Hati ibu mana sanggup biarkan anak berasa sedih, demikian jugalah bagi Datin Nur Shahida Mohd Rashid, isteri kepada jutawan kosmetik Datuk Aliff Syukri.
Tak sanggup anak diejek rakan-rakannya kerana keadaan mata yang sedikit juling dia mengambil keputusan membawa anak sulungnya Amar Ahyan untuk melakukan pembedahan mata.
Walaupun belum habis tempoh berpantang namun Datin Shahida tetap menggagahkan diri menemani anaknya.
Ingatkan juling air tapi…
Pagi ni bawa @ammar_ahyan ada buat operation mata….sbb mata dia sebelum ni juling sikit. Dulu waktu baby dah nampak mata dia mcm juling sikit tapi ingat juling-juling air gitu tapi makin besar makin ketara.
Alhamdulillah dengan kecanggihan teknologi perubatan zaman sekarang mata juling boleh dibetulkan. Kita kena bawa Yusoff je tapi yg lagi 2 tu sibuk nak ikut juga terpaksa la angkut sekali…Tak 10 minit sekali telefon berbunyi kenapa tak bawa dorang.
Mama dapat temankan sampai @ammar_ahyan ditidurkan je. Kesian pula dia tadi nangis sbb takut, asyik tanya je doktor ada tak yg buat salah mama? Saya jawab Ammar doa je banyak2 Insya Allah tak ada apa2…
Kadang2 rasa kesian dgn dia sbb anak sulung selalu kena marah,selalu kena mengalah dgn adik2…mungkin banyak benar berjauh hatinya…tapi itulah kan istimewanya jadi anak yg sulung??.
Bila ammar tanya ada doa x mama supaya x sakit…mama bg doa yg selalu mama baca setiap kali sakit bersalin je lah?…
Lailaha ila anta subhanaka inni kuntu minaz zalimin”
Maksudnya : “Tiada Tuhan melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolongkanlah daku)! Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri”.(Surah Al-Anbiya’ : 87).
Ads
Semoga Ammar cepat sembuh mata…..dia selalu mengadu dulu kawan2 selalu ejek mata dia…..Insya Allah lepas ni dah tak ada orang ejek lagi ya.
Sebelum ini memang ramai yang mengata anak perempuan pengasas produk kecantikan Qu Puteh iaitu Datuk Seri Vida.
Mak putih tapi anak gelap, itulah yang biasa diperkatakan. Tambah pula dengan gayanya yang selalu berbaju T. Tapi kelmarin Cik B, anak jutawan kosmetik ini memaparkan sisi comel dirinya.
Dalam satu posting terbaru di instagram, Datuk Seri Vida telah berkongsi video Cik B siap bermekap hingga membuatkan netizen teruja menatapnya. Lengkap berbaju kurung berbaju kurung pulak tu, lain betul penampilan dia.
“Tengok Cik B make up? Omei tak?” tulis Datuk Seri Vida yang mendapat respon ramai netizen. Baru dimuat naik malam semalam video ini telah mendapat lebih satu juta tontonan.
Bila dah siap mekap, cantik Cik B sebenarnya, itu antara kebanyakan komen daripada netizen. Tak terkecuali memberi respon adalah artis tanah air, seperti Achey dan Zarina Zainuddin yang turut memuji kecomelan Cik B.
Perasan tak kalau diperhatikan anak-anak perempuan sekarang period atau haid awal berbanding kita dulu. Rata-rata anak perempuan sekarang sudah pun mengalami haid ataupun akil baligh pada usia bawah 12 tahun malah ada yang mengalaminya seawal 8 tahun sedangkan kita dulu haid pada umur 16 tahun.
Fenomena kanak-kanak perempuan cepat akil baligh sekarang sudah seakan perkara biasa tapi hakikatnya ia agak merisaukan ibu bapa. Manakan tidak, usia masih budak tapi secara fizikalnya dia kelihatan matang. Bila haid datang, bentuk badan sebagai seorang wanita sudah dapat dilihat malah secara biologinya sudah boleh mengandung.
Persoalannya kenapa kanak-kanak perempuan sekarang mengalami haid awal, VK mengajukan isu ini kepada Dr Nurliyana Ahmad Zaki. Menurut beliau walaupun ramai yang menganggap ia sebagai biasa bagi anak perempuan sekarang namun hal ini sebenarnya tidak normal.
Menurut Dr Lyana, kanak-kanak dikatakan termasuk dalam kategori awal akil baligh apabila datang haid pada usia 9 tahun ke bawah. Hal ini tidak normal sebenarnya.
8 tanda anak perempuan akil baligh
Dr Lyana menyenaraikan tanda-tanda akil baligh yang perlu diberi perhatian oleh ibu bapa terhadap anak-anak perempuan mereka iaitu:
1. Pertumbuhan fizikal (pertambahan berat dan tinggi yang mendadak) 2. Pertumbuhan payudara. 3. Berpeluh dan mulai mengeluarkan bau badan. 4. Mulai tumbuh bulu badan di ketiak dan kemaluan. 5. Kulit mulai berminyak dan berjerawat 6. Fizikal lebih berbentuk 7. Ada keputihan dari faraj. 8. Datang haid.
Elak soya dan ayam disuntik hormon
Mengulas tentang proses kedatangan haid bagi anak perempuan kata Dr Lyana proses akil baligh bermula apabila sistem reproduktif kita diaktifkan melalui ‘hypothalamic-pituitary-gonadal (HPA) axis activation’.
Dalam bahasa mudahnya, otak bertindak mengeluarkan hormon yang kemudiannya merangsang penghasilan hormon oleh kelenjar seks, seperti ovari (perempuan) dan testis (lelaki). Ini seterusnya menghasilkan perubahan fizikal dan emosi kepada seseorang individu yang mencapai akil baligh.
