Bagi yang sedang berkira-kira untuk beli kediaman pada tahun ini, dicadangkan untuk menangguhkan hasrat selama dua bulan ini dan tunggu hingga masuk tahun 2025. Ini kerana pembelian rumah pada tahun depan akan lebih menguntungkan pembeli.

Perkara ini disarankan oleh seorang ejen cukai berlesen dikenali sebagai Poovarni Rajagopal malalui satu hantaran di laman TikTok.

Menurut Poovarni, berdasarkan pembentangan Belanjawan 2025, ramai terlepas pandang pelepasan cukai yang ditawarkan kerajaan untuk pemilikan rumah pertama.

Ads

“Dua bulan ke hadapan ni jangan beli rumah dulu, tunggu masuk tahun 2025. Ini kerana anda akan dapat menikmati pelepasan cukai sebanyak RM7,000 setahun untuk faedah atas pinjaman bagi rumah berharga RM500,000 ke bawah.

“Manakala pelepasan cukai sebanyak RM5,000 untuk faedah atas pinjaman bagi rumah berharga antara RM500,000 dan RM750,000. Pelepasan cukai ini boleh dituntut selama tiga tahun.

Ads

“Namun, untuk melayakkan anda mendapat pelepasan cukai ini, anda harus menandatangani perjanjian jual beli (SNP) rumah antara tahun 2025 hingga 2027,” jelas Poovarni.

Ads

Justeru jangan terburu-buru untuk membeli kediaman pada tahun 2024 ini, hanya kena tunggu sebulan lebih saja lagi untuk dapat pelepasan cukai yang ditawarkan!

Sumber: Poovarni Rajagopal

Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI