
Isi Kandungan
ToggleAntara ulam yang selalu kita makan adalah daun selom. Ini juga ulam untuk awet muda.
Kalau ini antara ulam yang jadi kesukaan, boleh cuba tanam sendiri di halaman. Boleh guna batang daun selom yang kita beli di kedai sebagai permulaan.
Caranya boleh ikut perkongsian Nur Aida Md Zainudin
5 Langkah Mudah Tanam Pokok Selom
1. Batang dipotong ikut ruas selom. Rendam dalam air. Ruas itu nanti akan keluar akar.
2. Lebih kurang 5-7 hari direndam akar akan keluar melalui batang selom (pastikan selalu tukar air rendaman).
3. Tanam batang yang berakar ini dengan cara melintang.
4. Tutup dengan tanah dan siramkan pastikan tanah sentiasa lembap.
5. Tanam selom ini mudah dan tak perlu masa lama 2-3 minggu dah boleh tuai hasilnya.
Sumber: Nur Aida Md Zainuddin
Artikel berkait:
Cara Tanam Pokok Lemon Dalam Pasu. Semai Guna Daun Saja, Lagi Cepat Tumbuh
Buat Teknik Melingkar Macam Ni Kalau Tanam Pudina, Barulah Pokok Kukuh Cepat Berakar
Cara Betul Bantu OKU Buta Berjalan, Jangan Tarik Tongkat & Jangan Letak Barang Atas Blok Ini!

Isi Kandungan
ToggleMelihat orang kurang upaya yang buta berjalan di laluan sesak, melintas jalan dan sebagainya ramai yang bersimpati dan ingin membantu memudahkan perjalanan mereka.
Namun seringkali terjadi cara yang kita lakukan untuk memimpin OKU buta ini berjalan adalah salah.
Perkara ini dikongsi oleh dua OKU yang juga TikToker, Loh Boon Keat dan Ambar Aishah.
Jangan tarik tongkat
Jelas mereka ramai yang menarik tongkat mereka dengan harapan OKU buta mengikut saja dari belakang yang mana cara ini tidak betul.
Mereka berdua turut menjelaskan panduan untuk membantu OKU buta berjalan.
‘Cara yang betul kalau nak bantu minta OKU buta letak tangan pada bahu dan biarkan yang membantu jalan di depan.
‘Ini untuk memudahkan mereka meneruskan perjalanan dan bersedia dengan halangan yang ada di hadapan.
@lbk2907Please don’t do this bila bawak orang buta jalan.♬ original sound – Loh Boon Keat – Loh Boon Keat ⠠⠇⠕⠓ ⠠⠃⠕⠕⠝ ⠠⠅⠑⠁⠞
Jangan letak barang atas laluan ini
Dalam pada itu Loh juga berpesan supaya tidak meletakkan sebarang halangan pada guiding block yang berfungsi sebagai laluan OKU buta.
“Selalu berlaku orang ramai meletakkan kenderaan seperti motorsikal dan juga berdiri di atas laluan ini,”ujar Loh.
DIY ‘Face Mist’ Hanya Guna Timun Untuk Pulihkan Sunburn, Sejukkan Kulit Ketika Cuaca Panas

Isi Kandungan
Toggle
Cuaca yang sentiasa panas boleh buat kulit kita perit. Kalau korang antara yang selalu kena kerja di luar dan terdedah dengan panas matahari disarankan gunakan face mist.
Lagi bagus kalau yang gunakan bahan semula jadi memandangkan kita akan selalu menyemburnya pada wajah.
Macam yang dihasilkan oleh Tengku Wdec ini. Menariknya ia dihasilkan dengan menggunakan hanya timun yang memang selalu digunakan dalam rawatan wajah.
Menurutnya face mist ini bukan saja untuk menyejukkan wajah yang perit akibat bahang mentari tapi juga untuk mengecilkan liang pori, tegangkan kulit dan kurangkan mata yang lebam.
Boleh juga digunakan jika wajah mengalami sunburn dan masalah jerawat. Berikut adalah perkongsian Tengku Wdec tentang cara-cara membuat face mist.
Cara buat face mist dari timun
Musim panas sekarang ni kan? Kulit rase perit je kan. Meh Tengku ajar cara buat face mist sendiri. Bagus untuk sejukkan kulit muka. Kecikkan liang pori, tegangkan kulit dan eyebag. Perah lemon sikit utk muka sunburn dan jerawat.
Langkah 1
Potong sebatang timun kemudian rebuskan dengan sedikit air. Jangan lama sangat kerana timun kategori sayur. Bimbang hilang khasiat jika direbus lama. Bila agak lembut sikit boleh terus angkat. Sejukkan sekejap.
Langkah 2
Kisar timun yang direbus tadi dengan sedikit air rebusan. Tak perlu banyak airnya. Kemudian tapis, ambil airnya saja.
Langkah 3
Siapa yang ada jerawat atau sunburn boleh perah lemon sikit. Lemon bagus untuk cerahkan kulit dan matikan jerawat.
Langkah 4
Masukkan dalam botol spray, boleh beli di kedai Mr DIY. Bila dah siap simpan dalam peti. Boleh tahan dalam 2 minggu sebab kita dah masak bahannya.
Langkah 5
Bila nak pakai keluarkan sembur je dekat muka. Tak perlu bilas, biar ia kering sendiri di wajah.
Fungsi produk face mist di pasaran
- Untuk membantu mengekalkan kelembapan dan menyegarkan kulit.
- Ia juga digunakan sebelum mengenakan makeup atau sesudahnya untuk menghindari rasa kering pada wajah dan membantu solekan tahan lama.
- Jika wajah berjerawat kemerahan atau sensitif face mist berfungsi untuk mengurangkan rasa tidak selesa tadi dengan meneutralkan kembali kulit wajah dari dalam.
Sumber: Tengku Wdec
Menetap Di Tanah Suci, Wanita Ini Kongsi 6 Jenis Scammer Jadikan Jemaah Malaysia Sebagai Sasaran

Isi Kandungan
ToggleSejak Makkah kembali dibuka dan pandemik semakin reda ramai jemaah dari Malaysia membanjiri tanah suci. Bagi bakal jemaah yang ingin ke sini selain ingatan tentang ibadah seringkali juga mereka turut diingatkan tentang perihal scammer.
Tak dinafikan meski pun di berada di tanah suci, scammer atau kumpulan penipu ini tetap ada. Paling membimbangkan jemaah Malaysia selalu menjadi sasaran mereka.
Supaya tidak menjadi mangsa, perkongsian daripada Puan Masnira Ramli, warga Malaysia yang menetap di Arab Saudi ini boleh dijadikan panduan. Beliau berkongsi tentang ciri-ciri scammer yang selalu mendekati jemaah di Makkah supaya kita lebih berhati-hati.
Scammer alert di Makkah
Mutakhir ini jemaah umrah kembali memenuhi Makkah dan Madinah, maka muncullah kembali kumpulan penipu ataupun dipanggil scammer menggangu jemaah umrah terutama jemaah kita.
Kenapa mangsa ramai kalangan jemaah kita? Kerana orang kita biasanya sentiasa bersangka baik di dalam tanah haram, sentiasa menjaga akhlak dan juga sebolehnya tidak mahu sebarang perkara tidak baik berlaku. Itu lah beberapa sebab mengapa scammer sangat ‘gemar’dengan orang kita. Jadi hati-hatilah ya semua jemaah.
Ada yang berkata, “saya takut nak bersangka buruk. Risau malaikat yang sebenarnya menyamar dan mahu menguji kita di Makkah.” Di sini, saya cirikan beberapa jenis scammer yang muncul kebelakangan ini. Semoga dapat membantu semua supaya lebih berhati-hati.
1) Scammer Hajarul Aswad
Dulu hilang sekejap, kini dan keluar semula. baru-baru ini beberapa orang terkena! Modus operandi mereka, akan offer bantuan untuk bawa jemaah cium Hajarul Aswad. Ya, memang akan dapat dengan cara menolak orang lain dan bertempur. Selepas itu, mereka akan mengenakan bayaran yang tak masuk akal. Beribu riyal pun ada.
2) Scammer “can u speak english?”
Ini jenis akal panjang boleh buat batu cincin. Buat cerita sedih. Ada yang siap bawa isteri dan anak dalam stroller. Jalan cerita lebih kurang sama bertahun-tahun, tak ada duit nak beli tiket balik. Duit semua habis kena curi. Nak makan pun tak ada duit dan minta kita dermakan. Bagi sikit dia akan minta lebih.
3) Scammer “saya ambilkan gambar, anda bayar!”
Scammer ini akan offer jemaah service ambil gambar guna camera polaroid mereka. Siap costume serban diletakkan secara tiba-tiba atas kepala kita. Lepas tu ambil gambar kita dalam keadaan paksa rela! Minta kita bayar. Bukan sikit ya tapi ratus-ratus. Entah muka kita jadi macam mana diambil. Ya lah, paksa rela kan. Entah-entah bibir muncung sedepa. Lagi nak suruh bayar! Kita selfie sendiri lagi cantik.
4) Scammer teksi
Tak semua tapi ramai saja yang kena. Pastikan jumlah berapa yang dipersetujui sebelum anda menaiki teksi. Kalau driver minta lebih, tegaskan jumlah yang dipersetujui sahaja.
5) Scammer pelajar Makkah dan minta duit
Ini yang terbaru saya baru dengar dari beberapa orang jemaah. Ada 2,3 orang approach dengan cerita yang sama. Katanya mereka adalah pelajar di Makkah, tunjuk wallet kosong dan minta kita berikan duit. Macam biasa, tidak mahu jumlah yang sedikit. Ada yang memaksa sehingga mengikut pergi ke ATM.
6) Scammer pengusaha Pusat Tahfiz di Makkah
Minta jemaah berhati-hati juga dengan scammer yang datang tegur di dalam masjid, memberitahu bahawa dia adalah seorang pengusaha sekolah tahfiz dan minta sedekah dengan kadar yang banyak! Khabarnya mereka sangat agresif sehingga memaksa ke ATM dan keluarkan duit. Saya rasa scammer pelajar dan pengusaha tahfiz ni mungkin dari kelompok yang sama.
Apakah yang perlu anda lakukan jika perkara ini terjadi?
Tegas dan elak. Jangan takut dan memberikan ruang untuk mereka mengambil kesempatan. Kalau mereka ikut, segera pergi ke polis atau guard yang terdekat. Mesti mereka akan lari dan tidak berani meneruskan penipuan. Sentiasalah berhati-hati ya!
Semoga bermanfaat
Sumber: Masnira Ramli