
Tak perlu buat batas bagai jika berhasrat untuk tanam keledek. Kalau rumah tak banyak tanah boleh saja tanam dalam bekas terpakai contohnya tong cat.
Hasilnya tetap menjadi elok macam yang ditanam oleh Malmisa Swak Lis Lis ini. Tetap berisi walau pun tidak menggunakan baja.
Bagi yang nak cuba tanam, ini tip yang beliau kongsi.
Cara tanam keledek dalam tong cat
- Supaya keledek lebih cepat keluar isi, tanam menggunakan pucuk muda.
2. Ambil bahagian pucuk keledek yang punya 5-6 helai daun.
3. Sediakan tong terpakai, yang ini guna tong cat 18 liter. Tebuk bahagian bawah untuk pengaliran air.
4. Isikan tong dengan tanah berpasir dan cucuk pucuk keledek tadi.
5. Keledek ini tak guna baja, cuma siram dengan siram air cucian beras, ikan, daging.
6. Selepas 2-3 bulan boleh tuai hasilnya. Yang ini dituai selepas 2 bulan.
Kelebihan tanam keledek dalam bekas terpakai seperti ini, ia mudah untuk dituai. Tak perlu gali banyak tempat.
Ini keledek dah siap cuci dan sedia untuk direbus.
Selamat mencuba.
Sumber: Malmisa Swak Lis Lis
Artikel berkait:
Tanam Keledek Dalam Plastik Beras Lagi Senang, Nak Tuai Hasil Pun Mudah
Tip Tanam Ubi Supaya Hasilnya Bertingkat-Tingkat, Kena Toreh Sikit Kulitnya
Cara Buat Stok Sambal Berlada Yang Padu & Pelbagai Guna. Boleh Tahan 2 Minggu

Isi Kandungan
ToggleKalau korang hantu sambal bolehlah buat stok ini di rumah. Untung buat sambal balado ni, sekali buat boleh guna untuk macam macam.
Boleh gaul dengan ikan, ayam goreng atau telur goreng. Buat nasi goreng dengan sambal ni pun boleh, 5 minit dah siap. Sambal ini juga boleh tahan 2 minggu, letak dalam chiller saja. Bila nak ceduk je.
Cara membuatnya dikongsi Mazliana Mazlan yang mendapat resipi ini dari sahabat adiknya yang berasal dari Indonesia.
Cara buat sambal balado padu, pelbagai guna
Bahan-bahan :
1 biji bawang besar
1 biji tomato
3 ulas bawang putih
3 biji cili merah
3 genggam cili padi (campur merah dan hijau ikut tahap kepedasan masing-masing)
2 inci belacan
2 sudu besar gula
Garam secukup rasa
Minyak
Cara penyediaan:
1. Ini bahan-bahannya. Saya kehabisan bawang besar yang betul-betul besar, jadi saya masukkan 3 biji bawang besar yang bersaiz agak kecil. Siapa yang suka pedas meletop, boleh lebihkan cili padi merah.
2. Kalau rajin, boleh tumbuk bahan-bahan ini. Cara saya yang kurang sikit rajinnya dan nak cepat, saya masukkan semua dalam food processor. Jangan letak air langsung ye. Kalau guna blender biasa pun boleh, letak air sikit je okay.
3. Kisar jangan lumat sangat, biar nampak ada serdak-serdak cili gitu.
4. Panaskan minyak, agak-agak je. Saya guna minyak masak lebihan goreng ikan bilis.
5. Masukkan dalam kuali. Masak sampai agak kering airnya untuk tahan lama, biar betul-betul kering.
6. Masukkan gula dalam 2 sudu. Saya guna organic raw cane sugar.
7. Masukkan garam Himalaya secukup rasa. Apa-apa garam pun boleh.
8. Siap! Boleh simpan dalam bekas dan masukkan dalam chiller. Tak perlu sejuk beku, boleh tahan dalam 2 minggu.
Ini salah satu menunya. Pecal lele gitu. Padu betul rasa dia.
Selamat mencuba!
Sumber: Mazliana Mazlan
Berbaloi Tanam Pokok Cili Jambak, Sekali Berbuah Meriah Hasilnya

Isi Kandungan
ToggleSelain pokok cili biasa, pokok cili jambak juga sering ditanam keliling rumah. Seronok bila tengok hasilnya, sekali berbuah memang meriah.
Teringin untuk mendapat hasil cili sejambak begini, perkongsian di laman sosial Facebook Adam Harris Mohd Shaifullah memberi panduan untuk menanamnya di laman rumah sendiri.
Tanam cili jambak seperti jambangan bunga
Langkah 1 :
– Sebelum menyemai, kita perlu membuat proses rendaman biji benih. Proses ini dilakukan selama 8 jam atau 1 malam .
– Tujuan rendam ini untuk melembutkan kulit luaran benih cili supaya mudah bercambah supaya akar baru akan muncul dengan pantas.
– Seeloknya gunakan air yang tiada klorin seperti air sungai, air telaga. Jika tiada gunakan saja air paip.
Langkah 2 :
– Keringkan benih yang sudah direndam mengunakan penapis, kertas atau tisu. Tujuan kering ini supaya mudah untuk disemai dan benih mudah untuk dikendalikan.
Langkah 3 :
– Sediakan tapak semaian seperti tray atau bekas kecil untuk semaian. Gunakkan peatmos/ sabut kelapa hancur untuk menyemai benih.
– Anda juga boleh gunakan tanah organik atau topnsoil.
Langkah 4 :
– Buat lubang mengunakan kayu atau jari tangan. Jangan terlalu dalam.
– Jangan terlalu cetek. Letak benih ke dalam lubang di tray setiap lubang 1 biji.
Langkah 5 :
– Setelah disemai, kambus dan siram dengan air. Siram dengam semburan halus atau dengan cara yang lembut.
– Jangan siram sampai medium semaian terkeluar dari tray atau bekas.
Langkah 6 :
– Alihkan tray atau bekas semai tempat redup. Sungkup dengan plastik hitam keseluruhan selama 3 ke 5 hari.
– Hari ke 3 hingga 5 benih sudah mula bercambah. Anda boleh mengalihkan sungkupan plastik hitam tadi.
Langkah 7 :
– Benih yang bercambah akan mengeluarkan 2 helai daun. Alih kan benih ke kawasan yang menerima cahaya matahari tetapi jangan letak bawah cahaya matahari secara terus.
– Siram setiap pagi dan petang. Letakkan di tepi rumah atau pakai net hitam.
Langkah 8 :
– Selepas benih berusia 1 minggu baja dengan baja subur dengan kuantiti yang sedikit (beberapa biji) pada setiap pokok dalam tray. Boleh juga gunakan baja organik.
– Setelah usia 2 minggu atau benih ada 3 ke 6 helai daun. Boleh alihkan pula ke pasu, polybag atau atas tanah.
Langkah 9 :
– Baja pokok setiap 1 minggu atau 2 minggu sekali. Untuk pokok yang bebas dari serangan penyakit dan serangga, sembur racun organik seminggu sekali.
– Jika pokok sudah mula berbunga, taburkan baja buah untuk melebatkan buah. Jika anda menggunakan baja biji NPK, berhenti guna baja apabila pokok berbuah, untuk mengelak buah gugur.
Nota: Tips di atas boleh digunakan pada semua jenis cili.
Sumber : Adam Harris Mohd Shaifful
Artikel berkait:
Guna Uncang Cili Untuk Benih Pokok
Air Penggalak Untuk Cili Ditanam Berbuah Lebat & Tahan Penyakit
Nota: Untuk cari benih cili yang bagus di sini
6 Jenis Hutang Yang Ramai Ambil Tapi Akhirnya Jadi Beban Kewangan

Isi Kandungan
ToggleZaman sekarang kalau tak berhutang orang kata tak berharta. Hutang kereta dan rumah antara yang biasa dan menjadi keperluan.
Tapi ketika ini ramai juga yang membuat hutang-hutang kecil untuk barangan yang sepatutnya boleh saja dibeli dengan tunai jika membuat tabungan. Akibatnya hutang-hutang kecil ini menjadi beban kewangan bertahun-tahun.
Dikongsi oleh pempengaruh di sosial media Mohd Fadzli Salleh berikut adalah enam jenis hutang yang ramai ambil dan akhirnya menjadi beban kewangan berdasarkan pandangan dan pengalaman peribadinya.
6 jenis hutang yang ramai ambil tapi akhirnya jadi beban
Enam hutang yang ramai ambil Akhirnya menjadi beban kewangan bertahun-tahun.
1. Penapis air (RM80)
Aku rasa yang ini paling ramai orang buat hutang. Pernah ziarah asnaf, pun ada penapis air kat rumahnya. Tak tahu la jika orang sedekah.
Penapis air itu betul bagus dan memudahkan. Aku sendiri pakai, aku tak nafikan manfaat itu. Tetapi perlu lihat kemampuan kewangan kita juga.
Kawan aku laki bini cikgu, lebih pada mampu nak bayar bulanan setakat RM100. Namun sampai hari ni tak pakai penapis air. Nak air sejuk, ada dalam peti. Nak air panas, ada electric kettle.
Namun, tidak dinafikan, sangat memudahkan urusan bila ada penapis air ni. Cuma tu lah, sangkut hutang 5 tahun beb. Jika tidak penting sangat, elakkan. Namun jika benar-benar perlu, teruskan.
2. Penapis udara (RM100)
Penapis udara antara benda yang aku ada dan aku menyesal ada. Tak guna sangat pun. Kalau perlu sangat, better beli cash.
3. Tilam (RM180)
Jadi trend juga beli tilam ansuran sekarang. Padahal beli tilam cash baru sekitar RM500. Tapi kualiti tak sama la dengan yang ansuran tu. Nak kualiti sedap, cari tilam yang harga RM3-RM5k. Simpan duit dan beli tunai.
4. Aircond ansuran (RM100)
Sekarang ramai ambil pakej aircond ansuran kerana cuaca panas. Laku keras sale aircond secara ansuran ni.
5. Mesin basuh dan dryer (RM100)
Pun trend terbaru, ada pakej ansuran untuk mesin basuh dan dryer juga. Ramai juga yang beli.
6. Handphone (RM150-RM300)
Ramai nak bergaya, tapi tak ada kemampuan. Maka berhutang la caranya. Apa salahnya beli saja handphone cash dalam kemampuan kita. Total komitmen bulanan 6 perkara di atas sekitar RM800 sebulan.
Bukan kecil anak RM800 bagi mereka yang bergaji sekitar RM3000. Belum kira kereta, sewa rumah, bil lagi.
Kawan-kawan. Jaga aliran tunai kalian. Elakkan beli barang secara berhutang melainkan betul-betul perlu. 5 tahun bukan tempoh yang sekejap. Habis saja 5 tahun, barang rosak atau out to date. Maka beli lain, tambah lagi hutang 5 tahun lagi. Kitaran ni berterusan tanpa henti.
Cuba latih diri hidup di bawah pendapatan. Kalau pendapatan kita RM3k sebulan, hidup dengan cara gaji RM2k sebulan. Lebihan tu simpan dan laburlah.
Silap mencatur kewangan sengsaranya bukan sekejap. Fikir-fikirkan.
Semoga bermanfaat.
Sumber: Mohd Fadzli Salleh