Bagi yang sedang berkira-kira untuk beli kediaman pada tahun ini, dicadangkan untuk menangguhkan hasrat selama dua bulan ini dan tunggu hingga masuk tahun 2025. Ini kerana pembelian rumah pada tahun depan akan lebih menguntungkan pembeli.
Perkara ini disarankan oleh seorang ejen cukai berlesen dikenali sebagai Poovarni Rajagopal malalui satu hantaran di laman TikTok.
Menurut Poovarni, berdasarkan pembentangan Belanjawan 2025, ramai terlepas pandang pelepasan cukai yang ditawarkan kerajaan untuk pemilikan rumah pertama.
Ads
“Dua bulan ke hadapan ni jangan beli rumah dulu, tunggu masuk tahun 2025. Ini kerana anda akan dapat menikmati pelepasan cukai sebanyak RM7,000 setahun untuk faedah atas pinjaman bagi rumah berharga RM500,000 ke bawah.
“Manakala pelepasan cukai sebanyak RM5,000 untuk faedah atas pinjaman bagi rumah berharga antara RM500,000 dan RM750,000. Pelepasan cukai ini boleh dituntut selama tiga tahun.
Ads
“Namun, untuk melayakkan anda mendapat pelepasan cukai ini, anda harus menandatangani perjanjian jual beli (SNP) rumah antara tahun 2025 hingga 2027,” jelas Poovarni.
Ads
Justeru jangan terburu-buru untuk membeli kediaman pada tahun 2024 ini, hanya kena tunggu sebulan lebih saja lagi untuk dapat pelepasan cukai yang ditawarkan!
Gelang emas atau rantai tangan emas memang perhiasan diri wajib bagi kebanyakan wanita. Bagi keselamatan supaya tak tanggal akan ada penutup atau pengunci jenis cangkuk ‘S’ bagi gelang dan rantai ini.
Tapi selalu terjadi cangkuk S pada gelang emas atau rantai leher ini bengkok atau rosak. Ada yang patah hingga menyebabkan ia tertanggal. Lagi rugi bila kita tak sedarpun bila tertanggal.
Cangkuk bengkok atau rosak ini berpunca kerana cara kita buka dan menutupnya adalah salah.
Sebenarnya untuk buka dan tutup cangkuk ini ada cara atau tekniknya. Perkara ini dikongsi oleh Mexsu Empire.
Cara buka dan tutup cangkuk ‘S’ pada gelang emas
Kebiasaannya untuk buka kita akan kembangkan cangkuk dengan menariknya ke atas. Cara ini salah.
Begitu juga bila menutupnya kita tindih untuk rapatkan cangkuk. Cara tutup cangkuk S begini juga salah. Kita sangka ia lebih kemas tapi sebenarnya cara ini cangkuk senang patah dan gelang boleh tercicir.
Cara betul pasang cangkuk ‘S’
Cara betul untuk buka cangkuk adalah dengan menolaknya ke depan bukan tarik ke atas.
Manakala bagi menutup cangkuk pastikan kita tutup cangkuk tanpa menindihnya. Pastikan cangkuk rata seperti gambar di bawah, cara ini barulah ia tak rosak atau patah.
Untuk lebih jelas boleh lihat video perkongsian Mexsu ini.
Bagi yang suka bercucuk tanam sayur, petua yang dikongsi oleh Suzurina Binti Muda ini berguna untuk diaplikasikan. Terutama jika tanaman dah terkena serangan serangga, ulat dan siput.
Mempraktikkan kaedah ini pada tanaman bayam brazil yang diserang ulat beluncas halus kini sayurannya itu sudah kembali elok dan subur.
Caranya
1. Ambil bawang putih seulas-seulas boleh juga satu labu kemudian cucuk/ tanam terus dalam tanah dekat dengan pokok sayur.
