Walau hanya mengikuti program diet secara dalam talian tapi Abam Bocey dah pun berjaya turun 15kg dalam masa tiga minggu saja. Hebat jugak nih.
Penurunan itu menjadikan berat badannya kita 173kg berbanding 188kg sebelum ini. Tapi misi Abam katanya jauh lagi. Dia berazam untuk menurunkan 80kg sehingga akhir tahun ini.
“Ikut kontrak selama 3 bulan, saya lakukan diet untuk turunkan badan secara dalam talian. Ada jurulatih yang akan pantau saya menerusi mesej di group WhatsApp.
“Sasaran saya selepas 3 bulan adalah lebih kurang 150 kilogram tapi sasaran sebenar saya sehingga hujung tahun untuk turunkan 80 kilogram, kalau dapat lebih bawah lagi bagus,” katanya memetik laporan Astro Gempak.
Kata Abam sejak memulakan diet 6 April lalu, dia mengamalkan 80 peratus pemakanan yang betul dan lengkap nutrisi selain 20 peratus senaman.
Kalau diperhatikan kawalan pemakanan ini yang banyak membantu penurunan berat badannya. Bagi yang nak tahu apa Abam makan sampai cepat betul turun beratnya, bolehlah tengok menu yang dikongsi dalam instagramnya.
Kalau tengok menu yang dikongsi, bersungguh betul Abam untuk turunkan berat badan. Baguslah macam tu!
Sumber: abam_bocik