Di rumah kita selalunya ada saja kabinet lama yang nampak dah uzur tapi sebenarnya masih boleh pakai. Sebab itu kita jadi sayang nak buang.
Kalau ada boleh buat makeover begini. Kaedahnya mudah cuma gunting dan tampal wallpaper yang memang khusus untuk perabot, bukan untuk dinding tu tau. Dah siap tampal terus nampak macam kabinet baru.
Selalu makan tomyam putih ini di restoran saja, tapi kalau nak buat kat rumah boleh saja.
Boleh cuba cara yang dikongsi oleh Puan Cik Nadzri. Menariknya tomyam putih ini dihasilkan dari air basuhan beras. Tiap orang ada caranya kan. Boleh cuba buat tom yam putih cara ini pula.
1. Sediakan air cucian beras, ambil basuhan kali kedua. Masukkan dalam periuk dan nyalakan api.
2. Masukkan lengkuas.
3. Masukkan serai yang diketuk.
4. Masukkan ayam yang dipotong kecil
5. Masukkan lobak merah
6. Ketuk bawang putih, masukkan sekali dalam periuk
7. Masukkan bunga kobis.
8.Masukkan cili padi yang diketuk
9. Masukkan daun limau purut
10. Potong bulat bawang Holland dan masukkan sekali.
11. Masukkan 3 sudu sos ikan
12. Apabila lobak sudah empuk masukkan udang dan sotong.
13. Masukkan air perahan limau nipis.
14. Masukkan tomato yang dibelah.
15. Akhir sekali, supaya bau tomyam lebih menyerlah, masukkan daun ketumbar.
Kalau saluran air atau singki di rumah tersumbat memang buat kaum ibu stres. Kadang-kadang dah guna bermacam cara dari pam, tuang soda, cecair untuk singki tersumbat, dan air panas tapi tak juga berkesan. Nak panggil plumber faham-faham sajalah cajnya mungkin RM250.
Satu lagi alternatif yang boleh dilakukan adalah menggunakan dawai untuk masalah saluran air tersumbat ini. Tip ini dikongsi oleh Ben Safwan.
Kemahiran ini mungkin berguna pada yang belum tahu, ibu tunggal, pasangan berjauhan atau sesiapa sahaja yang belum ada pengalaman.
Kalau saluran paip tersumbat, ini langkah awal boleh dibuat sebelum anda panggil tukang sebenar. Jangan sesekali jolok dengan batang penyapu, benda keras atau tajam pada saluran air. Nanti pecah, banyak kerja dan kos tinggi.
Pergi hardware/Mr DIY cakap nak dawai spring bagi salur air tersumbat. Ada 3 meter dan 5 meter. Saya pilih yang 5 meter tapi potong spring depan yang lembut sebab susah nk masuk ke saluran. Tinggalkan sikit yang lembut lebih kurang sejengkal.
Jolok hingga masuk ke saluran. Guna lah 3-4 cara agar dia masuk. Dah masuk, putar wayar. Alat ini datang sekali dengan pemutar manual. Saya pakai drill. Baru puas hati wayar berbelit menangkap punca tersumbat.
Saya kepitkan hujung dia dengan chuck drill dan ketatkan. Tapi ianya sesuai untuk saluran yang jenis lurus ya untuk digunakan bersama drill.
Kalau tak yakin/tak nampak saluran air macam mana, putar manual pakai tangan. Putar je sampai air mula mengalir. Putar sampai puas hati dan secukup rasa.
Dah tengok laju,cuba curahkan air sebaldi besar tengok kelajuan turun.
Dah ok, tarik wayar naik. Siap.
Satu tip berguna jaga saluran singki dapur seminggu sekali jirus air panas ke singki dapur untuk elak lemak makanan bergumpal.
Penularan virus Covid-19 bukan saja memberi kesan kepada manusia tapi juga haiwan. Salah faham dan kebimbangan haiwan boleh mengakibatkan jangkitan virus bahaya ini kepada manusia menyebabkan kadar haiwan terbiar meningkat kebelakangan ini.
Bagi pencinta haiwan, melihat haiwan yang banyak terbiar di jalanan memang menyedihkan. Apatah lagi apabila mengenangkan haiwan ini tanpa makanan, sakit atau lebih buruk disakiti oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.
Disebabkan inilah Royal Canin Malaysia bekerjasama dengan Petfinder.my menggalakkan orang ramai mengambil haiwan terbiar ini bagi dijadikan binatang peliharaan di rumah supaya kebajikan mereka terjaga.
Selain mengambil terus di jalanan, mereka yang bersimpati dengan nasib haiwan-haiwan terbiar ini atau berhasrat memelihara haiwan di rumah boleh terus mencarinya di laman web www.petfinder.my.
Menerusi laman web ini, kita boleh memilih pelbagai haiwan comel, daripada kucing, burung, arnab, hamster, anjing dan sebagainya untuk jadi peneman di rumah.
Malah boleh juga mendaftarkan haiwan yang dimiliki untuk diberikan kepada orang lain.
Jika anak berminat memiliki haiwan peliharaan, aktiviti mencari haiwan peliharaan di laman web ini boleh dilakukan bersama mereka.
Adanya haiwan peliharaan ini sebenarnya mampu melatih anak supaya bertanggungjawab, dan juga mengajar mereka erti kasih sayang.
Menariknya bagi memastikan haiwan yang diambil di sini mendapat khasiat pemakanan yang mencukupi, Royal Canin Malaysia akan memberikan kit permulaan penjagaan haiwan secara percuma kepada pemilik.
Kit ini mengandungi satu pek makanan haiwan Royal Canin (terhad kepada 100 beg penebusan setiap bulan). Selain itu turut disediakan dalam kit adalah mangkuk dan cawan untuk penyediaan makanan haiwan dan juga panduan penjagaan haiwan.
Pemilik haiwan juga akan menerima baucar diskaun 30 peratus sehingga RM50 untuk pembelian atas talian di kedai Shopee Royal Canin. Kit peralatan makanan dan baucar diskaun ini terhad kepada 150 penebusan setiap bulan.
Untuk maklumat lanjut tentang produk Royal Canin boleh layari laman web www.royalcanin.com/my.
Ikuti juga Royal Canin di saluran media sosial Facebook RoyalCaninMY dan Instagram @royalcaninmalaysia untuk maklumat terkini.
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...