“Dalam kes tertentu, ‘HPA axis’ ini mungkin belum diaktifkan secara semula jadi di peringkat otak. Namun hormon untuk akil baligh telah terdapat dalam kuantiti yang signifikan dalam badan dan menyebabkan perubahan fizikal dan emosi dalam akil baligh.
Contohnya, obesiti atau dengan mengambil makanan yang tinggi kandungan hormon estrogen secara berlebihan, seperti soya dan ayam ternakan yang telah disuntik hormon ini untuk mempercepatkan pertumbuhannya.”
Kesan buruk haid terlalu awal
“Apabila kanak-kanak perempuan akil baligh terlalu awal, mereka ini selalunya keliru dengan keadaan diri sendiri. Umur masih budak tapi emosi mereka sudah ke arah lebih matang. Mereka mungkin segan nak bermain-main macam kanak-kanak lain, malu bercampur dengan kawan-kawan kerana fizikal yang sudah berbeza berbanding rakan sebaya mereka.
“Malah mereka juga lebih cenderung nak mengetahui lebih lanjut mengenai seksualiti. Wujud rasa nak ‘explore’ diri sendiri. Di sinilah bahayanya apabila kanak-kanak cepat matang dan tidak dibimbing oleh ibu bapa untuk memahami perubahan fizikal dan emosi mereka. Ibu bapa perlu pantau hal ini,” ujar Dr Lyana.
Ibu bapa kena bimbing anak
Apabila anak perempuan anda sudah datang haid, bermulalah peranan ibu bapa terutamanya ibu menerangkan hal sebenar. Ibu perlu terangkan pada anak bahawa akil baligh dan datang haid ialah situasi yang semua orang perempuan akan lalui, sesetengahnya mungkin lebih awal sedikit. Nasihatkan mereka supaya jangan takut kerana datang haid ialah perkara biasa.
“Terangkan mengenai kebersihan. Cara nak pakai, cuci dan buang tuala wanita. Bimbing anak cara nak pakai tuala wanita dengan betul untuk elak kebocoran. Kebiasannya ibulah yang membimbing.
Namun, jika anda seorang bapa tunggal dan merasa kekok berkaitan hal akil baligh anak perempuan; dapatkan bantuan daripada wanita dewasa lain yang dekat dan rapat dengan anak. Misalnya ibu saudara, nenek atau guru anak-anak anda. Biar anak anda selesa untuk berbincang mengenai hal ini,” kata Dr Lyana.
Apabila seseorang kanak-kanak telah menunjukkan tanda-tanda akil baligh awal, seeloknya ibu bapa bawa anak berjumpa doktor perubatan atau doktor kanak-kanak untuk pemeriksaan lanjut.
Hal ini untuk memastikan anak tidak mengalami proses akil baligh abnormal disebabkan masalah perubatan, contohnya tumor pada kelenjar adrenal/ovari/testis atau hypotiroid. Walaubagaimanapun, jangan terlalu bimbang kerana kes-kes sebegini sangat jarang berlaku dan kebiasaannya tiada punca perubatan dapat ditemui.
Dr Lyana turut menegaskan ibu bapa perlu bersikap terbuka dan mengambil tahu tentang proses akil baligh anak-anak perempuan mereka. Bantulah anak-anak lalui proses ini supaya tiada perkara tidak diingini berlaku.
Bendung fenomena akil baligh awal
Dalam pada itu katanya ibu bapa boleh mencegah masalah obesiti dalam kalangan anak dengan cara memberikan makanan sihat dan tingkatkan aktiviti fizikal sejak awal lagi.
Selain itu elakkan anak terdedah dengan rangsangan luar yang tidak sepatutnya, seperti menonton pornografi. Hal ini didapati berpotensi untuk merangsang proses akil baligh awal.
Pernah tak alami batuk dalam tempoh yang lama malah berbulan-bulan. Memang menyeksakan. Ada yang makin menjadi-jadi pada waktu malam hingga nak tidur pun sukar.
Walaupun dah cuba pelbagai ubat tak tak juga sembuh dan tak juga lega. Kalau itu yang sedang anda alami mungkin boleh cuba perkongsian dari Azliza Talib ini.
Dia berkongsi satu usaha untuk meredakan batuk dalam tempoh satu hari saja. Ajaib kan! Hanya ada dua bahan utama yang digunakan iaitu madu yang memang diketahui berkesan dalam merawat masalah batuk.
Kalau rawatan kena atau serasi, tak mustahil batuk yang berbulan-bulan ini reda dalam tempoh sehari. Malah tak salah kalau nak mencuba sebab bahan-bahan yang digunakan semula jadi dan selamat.
Tip mudah hilangkan batuk dalam 1 hari sahaja guna bawang putih dan madu
Bahan-bahan:
3 – 4 ulas bawang putih – dikupas dan dicincang halus.
1 cawan madu
Cara membuat:
Bawang putih yang dicincang halus dicampur dengan secawan madu.
Kemudian tutup cawan lalu simpan selama 3 jam sebelum dimakan.
Cara pengambilan:
Selepas 3 jam, dimakan 1 sudu teh setiap 1 jam
Manfaat bawang putih untuk batuk:
Bawang putih mempunyai kandungan bersifat anti bakteria, antibiotik dan antivirus untuk menghilangkan pelbagai jenis batuk.
Bawang putih membantu mengeluarkan bakteria, melegakan saluran nafas dan mengeluarkan kahak yang terkumpul di saluran nafas dan paru-paru.
Kereta keluar bunyi lain macam sewaktu memandu adalah petanda masalah. Seperti penyakit, biasanya sebelum kereta rosak akan ada tanda-tandanya. Masalah kereta ini boleh antaranya...