Ramai peminat cendawan volvariella atau pun dipanggil cendawan jerami atau kulat sawit. Memang sedap kalau masuk sekali dalam tomyam atau dalam sup. Dapat pula yang segar lagi best.
Cendawan ini sebenarnya boleh juga kita tanam sendiri terutama kalau duduk di kawasan penanaman kelapa sawit. Cuma tabur benih cendawan ini atas tandan kelapa sawit dan selepas sembilan hari dah boleh tuai hasil.
Tip penanaman cendawan volvariella ini dikongsi oleh Ieyta Rizal.
Alhamdulillah… Rezeki hari ini. Satu batas dapat 2 kg cendawan volvariella. Pada yang tertanya cara tanam, ini langkahnya.
1. Beli tandan sawit yang fresh (dah buang buah) dekat kilang.
2. Kumpul tanda ini di tempat lapang & panas serta tutup dengan plastic canvas dan biar selama 2 minggu.
3. Selepas 2 minggu basuh setiap tandan dan susun buat batas sebanyak 3 lapisan.
4. Tabur benih setiap lapisan.
5. Tutup tandan guna plastik canvas or plastik biru macam dalam gambar.
6. Buat perlindungan/bumbung cahaya matahari atau tempat redup.
7. Selepas 9 hari ditutup cendawan mula tumbuh. Waktu ini setiap hari boleh tuai hasil. Alhamdulillah.
INFO
Semoga bermanfaat.
Sumber: Ieyta Rizal