Tak Perlu Potong, Buang Biji Atau Rebus! Ini Cara Mudah Buat Stok Cili Kisar

Share

 

Selalunya setiap minggu kita akan buat stok cili kisar untuk memudahkan kerja memasak. Tapi kan nak buat stok ini memanglah ‘bercinta’.Ramai yang kurang rajin sebab kerjanya agak renyah.

Kena potong, buang biji rebus itu belum lagi tangan pijar. Tapi cara yang dikongsi oleh Nur Atiqah Othman ini sangat mudah. Tak payah buat semua tu. Senang kan!

Cara paling sesuai untuk yang kurang rajin

Hari ini saya nak share cara membuat cili kisar. Ini cara mak saya yang memang saya praktikkan. Sesuai untuk orang yang kurang masa campur ‘kurang rajin’.

Bila buat cili sendiri lagi sedap masakan kita. Cuma nak buat cili ini ramai yang guna macam-macam cara. Boleh share cara mudah ini supaya ramai orang tahu. Okay jom tengok cara mak saya di bawah.

1. Pilih cili kering. Ambil banyak mana yang nak guna atau disimpan jadikan stok. Ambil yang cili kerinting untuk kurang pedas. Kemudian basuh dan mesin. Tak perlu gunting. Tak perlu rebus. Masuk semua , letak air dan mesin.

2. Gambar mesin cili tak sempat tangkap. Dah mesin ambil tapis macam gambar di atas . Tapis biji dari cili. Itu tapis mak, jadi rare sikit.

3.Tadaa…Haa dah ada cili sahaja .Tak ada biji. Mudahkan. Sesuai sangat untuk orang yang tak rajin tapi bijak.

4. Lepas dari itu keringkan cili di dalam periuk. Pasang api perlahan sahaja. Tunggu sampai air kering. Nanti sejukkan kemudian simpan dalam peti ais. Bila nak guna, ambil sahaja. Jimat masa.

Mudahkan. Pi lekas buat.

Sumber: Nur Atiqah Othman

Published by
VK