Biasa tanam daun bawang dalam pasu menggunakan tanah, tapi tanpa dua perkara ini pun kita boleh menanam pokok ini dengan subur.
Caranya cuma gunakan botol air plastik yang sudah tidak digunakan dan air. Kaedah penanaman ini dikongsi oleh Cici Cikyah.
Cara penyediaan
Potong sedikit bahagian atas botol dan di isi dengan air sampai paras yang dipotong.
2. Hiris bahagian atas bawang untuk mencambahkan tunas. Kemudian letak bahagian tampuk akar di atas permukaan botol yang dipotong tadi.
Ads
3. Letak bawang ini di tempat yang redup. Biar sehingga akar keluar. Bila air kurang tambahkan air. Insya Allah akan keluar daunnya.
4. Bila daun bawang sudah sesuai untuk dituai, potong daunnya tinggalkan 1 inci dari ubi bawang, supaya ia bercambah kembali. Pastikan airnya penuh ya.
Ads
5. Kaedah ini tak gunakan baja, cuma air saja. Kena penuhkan airnya. Selagi akarnya ada.
Sambal nasi lemak dah ramai puji sedap, teringin pula nak berniaga. Tapi nasi lemak pulak tak tahu nak sukat kalau masak dalam jumlah banyak.
Kalau macam tu boleh ikut tip dari Fazniza Razali ini untuk sukat jumlah beras, air, santan dan garam. Tip ini boleh digunakan untuk masak nasi lemak sama ada untuk berniaga atau nak makan ramai- ramai.
Jadi takde lah kita teragak-agak, risau terlebih atau terkurang. Lebih tak mengapa tapi kalau banyak sangat membazir pula.
Ini sukatan untuk 30-40 orang makan & 55-60 orang makan
Sukatan 30-40 orang makan
3 kg beras
1kg santan
3 liter air
3 sudu besar garam
Santan
Sukatan 55-60 orang makan
5 kg beras
1 1/2 kg santan
5 liter air
5 sudu besar garam
Daun pandan jangan lupa pula
Saya sukat jumlah nasi guna mangkuk kecil ini untuk seorang makan.
Semoga bermanfaat untuk yang baru nak cuba berniaga nasi lemak ya.
Ini idea minum petang yang bukan saja senang nak buat malah jimat. Bahan yang diguna memang ada di dapur dan tak banyak tapi boleh kenyang seisi keluarga.
Paling best tak perlu lenguh tangan uli tapi donat tetap lembut dan gebu. Kalau nak cuba boleh ikut resipi perkongsian Mida Asmira.
Donat Gebu Tanpa Uli (anggaran 25 bijik)
Bahan A:
1 paket yis kering
2 sudu susu pekat
1 cawan air suam (saya guna 1 1/2 cwn air suam)
2 sudu gula
Bahan B:
4 cawan tepung gandum
2 sudu marjerin
2 sudu teh baking powder
1 sudu teh garam
Cara membuat:
1. Campurkan bahan A dan biarkan sehingga kembang.
2. Sementara itu campur semua bahan B dan ramas bahan ini hingga jadi macam serbuk roti.
3. Kemudian campurkan adunan tepung tadi dengan yis yang sudah kembang. Gaul rata.
4. Biarkan selama 1 jam. Pastikan bekas ditutup ya.
5. Adunan memang lembik tau tapi uolls jangan risau ya. Jangan memandai tambah tepung tau.
6. Lepas satu jam tumbuk tumbuk doh tadi untuk keluarkan angin. kemudian ambil sikit untuk dicanai dan terap.
7. Saya bulat-bulatkan doh,kemudian leperkan sedikit dan lubangkan guna penutup botol. Masa ni ambil la skit tepung untuk terap acuan.
8. Selepas dah bentukkan donut. Biarkan selama 30 minit.
9. Kemudian bolehlah goreng. Pastikan minyak betul-betul panas. Goreng dgn api sederhana perlahan.
Ramai yang setiap kali mahu membeli fishcake terlintas kerisauan tentang penghasilannya. Bersih ke tidak, halal ke bahannya. Sebab kita maklum untuk mencari fishcake buatan Muslim memang tak banyak.
Jadi jika selalu ragu-ragu, rasanya elok kalau kita belajar buat fishcake sendiri. Dah tentu tiada waswas lagi.
Cara membuat dan bahannya pun mudah saja. Boleh ikut panduan yang dikongsi oleh Tahrunnisah Jali. Hasilnya kenyal sama seperti fishcake yang kita beli.
Buat sendiri fishcake kenyal macam beli
Saya kongsikan resepi fishcake, ia sangat kenyal dan seperti dijual. insyaallah semua yang saya kongsikan bersih, suci halal dan sangat menjimatkan kita.
500gm isi ikan tenggiri segar
3 sudu kecil (menggunung) tepung jagung
1 sudu kecil garam
Sedikit serbuk perasa (jika suka)
1 sudu kecil serbuk lada sulah
1 cawan air sejuk (dari air batu)
Info: Boleh juga ganti ikan dengan fish fillet tapi abaikan penggunaan air, kerana fillet dah ada kandungan air.
Cara membuat:
1. Ambil isi ikan tenggiri, kulit tak perlu. Kisar halus guna food prosessor/blender.
2. Kemudian masukkan sedikit air ais, kisar lagi masukkan garam serta serbuk lada putih, serbuk perasa.
3. Masukkan 3 sudu tepung jagung dan kisar lagi (boleh rasa masin atau tidak waktu mengisar).
4. Sebelum itu panaskan periuk kukusan dan loyang 4 segi. Loyang pastikan muat periuk kukusan, boleh juga guna bekas yang tahan panas.
5. Masukkan adunan ikan tadi dalam bekas/loyang yang dialas plastik terlebih dahulu supaya senang dikeluarkan nanti. Rata dan padatkan.
6. Ambil minyak sapu dijari dan ratakan pada permukaan ikan tadi untuk melicinkannya. Kukus hingga masak. Masa dalam 15 minit atau sehingga masak.
7. Terbalikkan isi ikan yang sudah masak tadi, potong sepertimana bentuk fishcake.
8. Panaskan minyak dan goreng terendam sekejap hingga ia kekuningan. Angkat dan toskan minyak.
Kereta keluar bunyi lain macam sewaktu memandu adalah petanda masalah. Seperti penyakit, biasanya sebelum kereta rosak akan ada tanda-tandanya. Masalah kereta ini boleh antaranya...