Tanam Pokok Cili Guna Keratan Dahan Lagi Cepat Berbuah. Guna Bawang Merah Untuk Galak Akar Tumbuh

Share

 

Selalu kita tanam cili guna biji benih rupanya boleh juga tanam pokok ini menggunakan keratan dahan. Ramai yang tak tahu kan.

Kalau nak cuba kaedah ini caranya dikongsi oleh Sentuhan Kidal IV melalui Facebook Kebun Tepi Rumah

Tanam pokok cili guna keratan dahan

Kita berkongsi pengalaman cara orang rumah menanam cili agar cepat berbuah. Guna keratan dahan.

Caranya;

1. Pilih keratan dahan pokok cili yang elok. Sebaiknya guna dahan bukan batang. Sebab dahan yang dipotong akan bertunas baru jadi jangka hayat batang cili asal akan lama.

2. Ambil beberapa ulas bawang merah lalu potong. Sapukan bahagian bawang dipotong pada keratan dahan.

Bawang ini berfungsi sebagai penggalak akar dan juga mengelakkan serangan fungus. Boleh juga cucuk terus keratan dahan cili tadi dalam bawang. Biar dalam 2-3 minit lalu cabut. Jangan tanam sekali dengan bawang.

3. Keratan dahan yang dah disapu atau dicucuk pada bawang tadi boleh terus ditanam dalam pasu atau polibeg.

4. Letak di tempat yang redup, elak dari terkena cahaya matahari terik.

5. Dalam seminggu dua, kita boleh tengok tunas baru tumbuh.

Selamat mencuba.

Sumber: Sentuhan Kidal IV

Published by
VK