Bagi kaum wanita kerja memasak di dapur memang satu aktiviti menyeronokkan. Namun yang agak memenatkan bila tiba bab mengemas dan membersihkan periuk atau kuali digunakan
Lebih mencabar adalah cara untuk menghilangkan kesan hitam atau berjelaga pada periuk yang selalu digunakan.
Namun perkongsian dari Fatin Syazana ini memang cukup berkesan untuk mencuci periuk yang mengalami masalah ini.
Ads
Dia yang pernäh mencuba pelbagai tip dan petua dikongsi netizen ini memang cukup berkesan.
Hasilnya amat menakjubkan dan tidak perlu bersusah payah lagi menyentalnya kerana periuk jadi bersih berkilat seperti baru dibeli.
Ads
Cara Cuci Bersih Periuk Berjelaga
Bahan-bahan:
– Air panas
– Cuka makan
– Soda bikarbonat.
– Berus hitam kedai Eco
Keadaan sebelum.
Cara membuat:
#1. Campurkan air panas dengan cuka dan soda bikarbonat.
#2. Rendam periuk berjelaga tadi seketika.
#3. Kemudian sental menggunakan berus hitam kedai Eco.
#4. Hasilnya, periuk kembali bersih berkilat dan kesan jelaga hilang.
Ramai ibu bapa yang gusar dengan penularan wabak influenza ketika ini. Malah mencetuskan panik bila membaca pelbagai info-info yang dikongsi di media sosial.
Jangan melatah jika mengesyaki anak mengalami tanda-tanda demam ini ikut saja apa yang disaran oleh doktor. 9 langkah berikut dikongsi oleh Dr Suhazeli Abdullah
1. Jangan berlengah, terus ke klinik untuk pemeriksaan lanjut dan rawatan yang sepatutnya.
2. Jika doktor arahkan masuk hospital untuk rawatan lanjut, jangan ingkar. Kanak-kanak agak sensitif dengan perubahan suhu dan risiko gejala yang lebih teruk berbanding dewasa.
3. Jika doktor nasihatkan berehat di rumah, rehatlah secukupnya. Jangan pula ke pasar raya membeli belah, mentang-mentang doktor beri cuti.
4. Di rumah, jaga anak anda sebaiknya.
– Beri air secukupnya. Jangan biarkan anak anda berlaku dehidrasi (kekurangan air).
– Makan ubat demam, batuk atau seumpamanya dengan apa yang dibekalkan oleh doktor.
– Jika mampu, asing anak anda dari ahli keluarga yang lain buat seketika. Bukan tidak boleh bertemu langsung, tetapi limitkan pergaulan seketika sahaja. Apabila demam, batuk, selsema sembuh, baru boleh bergaul semula.
– Hadkan jumlah pelawat yang datang melawat. Jangkitan boleh berlaku kedua-dua belah pihak, samada pelawat atau anak yang dijangkiti. Bukan saya tidak benarkan ziarah keluarga, tetapi mendekati anak yang sedang dalam proses pemulihan itu perlu dihadkan pertemuan dengan orang ramai.
5. Beri perlindungan vaksin kepada anak-anak yang lain atau kumpulan yang berisiko dalam rumah anda.
6. Amalkan tata-etika ketika batuk atau bersin.
7. Jaga kebersihan persekitaran rumah.
8. Ibu bapa atau penjaga kena perhatikan tanda-tanda berikut. Jika terdapat salah satu darinya, sila hubungi doktor keluarga anda atau ke klinik dengan segera.
I. Bernafas kencang atau masalah pernafasan
II. Kulit bertukar biru
III. Anak tidak aktif. Kelihatan tidak bermaya dari jam sebelumnya.
IV. Anak tidak berselera langsung makan dan minum sehinggakan tidak berinteraksi dengan baik
V. Terganggu percakapan samada cakap merapu atau bertindak agresif kepelikan dari kehidupan normal beliau.
VI. Bagi bayi, tidak kencing, lampin ringan kerana kurang kencing, merengek senantiasa dan tidak keluar air mata bila menangis.
VII. Demam dan batuk semakin teruk. Laburkan sedikit duit beli alat penyukat suhu. Kalau tak mampu, anda sendiri boleh menilai tahap panas badan anak yang agak tinggi.
9. Yang penting sekali dari semua di atas adalah tenang, jangan panik. Jangan cepat melatah dengan segala maklumat yang diperolehi dari media sosial. Bertanyakan kepada pihak yang berwibawa. Jauhi jurujual produk kesihatan yang cuba ambil kesempatan.
Kejadian dipatuk ular memang selalu kita dengar dan lebih menakutkan ia berlaku bukan di hutan atau dalam semak samun tapi sebaliknya di kediaman atau kawasan rumah sendiri.
