Dah makan ubi keledek rebus yang manis tiba-tiba rasa macam nak tanam keledek pulak. Teruskan saja hajat sebab tanam ubi keledek ini sangat mudah.
Boleh beli ubi keledek di pasar, potong dan tanam, semudah itu saja. Boleh tanam dalam pasu, plastik beras atau tong. Untuk lebih jelas boleh ikut perkongsian Azuan Abdullah.
Ini 2 ketul ubi keledek yang saya simpan untuk cuba semai teknik keratan ubi.
Langkah 1 Potong ubi tersebut kepada beberapa bahagian. Saiz yang saya potong lebih kurang 3-5 cm.
Langkah 2. Masukkan tanah campuran ke dalam pasu hingga hampir penuh. Tanah campuran ni saya buat sendiri. Nisbahnya adalah 2 bahagian tanah + 1 bahagian cocopeat + 1 bahagian kompos.
Ads
Langkah 3 Benamkan keratan ubi tadi kedalam tanah campuran tersebut.
Langkah 4. Tabur tanah campuran di atas keratan ubi yang kita benamkan tadi. Memadai 90-95% keratan ubi tadi tertimbus.
Ads
Langkah 5 Siram air secukupnya. Letak pasu tersebut dikawasan yang kena cahaya. Proses siraman dibuat 2-3 kali seminggu bergantung kepada kelembapan media.
Langkah 6 Keratan ubi tersebut akan mula bertunas selepas 10-15 hari ia disemai. Siram macam biasa. Tak perlu membaja pun. Biasanya pucuk boleh mencapai panjang 10-12 inci selepas 30-35 hari lepas semai.
Ads
Langkah 7 Jika mahu hasil ubi keledek lebih banyak, waktu ini bolehlah potong pucuk dan semai di tempat lain pula. Potong pucuk antara 10-12 inci untuk di semai. Selepas 3 bulan dah boleh tuai hasil.
Pokok cili antara yang selalu di tanam di rumah. Kita pun memang banyak guna cili masakan.
Masalah biasa bila tanam pokok cili ini adalah daunnya boleh jadi kerinting dan kemudian gugur. Puncanya adalah kehadiran serangga perosak di bawah daun.
Kalau berdepan masalah pokok cili begini, jangan biarkan atau cabut terus pokok cili. Ia boleh dirawat dan daunnya boleh pulih semula. Ada beberapa tip/petua yang boleh dipraktikkan.
1. Guna semburan air bawang putih
Caranya ambil 2 ulas bawang putih kemudian tumbuk halus. Campurkan dalam 400ml air. Masukkan dalam botol spray. Sembur pada daun sekali sehari. Dalam beberapa hari akan lihat daun pulih. Tip dari Pekasam Atok
2. Buang semua daun
Luruhkan semua daun pada pokok cili untuk buang serangga perosak dan elak menjangkiti daun lain. Nanti akan tumbuh tunas dan daun baru yang sihat. Tip dari Haspalela Abd Hamid
3. Siram dengan air garam
Ambil sebaldi air (saiz sederhana) dan campur dengan 3 sudu kecil garam (sudu KFC) garam. Bancuh dan jiruskan pada daun. Daun bergulung akan elok semula selepas disiram beberapa kali dengan air ini. Tip dari Dahlia Ayu Dahalan
Selalunya bila tuai pokok serai, bahagian daunnya akan kita potong dan buang. Rugi rupanya bila dibuang.
Daun serai ini ada kegunaan tersendiri terutama untuk kesihatan dan kesegaran tubuh badan. Menurut Hasmie Harun daun serai yang dipotong ini boleh dikeringkan dan dibuat air rebusan untuk mandian herba yang menyegarkan tubuh. Caranya turut dikongsi oleh beliau.
Daun serai jangan buang, masih berguna!
Alhamdulillah. Tuaian hanya separuh rumpun sahaja. Saya nak share tentang kegunaan daun serai.
Daun serai jangan dibuang. Kalau ada sauna atau yang rajin mandi daun herba mahupun bertangas boleh guna kembali daun serai yang dipotong ini. Caranya;
Waktu tuai serai ambil sekali daunnya. Kemudian potong separuh, bahagian bawah untuk kegunaan memasak manakala daunnya jangan dibuang.
2. Simpul daun serai seperti gambar kemudian keringkan di bawah matahari (daun serai kena keringkan untuk hilangkan ‘miang’ daun).
3. Bila sudah kering simpan dalam peti ais. Bila nak guna untuk mandi herba, ambil seikat dan rebus (boleh juga rebus sekali dengan daun pandan untuk lebih wangi)
4. Bila letak dalam peti ais, bau pun harum saja. Daun serai yang disimpan begini boleh tahan berbulan-bulan lamanya.
Info ekstra
Daun serai yang dipotong ini juga boleh dibuat sungkupan. Potong-potong dan letak atas batas tanaman untuk lembapkan tanah dan bila hancur boleh jadi baja.
Bagi yang baru nak mula bercucuk tanam, cara yang dikongsi oleh Rose Jepun Laila ini boleh dipraktikkan.
Lebih mudah untuk beginner, semai biji benih dalam cup plastik letak terus dalam polibeg sampai tumbuh daun.
Tip mudah tanam bendi tepi rumah
Untuk makan sendiri, saya tanam 10 polibeg tepi rumah. Cara saya;
Semai dalam cup plastik bila dah keluar 4 helai daun, tanam dalam polibeg bersama cup (rujuk gambar di bawah).
2. Selepas 3 hari, keluarkan anak bendi dari cup dan masukkan dalam lubang polibeg yang dah tersedia cantik seperti gambar di bawah.
3. Ini yang dah siap dipindahkan. Cantik je kan.
Tanam bendi ini untuk makan sendiri, tanam dalam polibeg. Tanam satu jenis sayur dalam 10 polibeg.
10 pokok dah ok dah untuk bendi
10 pokok terung
10 pokok cili
10 polibeg kangkung
10 polibeg bayam brazil
10 polibeg apa apa sayur yang awak suka
Dah boleh rotate untuk makan seminggu.
Tengok pokok mangga yang orang lain tanam berbuah lebat kita pun teringin tapi malangnya rumah tiada ruang pulak untuk bercucuk tanam.Berita baiknya adalah tiada...