Jika selalu beli di kedai sayur kubis, apa kata cuba tanam sendiri pulak. ‘Feel’ makan sayur yang ditanam sendiri memang lain. Tapi selain untuk masak sendiri, boleh juga cantikkan laman rumah kerana daunnya yang lebar. Kalau tanam banyak memang cantik.
Satu lagi kaedah penanaman kubis ini pun mudah saja. Insya-Allah menjadi. Berpengalaman menanam sayur ini di kediamannya, Mohd Amri berkongsi caranya.
Dulu-dulu sebut kubis mesti ingat Cameron Highlands. Sekarang depan dan halaman rumah pun boleh. Kaedahnya mudah sahaja, insha-Allah jadi.
Peralatan
1. Pastikan bekas/pasu/polibeg/tayar kereta terpakai atau macam saya guna bakul kedai eco rm2.10 sahaja.
2. Medium. Nak guna tanah hitam sawit boleh, nak guna tanah 6 in 1 boleh, tanah campur boleh, cocopeat sahaja pun boleh. Janji medium jangan terlalu keras sehingga air tak meresap ke bawah.
3. Benih kubis. Semai siap-siap sebelum dipindahkan ke medium. Saya ambil masa dalam 13-15 hari, bila anak pokok sudah matang, baru pindah ke bekas. Semaian saya pakai peatmoss.
4. Baja. Ada orang guna baja biji. Ada orang guna baja tahi ayam. Saya pula pengguna baja TPF. So, tepuk dada tanya selera.
Cara penanaman
1. Setiap satu anak pokok hanya satu bekas. Nanti pokok akan melebar. Kalau satu bekas dua pokok, pertumbuhan tak indah la jadinya.
2. Setiap kali siraman dibuat, medium akan menjadi mendap ke bawah kan? Jadi, kubis ni special sikit. Kena kambus balik supaya pokok tak menjadi jinjang sehingga nampak batangnya. Tutup balik batang dengan tanah, boleh tambah tanah baru atau yang sedia ada dalam bekas.
3. Seminggu sekali saya akan semburkan Bio Booster untuk tingkatkan lagi kesuburan daun dan pertumbuhan yang baik.
4. Pastikan dapat cahaya matahari direct, insha Allah membulat kubis anda tu.
Kawalan serangga
1. Untuk serangga seperti ulat daun, belalang dan lain-lain, saya gunakan strex sahaja. Sangat membantu.
2. Seminggu sekali saya akan selangkan juga dengan cuka kayu. Cuka kayu boleh kita bancuh, siram pada medium untuk elakkan kulat terutama musim hujan yang kerap.
Tuaian
Dari semai biji benih, saya mengambil masa selama 3 bulan sebelum harvest.
Jom jadikan kubis sebagai landskap rumah. Itu saja, share jika bermanfaat!
Selamat mencuba
Sumber: Mohd Amri