
Isi Kandungan
ToggleBagi kaum wanita kerja memasak di dapur memang satu aktiviti menyeronokkan. Namun yang agak memenatkan bila tiba bab mengemas dan membersihkan periuk atau kuali digunakan
Lebih mencabar adalah cara untuk menghilangkan kesan hitam atau berjelaga pada periuk yang selalu digunakan.
Namun perkongsian dari Fatin Syazana ini memang cukup berkesan untuk mencuci periuk yang mengalami masalah ini.
Dia yang pernäh mencuba pelbagai tip dan petua dikongsi netizen ini memang cukup berkesan.
Hasilnya amat menakjubkan dan tidak perlu bersusah payah lagi menyentalnya kerana periuk jadi bersih berkilat seperti baru dibeli.
Cara Cuci Bersih Periuk Berjelaga
Bahan-bahan:
– Air panas
– Cuka makan
– Soda bikarbonat.
– Berus hitam kedai Eco

Cara membuat:
#1. Campurkan air panas dengan cuka dan soda bikarbonat.
#2. Rendam periuk berjelaga tadi seketika.
#3. Kemudian sental menggunakan berus hitam kedai Eco.
#4. Hasilnya, periuk kembali bersih berkilat dan kesan jelaga hilang.


Sumber: Via Facebook
Artikel berkait:
Jangan Guna Periuk Atau Kuali Dah Hitam, Bahaya Boleh Jadi Penyebab Kanser
Cara Bersihkan Peiruk Yang Rentung Berkerak Bila Lupa Tutup Api
Tip Lembutkan Laksa Tanpa Perlu Rebus Lama. 10 Minit Saja Dah Cukup.

Makan laksa memang sedap tapi ramai yang tak rajin menyediakannya terutama bab nak rebus laksa yang mengambil masa lama.
Sebenarnya ada ada cara yang cepat untuk melembutkan laksa ini tanpa perlu rebus lama. Orang utara mungkin dah lama gunakan cara ini tapi ramai juga yang belum tahu.
Dikongsi oleh Suzana Saad petuanya cuma perlu rendam dulu laksa.
Tip dari peniaga laksa, rendam dulu
Dulu kalau nak buat laksa, bab malas bila nak rebus laksa sebab kena rebus lama. Tapi lepas dapat cara baru dari tauke laksa, anytime terasa nak makan laksa, terus pergi cari ikan.
Ini caranya
1. Rendam laksa kering semalaman atau 2 jam pun ok dah.
2. Dengan air rendam itu rebus hingga mendidih dalam 10 minit. Bila mendidih tutup api & tutup periuk.
3. Biarkan dalam air panas selama 1 jam. Kemudian boleh tapis laksa tapi jangan basuh. Biarkan saja dalam penapis. Bila nak makan, ambil saja.
Selamat mencuba.
Sumber: Suzana Saad
Suami Mati Mengejut Tinggalkan Hutang Bank Rumah & Kereta. Ini Panduan Untuk Isteri Uruskannya

