cermin mata

Bagi mereka yang mengalami masalah penglihatan, cermin mata menjadi keperluan utama bagi yang tidak mahu menggunakan contact lens atau kanta lekap.

Namun jika sudah lama digunakan, ada kalanya cermin mata akan mengalami kesan calar tanpa disedari.

Gambar sekadar hiasan.

Bagi mereka yang mahu berjimat untuk  tidak membeli yang baru, boleh gunakan cara dikongsi Rosie Zam untuk menghilangkan kesan calar pada cermin mata.

Cara hilangkannya mudah saja dan anda boleh lakukan tak sampai seminit. Hasilnya memang menakjubkan.

Menggunakan bahan sama juga boleh digunakan untuk hilangkan kesan calar pada jam tangan.

IKLAN

Hilangkan Kesan Calar Pada Cermin Mata

Bahan diperlukan:

Kertas tisu
Ubat gigi
Tuala kering

Cara membuatnya:

1. Ambil kertas tisu sapukan sedikit ubat gigi.
2. Gosokkan pada kesan calar di cermin mata atau jam anda.
3. Kemudian bersihkan dengan menggunakan tuala kering.

Mudah bukan. Cuba tau.
#tipsrosie

Sumber: Rosie Zam

Artikel berkait:

3 Cara Elak Cermin Mata Berkabus Bila Keluar dari Tempat Hawa Dingin

6 Cara Hilang Calar Pada Cermin Mata

Nota: Dapatkan pelbagai bingkai cermin mata di sini