Melihat deretan nanas Sarawak yang diketahui memang manis rasanya ditanam tepi rumahnya buat ramai yang teruja. Tak kurang juga terinspirasi untuk melakukan perkara yang sama.
Apalagi bila wanita dikenali nama Jodi Cholo ini memberitahu setiap satu nenas itu anggaran beratnya 3-4.5kg/biji sebiji dan semua pokok nenas itu ditanam dalam polibeg saja.
Tidak lokek berkongsi ilmu, ini tip dan penjagaan penanaman nenas Sarawak yang dipraktikkan oleh beliau.
Tip tanam dan penjagaan nenas Sarawak
1.Tanam nenas Sarawak di tepi rumah saja. Tanam sejak Ramadan 2021 dan Ramadan 2022 dapat tuai hasil. Bilangan pokok ada 70 pokok.
2.Tanam melalui anak/ sulur bukan jambul dalam polibeg saja, saiz 13×13 atau 10×10. Median yang digunakan adalah 100 peratus tanah sawit. Saya potong pelapah anak pokok sebelum tanam, tinggal 3 helai yang atas sahaja supaya pokok cepat naik.
3.Anak pokok diletakkan di tempat yang kena 100 peratus sahaya matahari. Nenas ini tanam manual, 2 minggu 1 kali disiram, itu pun kalau musim panas.
4.Baja yang digunakan adalah baja NPK 15,15,15 cara 2 minggu 1 kali, sukatan sesudu makan untuk satu polibeg (saya tak pakai baja foliar).
5.Letak silver shine (tikar alas bawah polibeg) untuk elak rumput dari tumbuh sebab malas cabut rumput.
6.Fungsi pinggan polisterin/topi untuk lindung cahaya matahari yang terik elak buah rosak. Letak pinggan ini setelah buah besar.
7. Berat purata nenas 3-4.5kg/biji dan rasanya manis. Sepanjang tanam tiada racun serangga digunakan.
Tip ekstra
-Pastikan pokok sihat sebelum berbuah.
-Pokok besar buah pun akan besar.
-Selepas pokok berbuah berhenti letak baja untuk elak buah rosak.
Semoga bermanfaat.
Sumber: Jodi Cholo