Sebelum ini penyanyi, Aishah mempertahankan haknya dengan hadiah sebagai juara GegarVaganza. Rantai yang didakwa bernilai ribuan ringgit, rupa-rupanya tidak seperti yang diuar-uarkan. Malah hal itu turut menimbulkan pertikaian antara Aishah dengan pihak penaja iaitu jutawan kosmetik, Dato Seri Vida.
Terkini, Aishah sekali lagi meluahkan rasa tidak puas hatinya apabila penaja bersama yang menjanjikan hadiah tanah lot banglo memberikan tanah yang kecil sebagai hadiah.
Melalui instagram, Aishah meluahkan kekecewaannya.
Tak taulah nak nangis ke nak ketawa, dahlah susah payah nak tuntut hadiah,siap dgn.maki hamunnya,minta tangguh lebih setahun,sekarang diberitahu yg.tanah yg.dijanjikan bukanlah bungalow lot!!!Tapi tanah yg.lebih kecil.
Katanya itulah perjanjian dgn.badan penyiaran.Wow!!!Hampir setahun baru nak bagi tahu??So yg.diwar2kan dalam tv tu tak betullah ye?Kesilapan atau saja buat utk.gempakkan program?Hadoiii…I am speechless
Lama-lama VK rasa kasihan pun ada pada Aishah ni. Dia seorang sahaja yang tampil ke depan pasal hadiah selepas menang. Tak tahulah sebelum-sebelum ni macam mana dengan hadiah yang dimenangi oleh peserta lain. Kepada yang menaja, tajalah betul-betul. Jangan hanya manis di bibir saja. Janji manismu betul la diorang ni.
Sumber: Aishah