ini termasuk di tempat lembap dalam rumah.
4. Buat semburan cecair pencuci pinggan
Boleh sediakan bancuhan ini, campurkan segelen air suam yang dicampur dua sudu sabun pencuci pinggan. Isi dalam botol semburan.
Sembur pada kawasan yang lembap dan boleh juga sembur terjumpa lipan untuk menghalau dan membunuhnya. Lipan yang terkena air semburan ini akan mati bila air ini mengering
Lipan juga tidak suka bau serai jadi boleh gunakan bahan ini untuk menghalaunya. Boleh tumbuk atau hiris beberapa batang serai dan letak di kawasan yang sering dilalui lipan.
Cara di atas lebih selamat berbanding menggunakan racun serangga terutama bila kediaman ada anak kecil. Selain itu juga boleh gunakan semburan serangga jenis organik yang ada di pasaran. Klik SINI untuk beli.
Tanda beras usang adalah apabila sudah ada kehadiran bubuk atas kutu beras. Ulat kecil ini akan 'berkampung' bila beras lama tak digunakan atau lama disimpan.