Ada banyak hidangan yang menggunakan cekur atau kencur. Dari masak lemak, kerabu, tumis malah daun cekur ini juga enak bila dijadikan ulam. Bukan saja sedap tapi punya khasiat kesihatan tersendiri.
Ia juga tanaman yang sangat mudah untuk ditanam dan membiak. Cekur ini boleh saja di tanam dalam pasu atau atas batas. Memang berbaloi tanam kerana bukan saja daun, ubinya pun boleh dimakan.
Jika nak cuba tanam panduan berikut boleh digunakan.
– Untuk penanaman cekur boleh gunakan benih atau ubinya dari pokok cekur yang sedia ada. Atau boleh beli ubi atau rhizom dari pasar tani atau pasar biasa. Pastikan benih masih elok dan belum kering serta mempunyai tunas yang baik.
Ads
– Sediakan pasu atau dalam bekas khas isikan dengan tanah campuran (3:2:1 – Tanah, pasir dan baja organan). Pastikan pasu mempunyai lubang air keluar.
Ads
– Masukkan benih 2-3 cm dalam tanah dan buat penyiraman. Tunas baru akan keluar daripada ubi yang ditanam ini. Jika tanam dari pokok cekur sedia ada, boleh tanam sekali dengan pokoknya.
Ads
– Bagi pembajaan pokok cekur boleh gunakan baja organik (tahi ayam proses) sama ada tanaman di dalam pasu atau pun dalam kebun.
– Daun cekur boleh dikutip seawal 3-4 bulan lepas tanam, bagaimana pun umbisi cekur akan matang selepas 10-12 bulan.
Basuh baju putih tapi tercampur dengan pakaian lain yang luntur warna. Sudahnya baju putih kesayangan jadi bertompok-tompok dengan warna lain. Memang stres kalau jadi begini.
Tapi jangan pula sampai nak buang baju putih tu, sebab cara nak tanggalkan kesan tompok berwarna ini mudah saja. Tak perlu susah hati atau beli baru.
Bahan-bahan yang diperlukan
Periuk yang bersih
Air secukupnya
Sabun cuci 1 sudu
1. Isi air dalam periuk secukupnya.
2. Masukan 1 sudu sabun (jangan lebih buih sabun akan melimpah ketika air mendidih).
3. Masukkan pakaian yang terkena luntur dan didihkan. Gaulkan pakaian ketika air dah mendidih agar air panas sebati pada semua pakaian tadi.
4. Cara ini akan menanggalkan warna pada pakaian putih tadi.
5. Gaul dalam 5 minit, atau sehingga kita pasti warna luntur sudah hilang.
Kemudian angkat dan basuhlah sebersihnya pakaian tadi dan boleh terus keringkan.
Isu kekurangan stok telur sudah pun reda. Dah banyak di pasaran walaupun harganya naik sikit.
Dah dapat stok telur kenalah simpan dengan cara yang betul. Tapi masalahnya ramai yang simpan telur dengan cara yang salah hingga boleh menyebabkan ia cepat rosak.
Antara yang kita praktikkan adalah simpan telur dekat pintu peti sejuk sebab sarang telur memang disediakan di situ. Salah ya.
Mengikut info Public Health Malaysia, tempat itu bukan lokasi yang sesuai untuk menyimpan telur. Ia cara simpan telur yang betul untuk kita praktikkan.
1. Simpan dalam peti sejuk
Kuning telur ada bakteria Salmonella, ia boleh dibunih dengan menyimpannya dalam peti ais suhu 4 darjah celsius.
Telur yang disimpan dalam peti sejuk tahan lama sehingga 4-5 minggu.
2. Jangan letak di pintu peti sejuk
Suhu pintu dekat dengan suhu luar. Pintu sentiasa buka tutup.
Suhu berubah-ubah memendekkan jangka hayat telur.
3. Guna bekas asal telur
Bekas asal akan melindungi telur dari pecah.
Mencegah telur dari menyerap bau dan rasa dari bahan lain yang ada dalam peti ais.
Tarikh luput terpapar dan rasa yakin telur masih elok.
Kuning telur akan sentiasa berada di tengah dengan posisi tersebut.
Selalu buat pisang goreng kita guna bancuhan tepung untuk lebih rangup. Tapi rupanya nak buat pisang goreng tanpa bancuhan tepung pun boleh saja. Malah rasanya tetap sedap.
Pisang goreng kosong ini sebenarnya antara menu nostalgia yang jarang dibuat sekarang dan dikongsi oleh Puan Habibah Husin.
Menurut beliau pisang goreng kosong ini akan dibuat apabila diminta oleh bapanya yang banyak menanam pokok pisang untuk dijual.
Rupanya pisang goreng kosong pun sedap
Arwah abah dulu hanya menoreh getah, selain dari tu petang-petang abah akan ke kebun menanam pisang. Pisang nipah, tanduk, pisang nangka pisang rastali antara pisang yg abah tanam.
Setiap kali menebang pisang abah pasti akan bawa balik setandan dua untuk kami kat rumah. Kebiasaannya abah akan request goreng pisang kosong macam ni.
Cara buat pisang goreng kosong
1.Boleh guna pisang nangka atau pisang nipah yang muda. Buang kulit dan bersihkan.
2. Potong nipis guna pisau ( bukan guna penyagat).