Duduk rumah teres, tanah tak luas tapi teringin nak tanam pokok buah-buahan. Tiada masalah sebenarnya, boleh saja nak tanam pokok buah dalam pasu.
Selain mangga, pokok jambu juga antara yang sesuai ditanam dalam pasu. Apa yang penting pemilihan pokok, pasu dan juga penjagaannya.
Tip berikut dikongsi oleh Wan Madu
yang banyak menanam pokok jambu air madu dalam pasu di sekitar kediamannya.Menurutnya walaupun ditanam dalam pasu tapi hasil buah memang elok, pejal dan manis. Lagi best pokok berbuah 4 kali setahun. Ini tip yang dikongsi;
1. Cari anak pokok buah jambu di nurseri, pilih pokok tut. Ia lebih mudah dari tanam dari biji benih. Beli sekali tanah untuk diisi dalam pasu.
2. Pilih saiz pasu yang besar, saiz 14 inci. Boleh letak di atas simen atau atas tanah untuk akar menjalar.
3. Lakukan siraman dan pembajaan. Letak baja biji dua minggu sekali (boleh beli di nurseri). Selain itu buang tunas air yang keluar pada batang pokok.
4. Pokok yang ditanam dalam pasu dan dibaja secara teratur biasanya akan berbuah dalam masa setahun. Berbanding pokok jambu ditanam di atas tanah, mungkin ambil masa 2 tahun untuk berbuah.
5. Selain pokok jambu boleh juga tanam pokok mangga, pokok tin dalam pasu. Pokok buah yang ditanam dalam pasu juga memudahkan pembajaan dan juga kawalan serangga.
Sumber: Wan Madu
Artikel berkait:
Ikut Sukatan Tanah Ini Kalau Nak Tanam Pokok Dalam Pasu
Tip Tanam Pokok Mangga Dalam Pasu, Pilih Pokok Jenis Ini Supaya Senang Berbuah