Walau pun setiap hari tanak nasi tapi ada juga hari nasib tak baik bila hari nasi yang dimasak lembik.
Kalau masak sepot dua tak mengapa tapi kalau masak dalam jumlah yang banyak, memang gelabah. Selalu petua yang biasa kita lakukan untuk atasi masalah masalah nasi lembik ini adalah meletakkan telur.
Namun petua yang satu ini jarang kita dengar namun berkesan berdasarkan pengalaman Siti Nor Akma
Menurut beliau nasi 5kg yang lembik akibat terlebih air selamat selepas menggunakan petua roti ini.
Caranya cuma letakkan beberapa keping roti di atas permukaan nasi yang masih dalam periuk. Panaskan guna api yang kecil. Pastikan periuk ditutup.
Lihat hasilnya. Selesai masalah.
Sumber: Siti Nor Akma
Selalu Masak Sambal, Tapi Sardin Dalam Tin Pun Sedap Buat Kari. Begini Caranya
Masak sardin memang sedap, tapi kalau asyik masak sambal kita cuba menu kari sardin pulak. Nikmatnya sama macam makan sambal sardin. Layan dengan nasi panas, cicah roti kosong ataupun roti Arab.
Kalau belum pernah buat, boleh cuba ikut perkongsian Azlina Ina.
Cara masak kari sardin
Bahan-bahan:
1 tin besar sardin (Ayam Brand atau King Cup)
Bahan tumis:
1 labu bawang besar merah
3 ulas bawang putih
Sedikit halia
Cara membuat
- Hiris semua bahan tumis.
2. Kemudian tumis sampai garing
3. Masukkan 1 paket rempah kari (Babas warna kuning)
4. Masuk air sedikit dan masak sampai pecah minyak
5. Masukkan daun kari dan sardin dalam tin, tambah air 2 cawan
6. Dah agak pekat kuah masuk garam perasa dan air asam jawa sedikit.
7. Bila dah hampir masak baru masukkan tomato yang dibelah bersama cili besar belah hujung.
Selamat mencuba.
Tip Buat Daging Goreng Kunyit Sedap & Lembut Walau Bukan Daging Batang Pinang
Selain ayam, daging goreng kunyit juga hidangan mudah yang sedap dan jadi kegemaran ramai. Makan dengan nasi panas dan sambal pun dah cukup.
Walau pun sedap tapi bila nak buat daging goreng kunyit ini ramai yang merungut sebab bila dah goreng dagingnya liat. Memang spoil bila dapat hasil begini.
Jika tak nak daging goreng ini liat ada cara yang perlu digunakan ketika memasaknya. Kalau betul cara masak daging akan tetap lembut walaupun bukan daging batang pinang. Caranya dikongsi oleh Ummi Syuhada.
Tip buat daging goreng kunyit yang lembut walaupun bukan daging batang pinang
Paling penting ikut tip ini :-
1. Jangan masak daging waktu masih beku & sejuk
2. Jangan masak api besar mengejut kecuali kuantiti daging banyak, jadi haba keseluruhan tak tinggi
3. Kalau nak buat goreng-goreng / masak kicap. Kena perap dulu dengan bawang putih dan halia yang ditumbuk bersama rempah sup, rempah kurma serta serbuk kunyit.
4. Selepas diperap, goreng daging perap sekejap dalam 5 minit supaya keluar air daging dulu. Pastikan semua bahagian daging dah pucat, jangan ada kesan merah/darah daging.
5. Gaul semua bahagian sampai rata. Tutup api dan tutup kuali. Biarkan beberapa jam. Jika nak buat makan tengah hari, lakukan proses ini pagi.
Info: Selama terperap dalam kuali dagung melalui proses melembutkan urat-uratnya. Selain lembut, isi daging lebih ‘juicy’ & manis.
6. Selepas beberapa jam boleh sambung masak. Tambah air sambung masak guna api besar. Tunggu sampai kering baru tambah sayur (sebaiknya sayur seperti kentang dan lobak digoreng dulu supaya masak. Goreng kentang dengan lobak dulu baru masukkan bawang besar).
7. Selepas masukkan sayur, tambah lada hitam. Siap! Insya-Allah lembut kejadiannya.
Tip buat kari atau kurma daging
- Masak sampai rempah tumisan pecah minyak. Masuk daging, ratakan dengan rempah guna api sederhana. Masuk daun pandan. Biar keluar air daging & supaya daging sebati dengan rempah dulu. Tambah air sikit demi sedikit jika kering.
- Bila dah daging dah masak, baru tambahkan air dan santan atau kentang. Waktu ini baru boleh besarkan api.
Semua tip di atas sesuai digunakan jika tiada presure cooker.
Selamat mencuba.
Sumber: Ummi Syuhada
Idea Guna Batang Penyapu Untuk ‘Open Wardrobe’. Mudah, Jimat Ruang & Lebih Praktikal!
Melipat kain antara kerja rumah yang kurang digemari ramai wanita. Kalau boleh dielakkan memang akan tolak ke tepi kerja-kerja melipat kain baju ini.
Namun dalam zaman teknologi di hujung jari ini pelbagai perkongsian di media sosial boleh dijadikan idea untuk memudahkan kerja rumah termasuklah mengemaskan kain baju yang sudah dibasuh.
Sebenarnya tak perlu lipat, baju yang sudah dibasuh ini boleh terus digantung. Tempat gantung baju ini juga boleh kita buat sendiri.
Open wardrobe guna batang penyapu
Hanya memerlukan batang penyapu dengan kos bawah RM100 kita boleh hasilkan open wardrobe seperti idea di bawah.
Untuk lebih cantik boleh cat terlebih dahulu batang penyapu berkenaan mengikut warna disukai.
Ada yang gunakan paip pvc tapi mungkin mudah lentur, batang penyapu lebih kukuh.
Boleh letak sesiku dan buat rak sebagai tambahan untuk tempat letak barang. Kalau ada pallete katil terpakai boleh digunakan untuk buat rak ini.
Hasilnya…banyak baju boleh letak. Pastikan baju tersusun ikut saiz, barulah nampak kemas.
Sumber : Ila Kay
Artikel Berkait: