Tampil Tanpa Mekap Di Hari Perkahwinan, Alasan Wanita Ini Disokong Netizen

Share

Hari bahagia yang dirai sekali seumur hidup dah tentu semua pengantin perempuan mahu tampil paling cantik pada hari perkahwinan.

Sebab itu ramai sanggup mengambil khidmat jurusolek mahal semata-mata untuk tujuan ini. Tapi lain pula buat wanita ini. Dia melakukan sesuatu yang di luar kebiasaan pasangan pengantin.

Pada hari pernikahannya Dr Tasnim Jara mengambil keputusan tidak mengenakan mekap dan tampil seadanya. Dia kemudian memuat naik gambar perkahwinan dengan wajah tanpa secalit mekap dalam laman sosial miliknya bersama alasannya.

Perkongsian Dr Tasnim Jara tular bukan saja di negara asalnya tapi di serata pelusuk dunia yang rata-rata menyokong alasannya.

“Saya memakai busana putih yang ringkas milik nenek pada hari perkahwinan. Saya juga tak mengenakan mekap, memakai perhiasan atau aksesori. Ramai yang bertanya kenapa saya melakukannya dan ini alasan saya.

“Tak pernah saya menghadiri majlis perkahwinan tanpa mendengar orang-orang bergosip. Bertanya seberapa banyak emas yang dipakai, seberapa cantik mekap yang digunakan, seberapa indah baju pengantin dan seberapa mewah majlis yang diadakan. Ini  menyebabkan ramai  pengantin berlumba-lumba membuat persiapan terbaik mereka. Memakai baju mahal, perhiasan dan mekap yang  berlebihan.

“Disebabkan terlalu obses dengan majlis yang terbaik mereka lupa bahawa mereka sepatutnya melakukannya sesuai kemampuan. Ramai pasangan pengantin yang mengikut perasaan untuk kelihatan mewah tapi lupa bahawa kebahagiaan tak itu tak berkait dengan kemewahan.

“Masyarakat kita beranggapan bahawa majlis dan penampilan yang sederhana dengan apa adanya akan membuat kita nampak buruk. Padahal, kita memang seperti itu.

“Secara peribadi, saya ingin masyarakat menghargai apa yang kita miliki. Tak ada salahnya hidup sederhana. Setiap pengantin itu cantik walau sederhana. Bukan kemewahan yang akan membuat kita cantik, hati yang tulus dan keyakinan dengan apa dianugerahkan akan buat pengantin kelihatan makin cantik.

“Keputusan saya memang awalnya dibantah keluarga. Mereka kata tak mahu bergambar dengan saya tapi perlahan-lahan mereka menerima keputusan ini dan menyedari bahawa apa yang saya putuskan tidak salah.

“Dan suami saya Khaled, dialah yang selalu menyokong keputusan ini dan dia bangga dengan apa yang saya putuskan,”tulis Tasnim Jara dalam catatan bahasa Inggeris.

Status yang dimuat naik itu telah mendapat lebih 116k reaksi di Facebook dan 30k perkongsian serata dunia.

Sumber:Tasnim Jara

 

Published by
VK