Dah tanam sayur sawi, kangkung, bendi, kailan di sekitar rumah untuk kegunaan sendiri. Sebagai tambahan boleh juga tanam daun sup. Paling tidak sepasu, mudah nak pakai bila masak sup.
Tanam daun sup ini taklah susah. Asalkan ikut tip dan penjagaan ini pokok akan tumbuh subur. Kalau nak cuba tanam boleh ikut tip penanaman yang dikongsi Wahida Hambali.
Sepasu daun sup untuk kegunaan dapur sendiri. Tip dan cara penanaman adalah seperti berikut;
1. Semai dahulu benih dalam peatmoss atau sabut yang telah disiram baja AB.
2. Semaian akan mengambil masa selama 2 minggu untuk bercambah.
3. Letak semaian di tempat yang teduh dan tidak terdedah kepada cahaya matahari yang kuat.
4. Siram baja AB seminggu 3 kali. Sembur juga dengan baja organik. Saya guna Sri organik ( Sri Anak ) dan Xtra Clouter ( kawal serangga /penyakit) yang berfungsi sebagai penggalak dan foliar pertumbuhan.
5. Selepas 30 hari barulah dipindahkan ke dalam pasu atau bekas tanaman.
6. Teruskan pembajaan dan semburan foliar mengikut jadual utk perkembangan pokok yang baik. Cukup baja, cukup air, cukup foliar, baru pokok membesar subur.
Semoga bermanfaat
Sumber: Wahida Hambali.