Seronok bercucuk tanam keliling rumah terutama bila dah mula nampak hasilnya. Tapi jadi geram apabila belum sempat kita tuai, tanaman dikerjakan dulu oleh haiwan perosak termasuklah babi.
Macam-macam ikhtiar dan petua dibuat tapi haiwan ini tetap juga datang. Jika masih juga tak berjaya, mungkin boleh cuba pula kaedah menanam pokok bunga turnera atau bunga Pukul 10 untuk elak haiwan perosak ini.
Ramai yang tak tahu pokok bunga Turnera ini berguna sebagai kawalan secara biologi untuk elak serangan perosak dan ia dipraktikkan termasuklah di ladang kelapa sawit dan sawah padi.
Kawalan biologi elak serangan perosak termasuk babi
Pokok bunga Pukul 10 atau Turnera Subulata (bunga putih) biasanya ditanam di ladang kelapa sawit. Kalau tuan puan perasan ada di sekeliling ladang kelapa sawit berhampiran pagar.
Ads
Bagi tanaman kelapa sawit bunga Turnera dan Air Mata Pengangin ditanam bertujuan untuk mengawal serangan perosak ulat bungkus yang menyerang tanaman kelapa sawit.
Bunga Turnera juga sesuai ditanam di Kawasan tanaman yang Tuan/Puan usahakan seperti pisang, Kelapa, ubi dan sebagainya.
Bunganya akan mula kembang pada pukul 10 pagi dan kuncup pada waktu petang. Itu sebabnya dipanggil pokok bunga Pukul 10.
Ads
Tanam sekeliling kebun sebagai ‘pagar’
Bunga ini mengeluarkan bau yang tidak disukai babi/khinzir. Ia boleh tanam di sekeliling kawasan tanaman atau kebun untuk dijadikan sebagai ‘pagar’ bagi mengelak serangan perosak.
Kita sedia maklum babi aktif lewat petang dan malam. Aroma bunga ini bila malam semakin kuat. Bau ini mengganggu deria bau babi.
Kawal serangga perosak padi
Selain warna putih pokok ini juga ada yang mengeluarkan bunga kuning. Bunga berwarna kuning nama spesisnya Turnera umnifolia dan Turnera diffusa.
Ads
Pokok bunga ini banyak ditanam di kawasan sawah padi juga untuk mengawal serangga perosak. Pokok bunga ini mengeluarkan nektar yang menjadi makanan kepada serangga.
Bila ditanam di tepi sawah serangga ‘sahabat’ padi akan datang, dalam masa yang sama menjadi pemangsa atau memakan serangga jahat atau perosak semasa bersaing mendapatkan sumber makanan. Ia sekali gus mengawal serangan serangga jahat ini dari merosakkan padi.
Kaedah penanaman pokok bunga Turnera ini juga mudah, boleh dibuat melalui keratan batang. Boleh juga klik SINI untuk beli anak pokok Turnera di Shopee
Menu ikan bawal kukus Chinese Style begini kalau makan di restoren memang agak mahal harganya. Jadi kalau teringin dan nak jimat elok masak sendiri di rumah. Puas makan.
Cara membuat ikan bawal kukus Chinese style ini juga tak susah malah bahan-bahannya pun ada saja di rumah. Cuma perlu beli ikan bawal dan daun bawang saja.
Cara buat ikan bawal kukus Chinese style
Bahan-bahan
Ikan bawal – dibasuh bersih
Halia – potong memanjang
Batang daun bawang- dipotong
Cili padi -dihiris
Bawang putih -dicincang
Bahan sos
2 sudu besar kicap cair
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar minyak bijan
½ sudu teh gula
Cara membuat
1. Bawang putih digoreng hingga keemasan kemudian tutup api. Ketepikan
2. Panaskan periuk pengukus, kukus ikan bersama halia lebih kurang lima minit.
3. Kemudian satukan bahagian sos dan curah ke atas ikan yang sudah diletakkan daun dan batang bawang di atasnya.
4. Akhir sekali letak bawang putih yang digoreng tadi bersama cili. Siap
Isu kekurangan stok telur sudah pun reda. Dah banyak di pasaran walaupun harganya naik sikit.
Dah dapat stok telur kenalah simpan dengan cara yang betul. Tapi masalahnya ramai yang simpan telur dengan cara yang salah hingga boleh menyebabkan ia cepat rosak.
Antara yang kita praktikkan adalah simpan telur dekat pintu peti sejuk sebab sarang telur memang disediakan di situ. Salah ya.
Mengikut info Public Health Malaysia, tempat itu bukan lokasi yang sesuai untuk menyimpan telur. Ia cara simpan telur yang betul untuk kita praktikkan.
1. Simpan dalam peti sejuk
Kuning telur ada bakteria Salmonella, ia boleh dibunih dengan menyimpannya dalam peti ais suhu 4 darjah celsius.
Telur yang disimpan dalam peti sejuk tahan lama sehingga 4-5 minggu.
2. Jangan letak di pintu peti sejuk
Suhu pintu dekat dengan suhu luar. Pintu sentiasa buka tutup.
Suhu berubah-ubah memendekkan jangka hayat telur.
3. Guna bekas asal telur
Bekas asal akan melindungi telur dari pecah.
Mencegah telur dari menyerap bau dan rasa dari bahan lain yang ada dalam peti ais.
Tarikh luput terpapar dan rasa yakin telur masih elok.
Kuning telur akan sentiasa berada di tengah dengan posisi tersebut.
Basuh baju putih tapi tercampur dengan pakaian lain yang luntur warna. Sudahnya baju putih kesayangan jadi bertompok-tompok dengan warna lain. Memang stres kalau jadi begini.
Tapi jangan pula sampai nak buang baju putih tu, sebab cara nak tanggalkan kesan tompok berwarna ini mudah saja. Tak perlu susah hati atau beli baru.
Bahan-bahan yang diperlukan
Periuk yang bersih
Air secukupnya
Sabun cuci 1 sudu
1. Isi air dalam periuk secukupnya.
2. Masukan 1 sudu sabun (jangan lebih buih sabun akan melimpah ketika air mendidih).
3. Masukkan pakaian yang terkena luntur dan didihkan. Gaulkan pakaian ketika air dah mendidih agar air panas sebati pada semua pakaian tadi.
4. Cara ini akan menanggalkan warna pada pakaian putih tadi.
5. Gaul dalam 5 minit, atau sehingga kita pasti warna luntur sudah hilang.
Kemudian angkat dan basuhlah sebersihnya pakaian tadi dan boleh terus keringkan.