Isi Kandungan
ToggleSetiap pasangan yang berkahwin berharap mereka akan melayari hidup bersama hingga ke anak cucu.
Namun ajal dan maut itu ketentuan Tuhan. Mungkin juga suami yang menjadi tempat isteri bergantung hidup pergi dulu ketika usia masih muda dan anak-anak masih kecil.
Tiada wanita yang mahu perkara ini terjadi tapi ketentuan Tuhan tidak boleh dielak. Justeru sedikit sebanyak panduan tentang perkara ini perlu kita ketahui.
Perkara ini telah dikongsi oleh seorang wanita di iiumc yang kematian suami secara mengejut. Bagaimana beliau menguruskan pinjaman bank untuk rumah dan kereta yang dibuat atas nama bersama selepas ketiadaan suami, begitu juga urusan insuran, akaun bank dan juga Socso.
Suami meninggal selepas koma tiga minggu
Saya kematian suami hampir 4 tahun lalu kerana meningtis atau jangkitan kuman pada otak. Tiba-tiba suami yang sihat ceria terpaksa dikomakan akibat sawan yang tak henti-henti walaupun dia tak pernah ada sejaran epilepsi. Setelah koma 3 minggu, Allah ambil dia. Alhamdulillah, saya terima ketentuan ini dengan redha.
Namun , saya macam hilang arah sekejap sebab suami yang buat semua semasa hayatnya. Sampaikan nak makan apa pun dia yang uruskan. Alhamdulillah Allah tempatkan insan-insan yang menolong untuk selesaikan bermacam urusan. Banyak benda kena buat sebenarnya tau, especially berkenaan harta pusaka. Saya cuba jelaskan sebaiknya walaupun agak panjang.
1. Pencen Socso
Kalau si mati meninggal sebelum usia pencen i.e. 50 tahun dan dia bekerja di syarikat yang mencarum, warisnya akan terima Pencen Penakat. Isteri akan dapat pencen ni seumur hidup walau dia kahwin lain, anak-anak akan dapat hingga tamat belajar.
Kiraannya saya tak tahu, kena tanya Socso tapi berdasarkan gaji terakhir. Alhamdulillah majikan saya yang sibuk ambilkan borang dan suruh isi. Saya mrmang tak tahu langsung kewujudan pencen ni. Kemudian setiap tahun kena hantar borang ‘renew’ pada Socso ye, kalau nak pencen bulanan tu.
2. Pinjaman perumahan
Kalau suami ada beli rumah guna nama dia saja, pinjaman akan ‘settle’ sebab dilindungi MRTA. Tapi kami buat joint loan jadi hanya separuh loan settle. Saya terus bayar bahagian saya macam biasa tapi tiba-tiba lepas 2 tahun bank call kata ada tunggakan. Banyak! Dalam RM10k.
Rupanya kena inform bank untuk buat rescheduling bayaran. Sebabnya kata pihak bank waktu tandatangan agreement loan, kita kata kita akan bayar RM3000 sebulan i.e. separuh suami bayar, separuh saya bayar.
So bank expect RM3k tiap bulan. Tapi tau-tau dah dekat RM10k skali dgn interest lewat bayar. So, ingat, sila reschedule monthly payment kalau buat pinjaman bersama. Senang je, isi borang je kat bank.
3. Kereta
Ni lagi satu pening. Kalau masa buat loan beli kereta, pastikan ambil insurans ke atas pinjaman tu tau. Ia insuran berbeza dengan insuran kereta. Insurans kereta yang kita guna bila accident tu semua biasa kan.
Ini adalah insuran macam MRTA yang kita ambil bila buat loan rumah. Tak ingat apa namanya tapi kena tanya kat bank, KENA TANYA! Cos they don’t usually volunteer the info sebab rugi kalau owner meninggal, bank kena continue bayar.
Kalau kereta murah bank offer tanpa ditanya tapi kalau yang mahal, takdenye. Takpelah, saya continue guna kereta tu walau mahal sebab masa arwah pergi, kereta baru beli setahun. Nak trade in tak mampu sebab loan kat bank banyak lagi, kena top up puluh ribu.
Takpe, Allah sentiasa pastikan rezeki saya cukup. Satu lagi, kereta tu waris boleh guna sampai bila-bila kalau ada Surat Kuasa. Kalau takde surat tu, boleh renew insurance dan road tax up to 3 years saja. Surat Kuasa ni saya explain kat bawah nanti. Tapi bila renew road tax kena renew every 6 months, bukan setahun macam biasa ye.
4. Insurans
Kalau si mati ada ambil insurans waris dapat pampasan la. Semua tahu kan. Yang saya nak cerita kalau si mati ambil insurance utk org lain, contoh untuk anak dan isterinya. Bila dia meninggal, insurans tu akan sambung secara automatik sebab selalunya ia dilindungi oleh insurans. Alhamdulillah kan?
5. Akaun Bank
Kalau waris tahu no pin kad ATM si mati, senang. Saya dan suami tak kongsi maklumat bank, termasuk la no pin. Ye la, kan takleh bagitau orang. Lagipun, saya shopaholic sedangkan suami jimat dan suka buat investments. Bahaya la kalau saya tau no pin dia kan? So, bila dia sakit tu, susah la sikit. Mujur saya bekerja.
Tapi nak access akaun dia kat bank bergantung kepada jumlah duit dalam akaun. Kalau ada kurang daripada RM5k, bank boleh transfer ke akaun waris jika ada akaun di bank yg sama. Jika lebih drp RM5k, duit tu pergi ke Amanah Raya. Kalau melalui Amanah Raya, tak beraya la jawabnya. Haha. Sorry, lame joke.
6. Surat Kuasa
Okay yang ni agak renyah. Waris kena ambil borang di Pejabat Tanah dan senaraikan harta si mati IN DETAIL ye. Harta ni termasuk rumah, tanah, kereta, wang dlm bank, unit amanah, etc., Lepas tu submit ke Pejabat Tanah beserta dokumen berkenaan sbg bukti. Contohnya kalau rumah, kena ada geran.
Kalau loan bank tak habis lagi, maknanya geran takde dgn kita selalunya. So kena pergi ambil geran sementara. Saya di Selangor jadi saya ambil di Bangunan SUK di Shah Alam. Kena bayar RM50 kalau tak silap. Geran sementara tu sah sebulan je tau so lepas settle tu silalah bergegas submit dgn borang Tuntutan Harta Pusaka di Pejabat Tanah.
Lepas tu, tunggu surat utk dipanggil bicara di Mahkamah Rendah kalau nilai harta kurang daripada RM5 juta. Saya tunggu dalam sebulan kot. Bila hadir bicara, kena bawa 2 saksi ye. Jangan lupa bawa dokumen sokongan mcm geran tanah, geran kereta, statement bank, etc. Bicara tak lama pun tapi majistret akan tanya soalan tentang si mati. Saya dan saksi (kawan saya) menangis sebab soalan yang ditanya agak brutal (si mati ada beristeri lain? ada anak dgn perempuan lain? dll.)
Berdoalah agar urusan dipermudahkan
Pengalaman saya tuntut harta pusaka ni mudah sebab keluarga arwah suami tak nak tuntut apa-apa sebab kesiankan anak-anak saya. Masuk court pun mereka tak nak hadir, sampaikan majistret pun hairan diorg tak nak tuntut sebab arwah suami tinggalkan banyak duit. Tapi kalau keluarga si mati tu nak tuntut, itu akan ambil masa, especially untuk capai persetujan semua pihak.
Kemudian Majistret akan buat estimation nilai harta dan kita kena buat bayaran berdasarkan kiraan tu dlm tempoh sebulan rasanya. Kalau dlm RM200k, kena byr dlm RM1000 lebih. Surat Kuasa sebagai pentadbir harta boleh ambil di Pejabat Tanah lps sebulan lebih.
Doalah supaya Dia permudahkan urusan kita. Surat Kuasa ni penting sangat untuk waris mentadbir dan mengurus harta ye, macam nak renew road tax n insurance kereta, nak keluarkan duit di bank, unit trust, etc. Simpan elok-elok dan buat salinan banyak-banyak sebab kadang-kadang pihak bank akan ambil bila kita buat urusan.
Rasanya ni saja urusan yg saya boleh share. Seperkara untuk ingatan semua, bila kehilangan orang tersayang, surround yourself with people who remind you about akhirat. Kata-kata dari orang-orang sebegini akan membuatkan kita rasa kematian dia adalah satu khabar gembira kerana dia sudah di barzakh, tak lagi berbuat dosa dan disibukkan dgn hal-hal dunia.
Semoga Dia juga memberi kita kesudahan yang baik.
Sumber: iiumc
Campur Bahan Ini Waktu Bersyampu, Petua Berkesan Atasi Rambut Gugur, Gatal & Kelemumur

