
Di rumah kita selalunya ada saja kabinet lama yang nampak dah uzur tapi sebenarnya masih boleh pakai. Sebab itu kita jadi sayang nak buang.
Kalau ada boleh buat makeover begini. Kaedahnya mudah cuma gunting dan tampal wallpaper yang memang khusus untuk perabot, bukan untuk dinding tu tau. Dah siap tampal terus nampak macam kabinet baru.
Idea ini adalah perkongsian daripada Ella Zahari
Tampal wallpaper khusus untuk perabot
Makeover kabinet dapur lama
Sayang nak buang tapi sekarang dah nampak kemas.
Modalnya beli wallpaper khusus untuk corak kabinet kemudian tampal.
PVC self adhesive waterproof cabinet woodgrain wallpaper. Untuk kabinet ini 2 meter dah cukup. Saya pilih corak warna hitam.
Nak ukur dan gunting pun senang sebab di belakang ada petak yang memudahkan kita untuk gunting.
Kos wallpaper 2 meter cuma RM19 )
Klik SINI untuk beli
Cuma tampal
Dah siap. Macam baru
Selamat mencuba!
Sumber: Ella Zahari
Pelajar B40 Boleh Makan Percuma Di Food Court, Antara 3 Cara Lotus’s Malaysia Bantu Ringankan Beban

Jumlah pendapatan yang kecil setiap bulan tapi perlu menyara keluarga, persekolahan anak, selain membayar bil dan membeli keperluan lain sememangnya memberi tekanan kepada golongan B40.
Apatah lagi ketika pandemik Covid-19 ada di antara mereka kehilangan pekerjaan. Ini menambahkan lagi beban yang ditanggung.
Memahami akan keperitan mereka untuk meneruskan kehidupan dalam keadaan yang mencabar seperti sekarang, Lotus’s Store (Malaysia) yang dulu dikenali sebagai Tesco Stores (Malaysia) tampil menghulurkan bantuan terutama buat anak-anak yang bersekolah daripada keluarga B40 ini.
Melalui program Inisiatif Prihatin, bermula sejak December 2020 hingga Februari 2021, Lotus’s Store Malaysia membantu hampir 6,000 pelajar dari keluarga kurang berkemampuan menerusi program Sekolah Angkat Tesco.
Inisiatif Prihatin yang dijalankan ini membantu pelajar dan keluarga B40 ini melalui tiga cara yang sangat bermakna.
Pertama, pelajar dari keluarga B40 terpilih diberi kupon makan percuma yang boleh ditebus di mana-mana food court Lotus’s Store Malaysia. Cara ini memastikan pelajar kurang berkemampuan dapat menikmati makanan yang sempurna.
Kedua, selain pelajar keluarga mereka juga turut diberi bantuan barang keperluan harian, seperti beras, minyak yang disediakan bersama oleh Lotus’s Store selain penyewa dan pembekal Lotus’s mall.
Ketiga, menerusi program Inisiatif Prihatin juga Lotus’s Store juga telah melaksanakan kempen komuniti Kembali Ke Sekolah untuk pelajar B40. Melalui program yang dikenali sebagai Kembali Teguh, Lotus’s Store turut bekerjasama dengan Unilever Malaysia dan PINTAR Foundation.
Semua usaha membantu pelajar dan keluarga golongan B40 ini adalah tanda prihatin berterusan Lotus’s Store Malaysia dalam membantu kepada golongan kurang berkemampuan dan memerlukan.
Cara Bersihkan Debu Pada Kipas Siling Tanpa Mengotorkan Lantai

Selalu terjadi setiap kali mahu bersihkan kipas siling, habis satu ruang akan dikotori debu-debu kipas.
Nak bersih kipas saja pun tapi satu ruang tamu atau bilik kotor dibuatnya, sudahnya kena tambah kerja menyapu dan mengemop lantai.
Antara cara yang memudahkan kita membersihkan kipas siling ini tanpa mengotorkan lantai adalah menggunakan sarung bantal. Boleh guna sarung bantal yang dah tak digunakan ya.
Hanya perlukan sarung bantal
Untuk mengelakkan debu berterabur satu rumah ketika bersihkan kipas siling apa yang anda perlukan hanyalah sarung bantal yang sudah tidak digunakan.
1. Cuma semburkan sarung bantal dengan air untuk melembapkannya, jangan terlalu banyak sampai menitis air.
Boleh juga semburkan dengan air yang dicampur bahan pencuci atau pun cuka.
2. Masukkan bilas kipas dalam sarung bantal yang lembap tadi.
3. Selepas itu picit dan tarik bahagian tepi bilah kipas untuk membuang habuk. Bersihkan bahagian bilas kipas yang lain. Ketika ini semua habuk akan jatuh dalam sarung bantal tanpa mengotorkan lantai.
4. Ulang pada bilah kipas yang lain. Dah siap!
Semoga bermanfaat
Memang Berbaloi Beli Belah Di Pasar Raya Ini! Nama Saja Bertukar Tapi Harga Barang Tetap Sama

