
Dua tiga hari ini ramai betul selebriti berangkat ke tanah suci untuk mengerjakan umrah. Tidak ketinggalan adalah PU Amin.
Selama ada di sana sejak dua hari lalu, beliau berkongsi ibadah yang dilakukan. Menariknya cara penceritaan PU Amin di IG story miliknya cukup menyentuh hati. Ia membuatkan kita terasa seolah-olah berada di sana, cukup dekat.
Tak caya korang baca sendiri.
Seronok baca kan, rasa macam terpanggil-panggil ke sana. Moga kita semua beroleh rezeki jadi tetamu Allah. Amin.
Sumber:pencetusummah_amin
7 Tanda Telefon Anda Sedang Digodam, Awas!

Isi Kandungan
Toggle
Ketika ini kita kita terlalu banyak bergantung pada telefon bimbit untuk menyimpan maklumat. Sebab itu bila tertinggal atau hilang kita jadi tak keruan.
Boleh dikatakan semua info ada di dalam telefon bimbit dari nombor telefon, emel sehinggalah urusan perbankan.
Disebabkan ia terlalu banyak menyimpan data peribadi maka telefon bimbit kita berisiko untuk dieksplotasi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab atau dengan kata lain digodam.
Oleh itu sekiranya 7 tanda-tanda ini berlaku pada telefon anda terutama ketika menggunakan wifi tempat terbuka maka hati-hati ya.
1. Bateri telefon cepat habis
Setiap telefon mempunyai kapasiti bateri yang berbeza dan sebagai pengguna telefon anda pasti sudah boleh membaca hayat bateri telefon anda.
Tetapi jika tiba – tiba bateri telefon anda berkurang secara drastik dengan penggunaan yang normal kemungkinan besar kerana ada aplikasi yang tidak dikenali sedang beroperasi di sistem telefon anda.
Aplikasi tersebut kemungkinan adalah malware yang mampu mencuri data peribadi anda.
2. Telefon jadi panas tiba-tiba
Perkara ini akan terjadi jika ada aplikasi yang berjalan dalam sistem telefon. Jika ianya terjadi, anda disarankan untuk mengambil langkah untuk melihatnya di bahagian Settings > Developer options > Running services.
Jika anda menemui aplikasi yang tak dikenali, ‘delete’ dengan segera dan elakkan memuatnaik aplikasi dari sumber yang tidak boleh dipercayai.
3. Wifi aktif dengan sendiri
Wifi anda tiba – tiba aktif ketika berada di tempat umum. Perkara ini mungkin disebabkan anda sedang diperhatikan. Melalui Wifi umum, penggodam mudah menghantar virus dan mencuri data anda.
4. Berlaku crossline ketika membuat panggilan
Salah satu tanda telefon anda digodam ialah anda mendengar suara bising dan aneh ketika melakukan panggilan telefon.
5. Kuota internet cepat habis
Ia salah satu tanda ada aplikasi yang sedang mengirim data tanpa pengetahuan anda pemilik telefon. Awas ya!
6. Menghantar mesej pelik
Sekiranya rakan atau famili anda menerima mesej berupa emel atau Facebook yang pelik dari anda sedangkan anda tidak menghantarnya besar kemungkinan telefon anda digodam.
Begitu juga jika anda mula menerima banyak mesej yang pelik, ia juga tanda telefon anda sedang dipergunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab.
7. Iklan dan ‘pop up’ muncul
Ini adalah antara tanda paling nyata. Ia menandakan ada unsur luar sudah menceroboh.
Sumber: Brightside & psafe.com
Suka Duka Yuna Sebelum Cipta Nama Di US, Selang Sehari Makan Mi Segera, Nasi & Sardin Untuk Jimat Duit

