Kacang tanah, antara tanaman paling senang untuk ditanam dan dijaga. Tak semestinya tanam atas batas, dalam pasu atau polibeg pun boleh saja.
Tanam beberapa biji, hasilnya boleh jadi beberapa jambak kacang tanah. Benih kacang tanah pun senang cari, beli kacang di kedai runcit saja. Bagi yang nak cuba boleh ikut perkongsian Liyana Mohd Poad ini.
1. Beli kacang tanah dari kedai runcit. Saya beli RM3. Ambil 1/4 sahaja dari paket. Jangan membazir.
2. Rendam kacang tanah dengan air paip selama 3 hari 3 malam. Air jangan banyak, rendam paras kacang sahaja. Tukar air selalu sebab air akan diserap.
Ads
3. Selepas 3 hari, kacang akan bercambah seperti dalam gambar. Boleh terus tanam dalam pasu atau polibeg.
3. Satu polibeg saiz 16 boleh tanam 3 biji kacang tanah. Guna tanah organik atau tanah poros bersama 4 genggam pasir halus. Tak perlu cocopeat atau sekam padi.
Ads
4. Penjagaan paling mudah. Siram dua kali sehari dan bubuh baja organik seminggu sekali. Baja apa pun boleh asalkan namanya baja.
4. Selepas 2 bulan setengah hingga 3 bulan, boleh cabut pokok dan tuai hasilnya. Kalau mahu dapatkan banyak isi, tunggu 4 bulan, baru tuai.
Ads
Paling best tanaman ini tiada macam-macam penyakit macam pokok cili atau sayur berdaun lain. Tanam, siram, tinggal saja.
Ikan cencaru ini memang sedap dimakan cuma selalu jadi masalah adalah bila nak buang kulit keras atau ‘jaket’ ikan ini.
Kalau salah cara, dengan isi sekali akan tercabut. Bagi menanggalkan jaket ikan tenggiri yang keras ini ada tekniknya. Boleh ikut perkongsian Mazlina Haji Ismail.
Teknik buang kulit ikan cencaru supaya isi tak tercabut
Cara saya: Yang ni saya tiru cara tauke ikan buka jaket atau kulit ikan cencaru. Dah hampir 30 tahun berlalu ingatan tentang cara buka jaket ni. Caranya;
1. Buang sirip tepi ikan
2. Cungkil/ hiris kulit tepi sirip.
3. Keluarkan kulit yang sedikit tu.
4. Pegang kulit dengan menggunakan tuala/tisu dapur/kertas.
5. Rentap atau tarik kulit sampai ke bahagian ekornya.
Nak potong rambut anak kecil memang bukan mudah, kerana kebiasaannya mereka tak duduk diam membuatkan kita bimbang anak cedera.
Tapi ibu, Sharifah Erna berkongsi cara mudah untuk kita potong rambut anak terutama bahagian depan.
Menggunakan facemask sebagai pelindung mata, cara yang dikongsi sewaktu memotong rambut anaknya Medina nyata boleh sangat untuk kita praktikkan di rumah. Tak perlulah pergi ke salun semata-mata nak potong sikit bahagian depan.
Caranya cuma perlu letak facemask menutupi mata anak dan potong sama ada menggunakan gunting atau alat memotong rambut/shaver. Untuk lebih jelas boleh tonton video Tik Tok yang beliau kongsi.
Daun kesum selalu kita gunakan dalam masakan, sebab itu ramai yang tanam pokok ini di rumah. Cuma ada juga yang merungut pokok kesum tak hidup lama, baru besar sikit dah layu kekuningan dan mati.
Sebenarnya pokok kesum antara yang mudah ditanam jika betul caranya. Bagi yang selalu tak menjadi tanaman pokok kesum boleh ikut pula cara penanaman yang dikongsi oleh MOhd Fadzil. Ia juga cara mudah dan cepat untuk biakkan pokok kesum.
Tip mudah dan cepat biakkan pokok kesum
Daun kesum banyak di gunakan dalam masakan harian. Guna pun sikit-sikit saja daunnya. Elok di tanam di tepi rumah mudah bila nak buat laksa utara atau pun asam pedas. Saya suka aroma daunnya yang segar dan pohon renek ini banyak khasiatnya.
Pokok kesum ini mudah ditanam jika betul caranya. Tumbuhan ini suka tempat yang berair dan mengalir. Ada dua jenis pokok kesum, satu jenis menjalar dan satu lagi menegak.
Saya asalnya ada satu polibeg tumbuhan ini di tanam tepi rumah. Kemudian saya guna teknik mudah dan cepat ini untuk banyakkanya.
Caranya senang saja,
1. Ambil ranting/ keratan pokok kesum yang panjang kemudian tanam dalam pasu atau bekas kecil berisi tanah.
2. Siram 2-3 kali sehari. Selang 4-5 hari akar akan mula tumbuh pada ranting yang ditanam.
3. Selepas 10 hari akar semakin banyak dan ranting yang berakar ini boleh dialihkan ke pasu lain.
4. Alhamdulillah dah ada banyak polibeg yang dibiakkan dengan cepat guna kaedah ini. Musim hujan memudahkan lagi tak perlu siram tiap hari.
Tengok tembikai merah dan kuning menyerlah macam ni memang menggiurkan. Lagi puas hati kalau tembikai yang dimakan tu tanam sendiri.Kalau nak tahu tanam tembikai...