Orang perempuan memang geram bila tengok whitehead dan blackhead kat hidung dan serata wajah. Tangan ni geram-geram nak kutil kan.
Sebab tu la ramai sanggup habis berpuluh ringgit beli produk malah beratus untuk buat treatment hilangkan dua masalah ni.
Tapi menariknya Aznor Aziz hanya menggunakan petua bermodal 50 sen saja untuk menyelesaikan masalah blackhead dan white head ini.
Dia mengamalkannya seminggu sekali sejak usia remaja dan petua inilah juga yang jadikan kulitnya cerah dan gebu. Kalau ambil gambar tak payah guna filter dah nampak flawless!
Apasal murah sangat treatment dia ni? Sebab modal dia cuma guna telur dan kapas muka jer. Tapi berbaloi dengan hasil dia, kulit muka bersih macam buat rawatan kat spa.
Ads
Meh tengok cara dia, rasanya ramai yang dah tau petua ni, cuma kena rajin praktik barulah nampak hasil.
1. Sebelum kejadian memang ada whitehead dan blackhead halus-halus kat tepi hidung dan pipi
2. Macam ni caranya…
Ads
3. Make sure kapas dah betul-betul kering baru tarik. Barulah semua whitehead, blackhead dan bulu-bulu halus keluar lekat pada kapas tu.
3. Yeay boleh selfie tanpa filter!
Ads
Petua hilangkan blackhead dan whitehead guna putih telur ini sebenarnya mak-mak kita dulu pun praktik. VK pun dah tau lama cuma tak buat jer. Tapi lepas tengok muka Aznor ni dah cerah gebu rasanya kena mulakan amalkan semula.
Sebaik berita Puteri Sultan Johor ini akan bernikah dengan jejaka dari Belanda Dennis Muhammad Abdullah diumumkan ramai yang membayangkan bahawa majlis perkahwinan diraja ini akan berlangsung penuh gilang gemilang.
Paling ditunggu sudah tentu penampilan Tunku Tun Aminah Iskandariah. Dengan status puteri raja dan beliau sendiri dilihat sebagai fashionista rata-rata membayangkan busana yang disarung pada hari bahagianya itu mewah dan gah sekali.
Namun 14 Ogos lalu pada hari pernikahan dan persandingannya Tunku Tun Aminah membuat kejutan yang cukup manis sekali bila tampil dengan persalinan pengantin yang begitu sederhana, jauh dari jangkaan kita semua.
Mengenakan busana tradisi Johor baju kurung Teluk Belanga, penampilan Tunku Tun Aminah yang ringkas itu nyata jadi bualan netizen hingga ke hari ini.
Ternyata pemilihan busana tersebut itu juga ada ceritanya yang tersendiri.
“Tuanku Sultan pernah menunjukkan gambar perkahwinan ayahandanya (Almarhum Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail) dan bondanya (Enche’ Besar Kalsom Abdullah) yang diadakan dengan penuh adat istiadat dan tradisi Johor.
“Baginda meminta saya mencontohinya bagi mengekalkan budaya dan tradisi Johor. Jika tidak, baginda khuatir keunikan kami sebagai orang Johor akan hilang dan dilupakan buat selama-lamanya.
“Memandangkan ini yang ayahanda dan bonda mahukan, saya tidak mempunyai masalah mengenakan busana tradisional Johor tulen untuk majlis perkahwinan itu nanti,” kata Tunku Tun Aminah dalam satu wawancara bersama The Royal Johor Press.
Busana tersebut jadi pilihan puteri ini untuk istiadat pernikahan, persandingan malah bersiram.
Lengan baju kurung dilipat
Selain penampilan sederhana, ada satu lagi perkara menarik tentang baju kurung Teluk Belanga yang dikenakan oleh puteri tunggal Sultan Ibrahim Iskandar dan Tuanku Permaisuri Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah ini.
Bahagian lengan baju kurungnya dilipat hingga kelihatan agak senteng. Ramai wanita perasan akan perkara ini malah tertanya-tanya kenapa.
Kalau diperhatikan ciri yang sama juga ada pada busana perkahwinan Almarhum Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail dan Enche’ Besar Kalsom Abdullah (foto lama).
Bukan sesuatu yang baru, pemakaian baju kurung lengan lipat itu sebenarnya merupakan satu gaya dan elemen pada busana Johor asli. Malah lengan lipat ini juga turut diaplikasikan oleh lelaki Johor ketika mengenakan baju melayu Teluk Belanga.
Ada yang berasa janggal melihatnya, namun gaya tersebut cukup indah dikenakan oleh seorang puteri malah ramai yang memuji keputusan Tunku Tun Aminah memilih busana tradisi Johor ini pada hari perkahwinannya yang sekali gus mengangkat budaya negeri itu.
VK juga jangkakan stail baju kurung Teluk Belanga lengan lipat yang dikenakan Tunku Tun Aminah ini menjadi ikutan wanita bukan setakat di negeri Johor saja selepas ini.
Kredit foto : Facebook The Royal Johor & Johor Southern Tigers
Tanyalah mana-mana wanita pasti menginginkan kulit yang putih. Kalau boleh dengan cara yang cepat sebab masyarakat kita beranggapan putih itu cantik.
Untuk korang yang mahu hasil yang instant boleh ikut cara @rihajamil yang berkongsi cara dia memutihkan kulit wajah dengan kaedah paling selamat tanpa perlu oles bahan kimia.
Ha yang nak putih boleh try cara ni, confirm selamat tiada penggunaaan bahan kimia. Lucukan tapi perkongsian gadis ini tular di Twitter hingga mendapat hampir 20K retweets.
Sejak menjadi juri Gema Gegar Vaganza musim lalu, Oki Setiana Dewi semakin dikenali di negara ini.
Kemudian tersebar juga video menusuk kalbu bertajuk Suamiku Tidak Mencintaiku yang diceritakan Oki turut jadi viral sekali gus menambahkan bilangan peminatnya di sini.
Malah dengan penampilan Muslimah sejati, pelakon yang memegang watak Ana dalam filem Ketika Cinta Bertasbih ini pantas mendapat tempat di hati kita.
Sesuai dengan imejnya juga pereka fesyen untuk fesyen berhijab penampilan Oki, 29 tahun ini sebenarnya boleh menjadi ikutan Muslimah di Malaysia.
Bertudung litup, namun ibu kepada dua anak ini cukup stailo. Tak hairanlah kalau di instagram pengikutnya mencecah 4.8 juta orang.
Jom kita tengok gaya-gaya Oki yang sentiasa sopan sejuk mata memandang.
Masalah nyamuk memang menjadi perkara biasa di sekitar kita. Cuma yang menakutkan bila ada kehadiran nyamuk Aedes, bimbang menyebabkan penyakit denggi.