Tak Perlu Jahit, Inilah Cara Termudah Tampal Lencana Sekolah Anak

Share

 

 

Seminggu dua sebelum sekolah dibuka inilah masanya ramai ibu-ibu menjahit lencana di baju sekolah anak. Memang nampak senang tapi nak menjahitnya remeh. Sebab itu ramai yang rela hantar ke kedai jahit.

Tapi sekarang caj menjahit satu lencana adalah RM3.00 dan lagi RM3.00 untuk jahit tag nama. Jahit dua perkara itu untuk sehelai baju sudah RM6. Bayangkan ada lima helai baju. Dah tentu banyak modalnya.

Jadi VK cukup berterima kasih dengan perkongsian daripada Facebook  yang ajar mak-mak tampal lencana dan tag nama dengan cara paling mudah dan cepat. Lepas ni tak perlu lagi hantar kedai jahit atau ambil masa lama untuk menjahit lencana. Ikut cara ni saja.

Ramai mak-mak dah tahu cara ni, VK sendiri pun dah cuba. Memang senang dan tak tanggal sampai hujung tahun.

Bahan yang diperlukan:

Gam UHU

Kain kecil/ sapu tangan yang dibasahkan

Kertas tebal/cardboard/manila kad

Seterika

Langkah-langkah:

1. Letakkan kertas keras dalam poket atau untuk baju kurung dan tudung letak kertas ini di bahagian dalam bawah lencana . Ia bagi mengelakkan gam melekat pada kain.

2. Atur lencana pada kedudukan yang dikehendaki.

3. Sapukan gam pada bahagian belakang lencana atau tag nama.

4. Lekatkan lencana pada kedudukan yang telah ditetapkan.

5. Ambik kain basah tadi dan letak di atas lencana.

6. Seterika kain tadi pastikan ia mengenai lencana. Gosok beberapa kali. ketika ini seterika mungkin berasap tindak balas menggosok kain basah. Jangan bimbang tentang perkara itu.

7. Angkat kain dan alihkan kertas keras di bahagian dalam. Siap.

Lencana ditampal dengan cara ni confirm kemas dan rapi. Masa untuk menyiapkan satu lencana lebih kurang tiga minit berbanding menjahit lencana yang mungkin mengambil masa 15 hingga 20 untuk satu lencana.

Ia juga kekal lama, berdasarkan pengalamannya lencana akan melekat lebih daripada 10 bulan walaupun dibasuh dengan mesin basuh. Sekiranya tertanggal ulangi kaedah yang sama untuk menampalnya kembali.

Selamat mencuba!

 

 

Published by
VK