Tanam Sayur Dalam Polibeg, Tip Siraman Ini Kena Tahu. Elak Siram Lepas Pukul 5 Petang

Share

Ramai yang tanam sayur dalam polibeg kerana lebih mudah dan tak perlu ruang yang banyak.

Tapi perlu diketahui penjagaan pokok yang ditanam dalam polibeg ada bezanya terutama dari aspek penyiraman dan ia memberi kesan kesan kepada kesuburan pokok.

Jika mengunakan polibeg untuk bercucuk tanam boleh ikut tip siraman yang dikongsi nurseri Halaman Subur

Tip siram pokok sayur tanam dalam polibeg

  1. Jika anda menanam pokok sayur di dalam polibeg, disarankan supaya siram 1 hari 2 kali sahaja, iaitu pada waktu pagi dan petang.

2. Waktu siraman juga memainkan peranan penting. Waktu pagi sekitar pukul 9 ke bawah amat digalakkan kerana ketika itu stomata pokok terbuka.

3. Waktu petang pula seeloknya siram pokok antara pukul 4 atau 5 petang. Lewat dari itu tidak digalakkan. Sebabnya akar pokok hanya akan terendam dalam air dan itu tidak bagus bagi perkembangan akar.

4. Selain itu, putik buah juga akan membusuk sekiranya air terlebih. Pokok yang ditanam dalam polibeg mempunyai lingkaran akar yang terhad tempatnya.

Dalam bahasa mudahnya akar ada dekat situ tak ke mana pun. Berbanding pokok yang ditanam di atas tanah seperti batas, akar akan menjalar jauh untuk mencari sumber nutrien termasuk air.

Semoga bermanfaat.

 

Published by
VK