Isi Kandungan
TogglePandemik Covid-19 menyaksikan banyak keluarga terjejas sumber pendapatan mereka. Ramai yang perlu berjimat dalam segala hal untuk meneruskan kehidupan. Dalam situasi sukar ini Lotus’s atau sebelum ini dikenali sebagai Tesco Malaysia sentiasa ada di sisi.
Memahami kesukaran mereka yang terjejas, harga barang yang ditawarkan tidak dinaikkan atau dengan kata lain harganya kekal sama terutama sekali untuk barang keluaran Lotus’s sendiri.
Lebih menarik Lotus’s sebenarnya menawarkan pelbagai rangkaian barangan keperluan harian dari jenama ini, jadi semuanya boleh kita beli dari satu bumbung. Jimat masa dan tenaga.
Barangan dapur
Terdapat pelbagai barangan dapur dari jenama Lotus’s, ini termasuk bahan asas memasak, makanan sejuk beku, makanan ringan, bijirin, air, biskut dan sebagainya. Antaranya Lotus’s Garam Kasar Beriodin, Lotus’s 3 in 1 coffee, NaxNax Biskut Krim Kraker, Keropok Kentang Lotus’s dan pelbagai lagi.

Kaum ibu yang mahu penyediaan makanan mudah sedia juga ada pelbagai pilihan, antaranya Lotus’s Chicken Lasagna, Lotus’s Minced Chicken, Lotus’s Coleslaw, Lotus’s Cereal Flakes dan banyak lagi. Malah produk-produk ini juga telah ditambah baik demi kepuasan pengguna.

Produk kebersihan diri dan rumah
Ketika pandemik ini produk pembersihan diri dan juga rumah memang jadi keperluan dan keutamaan. Jadi kena pilih produk yang harga berpatutan dan yang penting berkesan. Produk ini memang tersedia di Lotus’s antaranya Aliv Senses Handwash, dan Lotus’s Disinfecting Multi Surface Wipes yang formulanya diperbaiki.

Selain itu ada juga produk pembersihan rumah Lotus’s Laundry Liquid Detergent, Lotus’s Toilet Bowl Cleaner. Tidak ketinggalan barangan untuk kebersihan diri seperti Aliv Senses Hair Shampo dan juga perapi rambut dari jenama sama.


Buat si manja
Bagi ibu bapa yang memiliki anak kecil terdapat juga pilihan lampin pakai buang Cute & Care Baby Pants dengan pelbagai saiz. Lampin pakai buang ini juga dipertingkatkan kualitinya demi anak-anak yang menggunakannya setiap hari.
Lampin pakai buang ini lebih cepat menyerap lembapan supaya bayi sentiasa rasa kering dan selesa. Selain itu lampin pakai buang ini juga mempunyai pita pelekat di pinggang yang lembut dan mudah dibuka.
Apa yang disenaraikan di atas hanya sebahagian saja daripada jenama Lotus’s. Ada banyak lagi pilihan barangan yang ditawarkan dengan kualiti setanding dengan jenama lain. Walau pun harga mungkin ada perbezaan atau berubah dari semasa ke semasa tapi yang pasti ia tetap mampu milik.
Lotus’s sejak daripada dulu memang amat menitik beratkan kualiti sebab itu produknya sentiasa ditambah baik. Malah, sekiranya ada barangan yang tidak menepati kepuasan, Lotus’s sedia memulangkan semula wang atau menggantikannya.
Lebih 20 tahun di Malaysia membantu menyediakan barang keperluan rumah Lotus’s sentiasa berusaha memberi yang terbaik keperluan keluarga Malaysia.
Untuk maklumat lanjut tentang produk Lotus boleh layari laman web Lotus’s Malaysia atau Facebook Lotus’s Malaysia.