Bagi peminat asam, bukan setakat tengok membayangkan saja jeruk mangga asam boi dah boleh buat telan air liur.

Jika di rumah ada tanam pokok mangga dan berbuah lebat ini mungkin boleh jadi idea untuk hidangan. Selain itu boleh juga buat bisnes dan sekarang jualan jeruk mangga asam boi memang laris!

Tapi syaratnya jeruk mangga asam boi ini kenalah sedap dan ranggup. Macam mana nak hasilkan jeruk mangga asam boi yang ranggupnya krup krap?  Boleh cuba perkongsian resipi Sham Sabri ini.

IKLAN

Cara buat jeruk mangga asam boi krup krap

Ada tak hantu atau peminat jeruk mangga asam boi macam sis?
Sis nk share resepi..
Sukatan ikut sesedap rasa uolls ya.

Bahan-bahan:

Tambah Aiskrim Soda, Rahsia Buat Jeruk Mangga Yang Rangup Krup Krap

IKLAN

2 biji mangga
5 – 6 biji cili api ( boleh dikurang/ ditambah)
3 – 4 sudu makan gula pasir
5 biji asam boi
1/4 cawan ais krim soda ( nak letak lebih pun boleh)

IKLAN

Penyediaan

1. Kupas mangga, potong atau hiris memanjang, basuh dan toskan.

Tambah Aiskrim Soda, Rahsia Buat Jeruk Mangga Yang Rangup Krup Krap2. Masukkan ke dalam balang lalu campurkan semua bahan-bahan lain – gula, cili api, asam boi, dan ais krim soda.

Tambah Aiskrim Soda, Rahsia Buat Jeruk Mangga Yang Rangup Krup Krap

4. Simpan dalam peti ais semalaman sebelum makan. Hasilnya jeruk mangga yang ranggup gitu. Selamat mencuba.

Sumber: Sham Sabri

 

Selain itu:  Langkah Mudah Buang Ketuat Tanpa Beli Ubat Di Farmasi
Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI