Di rumah kita selalunya ada saja kabinet lama yang nampak dah uzur tapi sebenarnya masih boleh pakai. Sebab itu kita jadi sayang nak buang.
Kalau ada boleh buat makeover begini. Kaedahnya mudah cuma gunting dan tampal wallpaper yang memang khusus untuk perabot, bukan untuk dinding tu tau. Dah siap tampal terus nampak macam kabinet baru.
Idea ini adalah perkongsian daripada Ella Zahari
Tampal wallpaper khusus untuk perabot
Makeover kabinet dapur lama
Sayang nak buang tapi sekarang dah nampak kemas.
Modalnya beli wallpaper khusus untuk corak kabinet kemudian tampal.
PVC self adhesive waterproof cabinet woodgrain wallpaper. Untuk kabinet ini 2 meter dah cukup. Saya pilih corak warna hitam.
Nak ukur dan gunting pun senang sebab di belakang ada petak yang memudahkan kita untuk gunting.
Kos wallpaper 2 meter cuma RM19 )
Klik SINI untuk beli
Cuma tampal
Dah siap. Macam baru
Selamat mencuba!
Sumber: Ella Zahari
Tanam Keledek Dalam Plastik Beras Lagi Senang, Nak Tuai Hasil Pun Mudah
Walaupun keledek tanaman menjalar tapi tak semestinya kena tanam atas tanah, buat batas bagai.
Tengok ni, tanam dalam plastik beras pun menjadi, tetap banyak hasilnya. Jadi kalau tiada laman boleh ikut cara penanaman keledek kuning yang dikongsi oleh Jatye Atie Christie.
Daripada buang beg plastik beras, kita buat macam ni ya! Dapat juga makan keledek yang manis ni kan.
Tanam keledek dalam plastik beras, guna keratan batang
- Boleh guna plastik beras 5kg, atau 10kg. Tebuk bahagian bawah untuk pengaliran air.
2. Ambil tanah hitam, Cocopeat dan tanah biasa masukkan dalam plastik tadi.
3. Kemudian cucuk saja keratan batang keledek dalam tanah. Boleh juga tanam guna ubinya.
4. Siram sekurang-kurangnya sekali sehari dan letak di kawasan yang kena cahaya matahari.
5. Buatkan pancang kayu kerana pokok ini menjalar. Keledek boleh dituai selepas 3 bulan.
Yang ini, bawah beg plastik pun masih ada ubi. Bila dah tuai ambil keratan batang pokok keledek dan tanam lagi.
Tip kerat batang pokok keledek untuk ditanam
Penanaman secara keratan boleh dilakukan dengan memotong batang ubi keledek dalam lingkungan panjang 20cm hingga 30cm.
Kemudian, tanam keratan tersebut secara condong dan pastikan suku daripada bahagian keratan tersebut timbul pada bahagian permukaan tanah.
Sumber: Jatye Atie Christie
Kerja Asas Kena Tahu Kalau Nak Cat Sendiri Dinding Rumah
Ramai yang memilih untuk mengecat sendiri kediaman terutama di bahagian dalam untuk menjimatkan kos. Maklumlah upah mengecat pun mahal juga sekarang.
Tapi sebelum mula melakukannya sendiri elok jika mengetahui kerja asas untuk mengecat dinding rumah. Supaya hasilnya cat bukan saja cantik, sekata tapi juga tahan lama.
Tip ini dikongsi oleh Ben Safwan yang selalu berkongsi kerja-kerja bertukang di rumah.
Cara Kerja Asas / Pilihan Untuk Cat Dinding Rumah
1. Atasi dulu masalah pada dinding
Kalau ada masalah kelembapan dinding, kena rawat masalah kelembapan dulu baru cat. Kalau pakai cat waterproof sekalipun,kelembapan dari dalam dinding akan tolak cat. Sebab ianya rosak dari dalam. Cat hanya melindungi dari luar.
Kalau dinding tak sama atau berlekuk pun kena setelkan dengan plaster atau tampal putty wall tutup lubang,tempat terkopek sebelum gosok dengan kertas pasir bagi rata baru boleh mula mengecat. Baru rata cantik sedap mata memandang. Bila dah selesai semua baru boleh guna step di bawah ini.
2. Guna undercoat, Asas, Primer, Sealer
Ia merujuk kepada lapisan pertama. Antara dinding bata dinding simen plaster dengan lapisan cat nanti. Untuk pegang cat, tutup sedikit kelembapan, atau kalau dinding asal warna A nak tukar warna B,pakai juga lapisan ini.
Ada yang guna satu lapisan . Seeloknya dua lapisan. Baru masuk cat warna Harga cat macam-macam ikut jenama ya dan jenis ya. Dari rendah ke tinggi. Ikut poket sendiri.
3. Cat Warna
Pilih cat apa yang disukai. Macam saya guna Nippon. Cat warna Ungu 1 (0.87 liter sebenar) harga RM162. Kalau pakai warna putih 5 liter RM152. Harga cat bewarna lebih mahal dari cat warna putih disebabkan penggunaan pigment dan harga ini bergantung pada jenama,kelebihan dan sebagainya.
Seeloknya 2 lapisan. Kalau cat warna ,jangan tunggu lama untuk selesaikan lengkap satu-satu kawasan. Baru cantik seragam warna dia. Seeloknya buat dan selesaikan bahagian demi bahagian dinding.
Boleh pilih nak warna tak nak berkilat ( Matt ) berkilat sikit je ( Glossy Matt ) atau berkilat ( Glossy )
4. Lapisan Akhir / Clear Coat
Ia untuk melindungi cat terutama cat putih. Contoh kalau kena air kunyit pada lapisan yang telah disapu clear coat, mudah tanggal dan tak merebak pada cat putih lain. Fungsi melindungi cat dari kotor dan menaikkan seri serta bagi warna tahan lama.
Bukan guna seluruh rumah tapi guna pada bahagian tertentu seperti di dapur,di feature wall, di bahagian tv supaya lebih cantik lebih menarik. Cat nampak lebih lembab, naik warna, selain melindungi bahagian itu.
Sama juga ada pilihan tak nak berkilat ( matt ) atau berkilat ( Glossy )
Secara asasnya,ini lah cara kerja dan clear coating ini adalah pilihan sama ada nak guna atau tak.
Sumber: Ben Safwan
5 Tanda Kawasan Rumah Kita Bakal Dilanda Banjir Besar. Mula mula Naik Air Jernih, Lepas Beberapa Jam Air Berkeladak Datang
Meski pun perkongsian ini bukanlah berasaskan kajian namun kebanyakan mangsa banjir baru-baru ini turut berkongsi tanda-tanda yang sama sebelum bah besar melanda.
Jadi info perkongsian Ommar Abdul Aziz ini boleh juga kita jadikan panduan supaya kita bersedia untuk menyelamatkan diri dan harta agar tidak berlaku kejadian tak diingini pada masa depan.
Tanda kawasan rumah kita bakal dilanda banjir besar
Dulu ada orang share pasal benda ni tapi aku lalai.
Tanda-tanda tempat korang bakal banjir teruk
1. Air naik walaupun hujan dah berhenti.
2. Mula mula air jernih. Masa ni kita akan terpesona. Macam ada anak sungai depan rumah. Seronok budak-budak main air.
3. Beberapa jam selepas itu, air akan mula keruh. Ini tanda yang patutnya kita bersiap sedia untuk berpindah.
4. Air jadi kuning, berkeladak dan bersampah. Ini tanda kita patut segera keluar dari kawasan tersebut (Aku terlambat sebab no. 6).
5. Bergantung pada tempat, ada tempat 1 jam naik seinci, ada yang naik sekaki terus.
6. Paling penting abaikan perasaan sayang nak tinggalkan rumah. Jika tidak akhirnya terpaksa pihak JPAM menyelamatkan anda.
Tip ekstra
- Sebelum keluar dari rumah untuk selamatkan diri, kunci pintu rumah, tutup suis utama dan kalau boleh cabut fuis utama sebelum keluar.
- Sumbat lubang ekzos, dan cabut terminal bateri kereta yg ditinggalkan. Parking ditempat yang tinggi.
- Semoga kita dapat bertindak lebih awal pada masa akan untuk mengelakkan diri daripada terperangkap.
Semoga bermanfaat.
Sumber: Ommar Abdul Aziz