Kebiasaannya selepas memasak kita akan membuang saja lebihan keratan batang sayur di bahagian bawah.
Selepas ini jangan buang kerana, lebihan keratan batang ini terutama sawi boleh digunakan untuk menyemai pokok baru.
Perkongsian oleh Puan Nora Razak dari Group Beginner Tanam Pokok Dan Sayur ini mudah dipraktikkan terutama untuk mereka yang baru berjinak-jinak dengan hobi menanam pokok sayuran.
Ads
Tanam Sawi Dari Keratan Batang
Percubaan pertama
– Pertama kali buat, potong batang sawi terlalu pendek, namun percubaan ini nampak berjaya.
Langkah seterusnya
1. Potong tinggi sedikit batang sawi atas daun pucuk yang baru nak hidup. Rendamkan dengan sedikit air.
2. Air perlu ditukar setiap hari bagi mengelakkan batang sawi jadi busuk apabila air sudah kotor.
3. Pada hari ketiga, batang sawi akan dipindahkan ke bekas tanaman Cocopeat.
4. Pada hari ke tujuh kita akan lihat batang sawi akan hidup dan mula mengeluarkan daun baru. Siramlah dan jaga seeloknya.
Artikel berkait:
Ads
Bestnya Tanam Sawi Giant 21 Hai Dah Boleh Tuai
Ads
Mudahnya Tanam Bendi, Senang Jaga & Makan Tak Habis