Harga bawang merah sekarang dah semakin mahal, malah barang-barang lain pun sama. Oleh itu mana cara yang boleh membuatkan kita jimat, eloklah dipraktikkan.
Salah satunya tanam sendiri bawang merah. Manfaatkan laman di rumah untuk tanam bahan masakan yang memang kita guna sehari-hari. Lagi pun cara tanam bawang merah pun mudah saja.
Antara yang mempraktikkan kaedah tanam sendiri bawang ini adalah Misnah Olo. Malah beliau turut berkongsi cara penanaman yang dilakukan hingga membuahkan hasil.
Cara tanam sendiri bawang merah
1. Cara tanam cuma guna bawang di dapur saja. Potong sikit bahagian jambulnya untuk daun keluar.
Ads
2. Boleh gunakan tanah hitam sawit campur dengan sedikit tanah merah sikit.Tanah mesti peroi dan serap air.
3. Cara semai, tanam sebiji bawang dengan cara benamkan sikit saja pangkalnya. Jangan dalam sangat. Jarakkan juga supaya bawang keluar banyak.
4. Bawang yang ditanam ini boleh biarkan terdedah kepada panas dan hujan. Siram 2 kali sehari. Waktu awal bawang bercambah, air perlu cukup dan boleh letak baja 2 minggu sekali.
Ads
5. Apabila sudah keluar bawang, siram sekali sehari saja. Pokok bawang tak boleh air berlebihan kerana mudah busuk.
6. Dalam tempoh 3 bulan bawang dah boleh dituai. Paling penting daun bawang jangn petik, nanti tak jadi bawang. Tanda bawang dah boleh dituai bila lihat daunnya dan mula menguning dan kering.
Sekiranya anda mahu menaiki kapal terbang sama ada untuk pergi bercuti atau bekerja seeloknya makanan ini tidak anda beli dan makan. Terutama sekali jika melalui tempoh penerbangan yang lama.
1.Kopi
Sambil menunggu kita selalunya terjebak nak membeli minuman ini. Tapi anda mungkin menyesal bila dah masuk dalam kapal terbang. Kopi mengandungi kafein dan merangsang saraf hingga boleh menyebabkan anda tidak akan berasa rehat atau selesa selama dalam penerbangan. Lagi satu anda juga mungkin akan berulang alik ke tandas.
2. Air mineral
Bukan sebab harganya yang mahal tapi ia akan menyebabkan anda selalu ke tandas. Seperti yang anda tahu tandas dalam kapal terbang bukanlah selesa mana, kecil dan anda perlu bersusah payah untuk keluar dari tempat duduk. Kalau dah selalu berulang alik segan kan.
3.Sandwich ‘meriah’
Perut lapar tapi tak sempat nak makan jadi pilihannya anda makan sandwic yang dilapisi daging dengan roti bertingkat, bersama sos. Ini antara makanan yang tidak sihat, tinggi karbohidrat dan lemak. Tanpa melakukan aktiviti selepas menikmatinya ia meningkatkan risiko pertambahan berat badan.
4. Apa jua makanan yang perut tak biasa
Sebelum menaiki kapal terbang bukan masanya untuk anda mencuba menu-menu baru yang tidak biasa anda makan. Mana tahu ia menyebabkan perut tak selesa. Malah kentang goreng dan burger juga bukanlah makanan yang sesuai untuk anda makan.
5. Pretzel
Makanan ini memang banyak dijual di lapangan terbang tapi ini juga antara makanan tinggi karbohidrat. Mengambil makanan jenis ini terutama sebelum penerbangan yang panjang boleh membuatkan perut anda tak selesa.
6. Makanan pedas
Tak mahu lapar dalam kapal terbang, anda makan hidangan nasi dengan lauk yang pedas di premis yang ada di air port. Puas hati kerana perut kenyang tapi anda mungkin berdepan dengan perut yang bermasalah. Jadi elakkan ya.
Buat kek dah mahir, apa kata seterusnya belajar pula cara buat coklat ganache untuk hias kek. Bolehlah hasilkan kek birthday famili macam beli kat kedai bakeri.
Caranya pun mudah dan versi bajet. Tip ini dikongsi oleh homebaker sendiri Norlailanazira Mohd Agos.
Cara buat ganache versi bajet
Bahan diperlukan:
300g dark chocolate
150ml susu full cream
1 sudu Buttercup (fungsinya supaya ganache berkilat )
Info:
Sukatan ini untuk sebiji kek (yang ini kek Indulgence) saiz 9 inci.
Sukatan juga boleh ubah ikut cita rasa banyak atau sikit, yang penting ratio mesti 2:1. Contoh jika guna 400g dark chocm susu full cream 200ml.
Jika mahu ganache yang premium boleh gantikan dengan coklat yang lebih mahal dan susu cair digantikan dengan whipping cream.
Cara membuat:
1. Ambil periuk, isi air paip. Masak hingga mendidih kemudian tutup api. Ambil bowl berisi coklat dan butter masak guna kaedah double boil. Pastikan periuk lagi kecil dari mangkuk. Kita cairkan coklat guna wap dari air mendidih tadi.
2. Kacau hingga coklat cair
3. Masukkan susu full cream dan kacau perlahan sampai sebati. Kena banyakkan bersabar gaul adunan ini sebab confirm berketul-ketul.
4. Kalau dia masih berketul juga, tapis saja.
5. Ini cara curah ganache. Kek dah simpan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 1 jam. Ganache dituang waktu masih suam. Bukan panas ya, suam.
Menu ini selalu kita beli sebab ringkas dan sedap. Sedangkan kita boleh je buat sendiri sebab punyalah senang. Masak pun sekejap saja.
Memandangkan anak-anak pun memang suka lauk ini jadi lagi elok kita masakkan untuk mereka. Makanlah banyak mana nak. Cara membuatnya dikongsi oleh Mim Ishak.
1. Potong isi ayam dan gaul dengan serbuk kunyit, sedikit serbuk kari dan garam. Boleh juga letak serbuk perasa jika suka. Serbuk kunyit jangan letak sikit sangat ya. Goreng dalam minyak yang telah dipanaskan.
2. Bila ayam dah masak, masukkan bawang holland. Bawag holland saya tinggal sebiji, jadi terpaksa campur dengan bawang merah. Kalau boleh guna bawang holland saja ya. Bawang putih dalam 3 ulas hiris nipis. Kalau nak masuk cili merah hiris pun boleh, capsicum hijau pun boleh, ikut suka.
3. Kacau sampai bawang dah layu dan masukkan carrot dan kacang panjang. Tak nak letak sayur pun boleh saja. Kacau rata lagi sampai sayur lembut.
4. Bila semua dah sebati, masukkan sos tiram. Agak-agak saja sukatan. Kacau rata dan rasa. Kalau kurang umphh tambah lagi sos tiram. Saya memang tak letak garam/gula dah sebab ayam dah ada garam.
5. Dah siap, resipi express ni sangat sesuai time WFH sebab ringkas dan cepat. Makan dengan nasi panas, sambal belacan, tuang kicap sikit. Perghhh.