Tanam Sawi Guna Keratan Batang, Lepas 7 Hari Baru Nampak Hasil. Begini Cara Buatnya!

Share

Kebiasaannya selepas memasak kita akan membuang saja lebihan keratan batang sayur di bahagian bawah.

Selepas ini jangan buang kerana, lebihan keratan batang ini terutama sawi boleh digunakan untuk menyemai pokok baru.

Perkongsian oleh Puan Nora Razak dari Group Beginner Tanam Pokok Dan Sayur

ini mudah dipraktikkan terutama untuk mereka yang baru berjinak-jinak dengan hobi menanam pokok sayuran.
Tanam melalui keratan batang.

Tanam Sawi Dari Keratan Batang

Percubaan pertama

– Pertama kali buat, potong batang sawi terlalu pendek, namun percubaan ini nampak berjaya.

Jangan terlalu pendek potong keratan batang.

Langkah seterusnya

1. Potong tinggi sedikit batang sawi atas daun pucuk yang baru nak hidup. Rendamkan dengan sedikit air.

2. Air perlu ditukar setiap hari bagi mengelakkan batang sawi jadi busuk apabila air sudah kotor.

Hari ketiga pindahkan ke bekas tanaman.

3. Pada hari ketiga, batang sawi akan dipindahkan ke bekas tanaman Cocopeat.

4. Pada hari ke tujuh kita akan lihat batang sawi akan hidup dan mula mengeluarkan daun baru. Siramlah dan jaga seeloknya.

Hari seterusnya.
Hari ketujuh nampak hasil, apabila mengeluarkan daun.

Artikel berkait:

Bestnya Tanam Sawi Giant 21 Hai Dah Boleh Tuai

Mudahnya Tanam Bendi, Senang Jaga & Makan Tak Habis

Published by
Siti Zurina Mat Saman