Kalau teringin nak bercucuk tanam di rumah dengan cara yang mudah boleh mulakan dengan kaedah ini. Paling senang tanam kangkung, tanpa tanah.
Dalam tempoh 3 minggu saja dah nampak hasil dan boleh tuai. Seronok macam ni.
Cara penanaman ini dipraktikkan oleh Monica Antie Ballerina. Beliau juga berkongsi langkah demi langkah yang dilakukan.
1. Pilih biji benih yang baik.
2. Sediakan pot kecil dan kapas muka. Pot net ini boleh beli di Shopee (https://invle.co/clepy4t) Ada banyak saiz juga, saya guna yang kecil.
3. Tabur biji benih dalam pot kecil ini. Masukkan air paip agak-agak untuk basahkan kapas. Semburkan juga biji kangkung sampai basah.
Ads
4. Selepas 2-3 hari semua biji benih dah bercambah. Kalau air pada kapas kering, tuang lagi air dalam bekas.
5. Bila anak benih dah naik 3-4 daun bolehlah pindahkan dalam bekas PVC putih. Ini adalah paip PVC hidroponik (https://invle.co/clepy71). Saya beli di Shopee tapi kena gam dan tebuk lubang sendiri untuk letak pot. Kalau nak beli yang dah siap tebuk pun ada tapi mahal sikit namun masih berbaloi.
Ads
6. Dalam bekas PVC letakkan baja AB, ikut sukatan yang disarankan. Boleh beli di Shopee juga. ada banyak jenis. Pilih saja. Dalam seminggu kangkung akan naik.
7. Ini dah 3 minggu.
Ads
8. Tak sampai sebulan dah boleh tuai. Saya tuai tak cabut akar. Saya gunting saja, tak sampai beberapa hari dah tumbuh balik.
INFO
Bila pokok kangkung dah besar kena tambah air kerap, lagi lagi bila dah hampir nak tuai. 3 hari saja air dah kering.
Buku dan beg sekolah anak kalau tiada tempat khas untuk diletakkan memang akan buat bilik atau ruang nampak serabut. Tambah lagi sekarang anak belajar di rumah saja.
Supaya kita tak pening dan stres melihatnya, idea bookstation Shakina Farhan ini boleh dijadikan panduan supaya buku dan peralatan sekolah anak-anak kemas.
Satu anak satu frame
Saya nak share bookstation anak yang sangat membantu kami sekeluarga lebih lagi masa PDPR sebelum ini. Anak darjah 3, darjah 1 & tadika 5 tahun. Dah hampir 5 bulan guna cara ini.
Saya guna rak Besta dari Ikea. Kelebihan ikea ni boleh custom ikut keperluan kita. Contoh pintu bawah sekali untuk sorok beg. Kalau kita nak tambah lagi shelf ke atau pintu ke masa depan pun boleh.
Saya cat dalam rak warna hitam sebab nak matching dengan decor rumah sebab bookstation ini antara dining & living room. Anak-anak belajar dekat dining & bilik bawah.
1 Frame 1 anak tapi ada juga bercampur. Dalam file fluns ada file subjek jadi kalau anak ada Google Meet terus ambil file saja. Beg dekat bawah sekali tersorok kalau tak bersepah berlonggok atas lantai.
Peralatan bookstation
Almari, shelf, door- Besta frame x 3
Box grey – Ikea
Bakul putih – Mr Diy
File fluns – Ikea
Label – buat sendiri
Rak semestinya guna Besta, boleh saja pakai kabinet lain. Kalau ada yang tengah mencari idea cara nak susun buku sekolah anak.
Dalam bulan puasa ini kita memang akan banyak makan kurma. Tapi lepas makan kurma bijinya akan kita buang kerana ramai menganggap ia tiada gunanya.
Ha salah sebenarnya, di sebalik biji kurma yang keras ini sebenarnya ada banyak manfaatnya.
1. Boleh jadi serbuk kopi yang sedap
Tak susah membuatnya dan ia boleh menjadi alternatif yang sesuai untik anda yang alah dengan kafein.
Cara membuatnya adalah seperti berikut:
Basuh biji kurma tersebut dan toskan.
Ratakan di dalam dulang kemudian jemur seharian di bawah cahaya matahari.
Kemudian bila sudah kering, goreng biji kurma tersebut dalam kuali tanpa minyak. Goreng sehingga hangus dan mengeluarkan aroma seperti kopi.
Tumbuk atau kisar biji kurma berkenaan dan terhasillah serbuk kopi yang sedia dibancuh untuk di minum.
2. Boleh jadi skrub lembutkan kulit
Kopi biji kurma ini bukan sahaja untuk diminum, serbuk biji kurma ini boleh dijadikan scrub untuk melembutkan kulit. Campurkan serbuk kopi biji kurma ini dengan madu sebelum sapukan.
3. Rawat masalah rambut gugur
Jika mengalami masalah kulit kepala yang teruk atau rambut gugur, ambil serbuk kopi biji kurma ini campurkan dengan minyak zaitun, amalkan setiap hari sebelum tidur.
4. Melembutkan daging dengan cepat
Kalau nak sediakan hidangan berbuka berasaskan daging, biji kurma juga sangat berguna. Anatara petua untuk melembutkan daging tanpa menjejaskan rasa masakan adalah dengan menggunakan biji kurma.
Caranya masukkan beberapa butir biji kurma yang sudah dibasuh bersih ke dalam apa-apa masakan yang sedang dimasak.
Ok lepas ni jangan buang bijinya selepas makan kurma ya!
Ramai kalangan kita yang menduduki kediaman kecil dan ada juga tak cukup bilik untuk menempatkan anak-anak. Selalunya anak lelakilah yang kena ‘berkorban’ ambil tempat di luar.
Menghadapi situasi hampir sama, tapi ibu kreatif Nazira Noran tetap mahu memberikan anak lelakinya ruang yang selesa. Lalu berpandukan idea dari Pinterest beliau membina ‘rumah dalam rumah’ jadi bilik dan ruang privacy anaknya itu. Tengoklah hasilnya comel sungguh!
Jika terinspirasi dengan idea ini, boleh baca perkongsian beliau untuk jadi rujukan.
Rumah dalam rumah ini bilik anak lelaki saya
Rumah dalam rumah ni sebenarnya bilik anak lelaki saya. Ada ruang privacy, bilik study dan katil di atas untuk dia tidur.
Rumah asal saya ni kecil, ada 2 bilik tidur saja, jadi saya dapat ilham dari beberapa gambar di pinterest. Takde atap sebab takut panas.
Upah tukang buat rumah ni, guna kayu jenis pine. Kemudian kerja mengecat dan menghias, saya buat sendiri. Barang-barang lain dan aksesori semua dibeli melalui Lazada dan Shopee.
Masalah nyamuk memang menjadi perkara biasa di sekitar kita. Cuma yang menakutkan bila ada kehadiran nyamuk Aedes, bimbang menyebabkan penyakit denggi.