Melihat pencapaian Yuna atau Yunalis Zarai di Amerika Syarikat buat kita rakyat Malaysia turut berasa bangga. Malah ramai yang menjadikan penyanyi ini sebagai idola mereka.
Tapi di sebalik kejayaan Yuna mencipta nama di sana tak semua yang dilalui oleh penyanyi ini indah belaka.
Tak pernah bercerita tentang suka duka dan keperitannya sebelum ini namun dalam satu status di instagram beliau baru-baru ini Yuna mendedahkan apa yang dilalui sebelum mengecap kejayaan.
Kongsi RM50 dengan krew
Sama seperti kita waktu payah ujar Yuna dia sendiri selang sehari akan makan mi segera bersama nasi dan sardin untuk berjimat. Penyanyi yang pernah berduet dengan Usher untuk lagi crush ini juga pernah terpaksa berkongsi RM50 dengan angggota kumpulannya malah ada juga mereka bekerja secara percuma kerana tidak bayar.
Setiap kejayaan kita tak kira besar atau kecil kita sebenarnya tak mampu melakukannya seorang diri. Pasti ada seseorang yang membantu. Ketika ini saya fikir ramai yang berasa apabila mereka memperoleh suatu kejayaan mereka lakukannya sendiri.
Tapi saya selalu tahu ada orang yang membantu saya ketika saya tak punya apa. Pernah saya terpaksa berkongsi RM50 (USD$15) bersama anggota band dan krew. Ada masanya mereka juga bekerja secara percuma kerana kami tak dibayar.
Semasa awal berhijrah ke LA saya makan mi segera atau nasi bersama sardin selang sehari untuk jimatkan duit kerana perbelanjaan di sana terlalu mahal.
Tapi saya ada rakan yang selalu membantu saya dan memberi saya makanan. Tahu lah kan. Semua perkara ini saya akan ingat sampai bila-bila. Terima kasih.
Demikian catatan Yuna dalam instagramnya. Yuna baru-baru ini pulang ke Malaysia untuk membuat persembahan dalam acara pembukaan dan penutup Sukan Para Asean KL2017.
Anzalna Akui Rumit Siapkan Potret Tun Mahathir, Banyak Tempahan. Akan Ke Set Penggambaran Lepas Semuanya Selesai

Isi Kandungan
Toggle
Tak semua orang ada bakat melukis. Sudahlah cantik, pandai melukis pulak tu. Pelakon, Anzalna Nasir memang kerap memuat naik gambar lukisan hasil kreativitinya ke instagram. Walaupun menegaskan dia bukanlah pelukis profesional, namun mutu lukisannya boleh tahan. Malah dia pernah menang pertandingan lukisan di Kanada dan hasil lukisannya itu dicetak menjadi kad Krismas.
Suka lukisan abstrak
Melalui instagram, Anzalna mengakui lebih suka dengan lukisan abstrak. Katanya, lukisan abstrak bukan sekadar lukisan tetapi mempunyai makna di sebaliknya. Malah lukisan macam itu selalunya hanya difahami oleh orang seni.
Selain itu, Anzalna juga suka melukisa bunga.
Tak berhenti berlakon
A post shared by Anzalna Nasir (@anzalnanasir88) on
Have I changed my profession from an actress to an artist? Answer is, acting has always been my passion and Alhamdulillah until now I still get offers for acting. Thank you Global Station, Suhan and others for always offering me with dramas 100 episodes to telemovie but unfortunately I’m not ready to be on set since I have to finish up all the paintings people have ordered. Honestly, I love what I’m doing, thanks to those who have been supporting me and InsyaAllah, will be back on set shooting again soon. Painting takes a lot of time. The painting I did of Tun M, our prime minister took me ages to get it done. Perhaps I should get a signature from Tun M so that I can do more charity after this. Nak signature please Che Det… ? #AnzalnaDaVincci#DontExpectTooMuch#ImNotAProfessionalArtist#PortraitTunMAtasPermintaanKoran
Berlakon tetap keutamaan, tapi banyak tempahan lukisan
Soalan saya dah tukar profesion ke? Daripada berlakon jadi pelukis? Jawapannya, berlakon adalah minat saya yang utama. Alhamdulillah sampai sekarang saya masih dapat tawaran berlakon. Terima kasih Global Station, Suhan dan lain-lain production house yang selalu menawarkan saya drama 100 episod atau telemovie. Tapi saya tak ready nak on set sebab nak siapkan lukisan yang telah ditempah.
Siapkan lukisan Tun Mahathir
Anzalna mengakui masih belum mahir melukis potret tapi ramai yang minta dia cuba lukis potret Tun M.
Saya suka apa yang saya buat sekarang. Terima kasih kepada mereka yang telah menyokong saya. Lepas siap semuanya, saya akan kembali on set. Melukis ni ambil banyak masa yang panjang. Contohnya potret Tun M, cukup lama. Mungkin kena dapatkan tandatangan daripada Tun M supaya saya boleh melakukan lebih banyak amal selepas ini.
Apa korang nampak?
Anzalna memang suka lukisan abstrak
Kaabah
Sweetnya bunga
Sumber: https://www.instagram.com/anzalnanasir88/?hl=en