Tanam Timun Jepun Cara Mudah Di Halaman Rumah, 2 Bulan Dah Berbuah

Share

Timun Jepun memang sedap buat ulam berbanding timun biasa. Lebih rangup cuma, harganya pun agak mahal.

Untuk jimat boleh juga tanam sendiri, lagi puas hati. Cara penanaman pun tak susah. Ambil masa 2 bulan saja untuk berbuah.

Cara penanaman pun ringkas saja, dikongsi oleh Shafiruz Zaini.

Tanam timun Jepun, 2 bulan dah berbuah

Pertama kali tanam timun Jepun. Ambil masa 2 bulan untuk berbuah. Tuaian pertama 2 biji, 2 hari kemudian 2 biji lagi. Banyak belajar dari group ini & youtube cara menjaganya.

Tentang cara tanam;

1. Semai biji benih guna cocopeat, siram dan letak tempat teduh.

2. Bila dah bercambah empat daun boleh pindah ke polibeg. Siram waktu pagi dan petang.

3. Bila pokok dah membesar buat pancang dan juga ikat dengan tali rafia supaya pokok boleh menjalar. Saya letak 2 tempat, ikat pokok dengan tali rafia di bawah khemah kanopi & di depan halaman rumah.

Pokok sebelah kiri yang kena cahaya lebih cepat membesar

4. Bila banding 2 lokasi pokok, di depan halaman membesar & berbuah lebih banyak. Di bawah kanopi kawasan agak panas, pokok yang kurang cahaya lambat membesar.

Pokok di halaman rumah sebelum pasang sun netting.

5. Untuk baja saya guna jenama Chitosan, tabur 1 sudu setiap 2 minggu. Di kawasan rumah banyak siput babi, jadi beli racun siput jenama Siputox, tabur waktu lewat petang, esoknya banyak siput yang mati.

6. Untuk elak pokok layu akibat panas boleh guna auto drip watering, letak botol 1.5L, titisan air boleh dilaraskan.

Hasil tanam sendiri memang memuaskan dan seronok bila petik & makan hasil tanaman sendiri.

Semoga bermanfaat.

Sumber: Shafiruz Zaini.

Published by
VK