Disebabkan itu sedikit sebanyak kita perlu mengetahui apa yang perlu dilakukan bila berdepan dengan situasi diri sendiri atau orang lain dipatuk ular.
Dikongsi oleh Dr Samhan, berikut adalah pertolongan cemas yang boleh kita buat sendiri atau orang di sekeliling kita jika dipatuk ular.
APA YANG PERLU DIBUAT JIKA DIPATUK ULAR ?
Foto: Mark Broadhurst
Jom ketahui apa pertolongan cemas yang boleh dibuat jika anda sendiri atau orang sekeliling dipatuk ular!
Jika dipatuk ular, ini adalah apa yang anda perlu lakukan :
✅ Cari bantuan dengan segera !
✅ Bersihkan luka dan beri tekanan bila membalut
✅ Kurangkan bergerak
✅ Segera naiki ambulan dan dapatkan antitetanus dan antivenom (bukan antivaksin)
Selain itu, ada juga perkara yang dilarang jika dipatuk ular :
– Jangan sedut bisa
– Jangan sekat salur darah
– Jangan naikkan luka melebihi paras jantung (contoh: letak kaki atas bantal)
– Jangan beri ubat tahan sakit aspirin atau ubat tradisional
Namun, harus diingat ular juga ada yang berbisa dan tidak berbisa! Pun begitu, adalah tidak wajar untuk kita semua mengambil risiko mendekati haiwan ini hanya kerana ia tidak atau kurang berbisa. Jadi, sila cuba untuk jauhinya dan segera bertindak jika sedang / telah dipatuk !
Bagi yang bercucuk tanam, cocopeat ini memang bahan utama yang perlu ada. Ia jadi pengganti tanah yang selamat dan baik untuk tanaman. Tapi tak seperti tanah sebelum digunakan cocopeat ini perlu dibilas dulu sebelum digunakan.
Ramai yang tahu dan melakukannya cuma mungkin tak ramai tahu sebabnya. Tariq Syahman berkongsi sebab cocopeat ini perlu dibilas sebelum digunakan selain menerangkan caranya.
Kenapa kena bilas cocopeat
Selalu orang tanya, cocopeat ni kena bilas dulu ke sebelum guna? Dari apa yang saya belajar, memang kena bilas.
TANNIN
Ada cikgu yang cakap kena bilas untuk buang tannin. Tannin ni yang membuatkan air rendaman tu bertukar menjadi kuning/perang.
Tannin ni adalah bahan kimia semulajadi yang sedia hadir dalam sabut kelapa. Kalau terlalu banyak, ia boleh mengganggu penyerapan nutrien oleh pokok. Sedikit sebanyak akan mengganggu pertumbuhan pokok.
Disebabkan tannin ni larut dalam air, cara terbaik untuk kurangkan adalah dengan rendam/bilas secukupnya. Dari apa yang saya baca – sebenarnya tannin dalam cocopeat tak lah mengganggu sangat. Tapi, just to be sure, bilas je lah bukan susah sangat pun.
GARAM
Ada cikgu yang cakap kena bilas untuk buang garam. Kebiasaannya pokok kelapa banyak tumbuh berdekatan laut. Jadi garam dalam tanah tu memang diserap oleh pokok kelapa.
Kandungan garam yang terlalu tinggi dalam cocopeat akan mengganggu pertumbuhan pokok yang kita tanam (kecuali lah kalau kita tanam pokok kelapa).
Disebabkan garam ini larut dalam air, cara terbaik untuk kurangkan adalah dengan rendam/bilas secukupnya.
Cara bilas cocopeat?
Cara 1
Masukkan cocopeat dalam bekas yang sesuai. Isi air kemudian godak-godak dia sampai puas hati lepas tu tapis keluar cocopeat. Ulang sampai air jadi jernih.
Cara 2
Biarkan cocopeat dalam bekas/polibeg. Siram dengan air di bahagian atas sehingga air menitis keluar di bahagian bawah. Pastikan keseluruhan bahagian cocopeat basah. Ulang sampai air yang menitis keluar jadi jernih.
Cara 3
Biarkan cocopeat terdedah kepada air hujan beberapa kali.
Ada cikgu yang cakap kena bilas betul-betul sampai air jernih.
Ada cikgu yang cakap tak perlu bilas beriya-iya. Bilas gitu-gitu pun dah cukup.
Kesimpulannya bilas sajalah asalkan bilas.
Cocopeat ini adalah medium yang sangat kurang nutrien. Jadi, kena lah letak baja yang betul & cukup kalau nak pokok yang kita tanam dalam cocopeat hidup subur & keluarkan hasil yang baik.
Kalau tanam pakai tanah pun, kita masih perlu letak baja. Jadi tak ada beza sangat pun kalau tanam pakai cocopeat. Dua-dua tetap kena letak baja.
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...