2. Biasanya benih pokok bawang akan sama naik dengan pokok sayur.
Nampak tak pokok bawang bercambah
3. Kaedah ini juga boleh dibuat pada pokok cili dan sayur lain.
4. Sebelum buat petua yang diperoleh dari video di Youtube bayam brazil yang ditanam tak boleh dimakan penuh dengan ulat beluncas halus. Kini dah hidup subur dan cantik.
Selamat mencuba!
Beli siap bayam brazil dah berakar dan dalam pasu di SINI
Bagi yang bercucuk tanam, cocopeat ini memang bahan utama yang perlu ada. Ia jadi pengganti tanah yang selamat dan baik untuk tanaman. Tapi tak seperti tanah sebelum digunakan cocopeat ini perlu dibilas dulu sebelum digunakan.
Ramai yang tahu dan melakukannya cuma mungkin tak ramai tahu sebabnya. Tariq Syahman berkongsi sebab cocopeat ini perlu dibilas sebelum digunakan selain menerangkan caranya.
Kenapa kena bilas cocopeat
Selalu orang tanya, cocopeat ni kena bilas dulu ke sebelum guna? Dari apa yang saya belajar, memang kena bilas.
TANNIN
Ada cikgu yang cakap kena bilas untuk buang tannin. Tannin ni yang membuatkan air rendaman tu bertukar menjadi kuning/perang.
Tannin ni adalah bahan kimia semulajadi yang sedia hadir dalam sabut kelapa. Kalau terlalu banyak, ia boleh mengganggu penyerapan nutrien oleh pokok. Sedikit sebanyak akan mengganggu pertumbuhan pokok.
Disebabkan tannin ni larut dalam air, cara terbaik untuk kurangkan adalah dengan rendam/bilas secukupnya. Dari apa yang saya baca – sebenarnya tannin dalam cocopeat tak lah mengganggu sangat. Tapi, just to be sure, bilas je lah bukan susah sangat pun.
GARAM
Ada cikgu yang cakap kena bilas untuk buang garam. Kebiasaannya pokok kelapa banyak tumbuh berdekatan laut. Jadi garam dalam tanah tu memang diserap oleh pokok kelapa.
Kandungan garam yang terlalu tinggi dalam cocopeat akan mengganggu pertumbuhan pokok yang kita tanam (kecuali lah kalau kita tanam pokok kelapa).
Disebabkan garam ini larut dalam air, cara terbaik untuk kurangkan adalah dengan rendam/bilas secukupnya.
Cara bilas cocopeat?
Cara 1
Masukkan cocopeat dalam bekas yang sesuai. Isi air kemudian godak-godak dia sampai puas hati lepas tu tapis keluar cocopeat. Ulang sampai air jadi jernih.
Cara 2
Biarkan cocopeat dalam bekas/polibeg. Siram dengan air di bahagian atas sehingga air menitis keluar di bahagian bawah. Pastikan keseluruhan bahagian cocopeat basah. Ulang sampai air yang menitis keluar jadi jernih.
Cara 3
Biarkan cocopeat terdedah kepada air hujan beberapa kali.
Ada cikgu yang cakap kena bilas betul-betul sampai air jernih.
Ada cikgu yang cakap tak perlu bilas beriya-iya. Bilas gitu-gitu pun dah cukup.
Kesimpulannya bilas sajalah asalkan bilas.
Cocopeat ini adalah medium yang sangat kurang nutrien. Jadi, kena lah letak baja yang betul & cukup kalau nak pokok yang kita tanam dalam cocopeat hidup subur & keluarkan hasil yang baik.
Kalau tanam pakai tanah pun, kita masih perlu letak baja. Jadi tak ada beza sangat pun kalau tanam pakai cocopeat. Dua-dua tetap kena letak baja.
Kereta keluar bunyi lain macam sewaktu memandu adalah petanda masalah. Seperti penyakit, biasanya sebelum kereta rosak akan ada tanda-tandanya. Masalah kereta ini boleh antaranya...