Isi Kandungan
Toggle
Rasanya kebanyakan wanita berdepan masalah rambut gugur. Sampai risau dibuatnya. Begitu juga masalah kelemumur, berminyak dan gatal sama naik dengan masalah rambut gugur.
Sebab itulah ada macam-macam syampu diperkenalkan di pasaran untuk rawat masalah ini. Tapi kalangan netizen di media sosial ramai yang berkongsi satu amalan atau petua untuk mengatasi semua masalah rambut ini dengan mudah.
Tak perlu syampu rawatan khas, semua masalah rambut tadi boleh diatasi dengan hanya mencampurkan garam pada syampu.
Antaranya adalah melalui perkongsian dari Syakila Rahim.
Sebelum bersyampu cari garam dulu
Ada orang beri petua, nak rambut kuat, lebat dan tak mudah luruh, sebelum bersyampu campur dulu syampu dengan garam. Ataupun basah dulu rambut dengan air garam kemudian barulah bersyampu.
Masuk kali ini, cubaan kali ketiga. Bila campur syampu dengan garam, syampu akan kurang buih jadi jangan asyik tambah syampu.
Lepas guna petua ini, alhamdulilah rambut jadi lembut, kepala pun tak gatal dan jadi ringan.
Boleh amalkan dua atau tiga kali seminggu.
Apa fungsi garam?
1. Nyahkan kelemumur
Kelemumur merupakan bakteria, jika rambut penuh dengan kelemumur cara paling mudah untuk bersihkannya adalah dengan air garam. Garam boleh membunuh bakteria dan menyegarkan kulit kepala.
2. Rambut nampak lebih segar
Ya air garam boleh bantu masalah kulit kepala berminyak serta kotoran lain juga. Jika semua masalah ini diatasi maka rambut pun akan jadi lebih segar dan berkilau.
3. Halang rambut gugur
Air garam boleh menyebabkan liang roma pada kulit kepala tertutup rapat seterusnya menghalang dari berlakunya keguguran rambut.