
Tanaman tak layu bila balik kampung lama untuk sambut raya nanti, boleh buat self watering system cara bajet ini.
Jadi kebiasaan bila menyambut Aidilfitri kita akan mengambil cuti yang agak panjang, selalunya seminggu. Kalau ada tanaman di rumah tang ditinggalkan memang akan jadi kerisauan, takut balik saja rumah pokok sayur atau anak pokok dah pun kering layu.
Supaya tak berlaku kejadian begini seeloknya kita sediakan self watering system untuk tanaman ini. Jika tanaman tak banyak boleh guna cara bajet ini. Tak perlu modal boleh guna botol atau plastik saja. Caranya boleh ikut perkongsian Shidee Roshadi.
Tip supaya tanaman tak layu bila cuti raya
Bahan diperlukan
- Botol air mineral, minyak, sabun dan sebagainya ataupun sediakan plastik
- Air
Cara buat self watering system bajet
1. Ambil botol ataupun plastik. Tebuk lubang halus menggunakan jarum.
2. Isi penuh air dan tutup. Letak botol atau plastik tadi dekat dengan tanaman/pokok.Titisan air dari lubang kecil tadi akan melembapkan tanah, jadi tak perlu lagi menyiram.
3. Supaya tak perlu siram lama boleh guna botol minyak yang besar. Lebih kukuh dan tak mudah terbalik.
4. Isi air jika nampak berkurang. Cara ini kata Shidee boleh bertahan hampir seminggu untuk anak pokok mangga dan juga kuinin yang ditanam.
5. Boleh juga beli alat ini dan sambung pada botol (boleh beli di Shopee).
Semoga bermanfaat.
Sumber: Shidee Roshadi
Baca Lagi: Cara Buat Penyiram Auto Dari Botol Mineral, Pokok Tak layu Kalau Kena Tinggal Balik Kampung