Sengkuang punya banyak kegunaan dalam masakan, selain sengkuang calit yang popular itu, ia digunakan dalam rojak, popia, colek, tauhu sumbat dan banyak lagi hidangan. Jadinya kalau nak tanam memang berbaloi.
Cara penanaman sengkuang juga sebenarnya mudah. Ia lebih subur ditanam di batas tapi boleh juga ditanam dalam pasu. Langkah penanaman adalah seperti berikut;
1. Sediakan biji benih sengkuang. Boleh dibeli dinurseri atau secara online. Sebelum ditanam benih sengkuang direndam terlebih dahulu ke dalam air sehingga semalaman.
2. Sediakan batas atau jika menggunakan pasu pilih 18 inci atau apa-apa bekas bersaiz besar.
3. Campuran media atau topsoil untuk di tanam dalam pasu atau batas. Boleh menggunakan jenis tanah yang lain asalkan jangan tanah clay.
4. Buat lubang sedalam kira-kira satu inci setengah dalam pasu atau batas.
4. Masukkan sebiji sengkuang yang telah direndam semalaman ke dalam lubang. Jika ditanam dalam pasu, pastikan satu pasu untuk satu benih sengkuang. Ini bertujuan agar tidak ada persaingan dan akar sengkuang bebas bergerak.
5. Timbus lubang dengan tanah dan siram dengan air secukupnya.
6. Letak pasu-pasu itu di tempat yang ada pancaran matahari dan jangan lupa menyiram dengan air secukupnya agar tanah sentiasa lembap. Benih sengkuang mulai bercambah setelah 5 hingga 14 hari disemai. Ia mengikut kadar kelembapan tanah. Namun jika tanah terlalu basah pula benih sengkuang akan berkulat dan mati.
Ubi sengkuang boleh dituai 4-5 bulan selepas ditanam dengan cara menggali. Bagi menghasilkan ubi sengkuang yang besar dan banyak ia perlu ditanam di atas batas.
Selamat mencuba.
Sumber: Impiana