Tayar pancit ketika sedang melalui lebuh raya antara perkara yang diharap tidak berlaku penunggang motor. Lebih lebih lagi jika ‘ride’ sendirian dan tak pula bawa ‘cacing’ dan pam tayar.
Namun begitu, dalam keadaan kecemasan sebegini ada trik yang boleh digunakan untuk membantu penunggang motor untuk memastikan mereka boleh meneruskan perjalanan untuk mendapatkan bantuan.
Trik kecemasan kalau tayar pancit
Trik ini dikongsi oleh Mohammad Ishraf dalam satu perkongsian video di platform TikTok yang Ketika itu berhenti di lebuh raya menemani selepas motor mengalami masalah tayar pancit.
“Motor pancit atas highway? Santai kawan…,” tulis beliau sambil memaparkan video sedang mengumpulkan rumput untuk di sumbat ke dalam ruang antara tayar dan tiub.
Kaedah menggunakan rumput ini bertujuan untuk memberi sokongan kepada tayar supaya ia tidak terus terjejas teruk sehingga tiba di bengkel berdekatan.
Ads
Menurutnya, jika perjalanan diteruskan tanpa sebarang isian, risiko lebih besar boleh berlaku seperti rim tayar menjadi bengkok dan seterusnya menyebabkan kerosakan lebih serius.
Cuba hubungi bantuan peronda PLUS dulu
Selain menggunakan rumput sebagai penyelesaian sementara, penunggang motosikal boleh mendapatkan bantuan daripada peronda lebuh raya yang beroperasi 24 jam.
Untuk makluman peronda ini bukan saja membantu kereta yang bermasalah tapi juga motor.
Mereka mempunyai peralatan termasuk pam tayar dan ‘cacing’ untuk membantu penunggang motosikal yang mengalami masalah tayar bocor.
Ads
Dalam pada itu ramai juga yang menulis dalam dalam bahawa cara ini bukan perkara baru. “Dah pernah buat tahun 1997, masa pakai RXZ. Nak balik kampung malam raya dari Johor ke Terengganu,” ujar Nickyie
Namun perlu diingat bahawa trik ini hanyalah untuk penyelesaian sementara ketika kecemasan.
INFO
Cacing’ merujuk kepada alat pembaikan tayar yang digunakan untuk menampal kebocoran kecil pada tayar tanpa tiub atau tubeless.
Ads
Ia berbentuk jalur getah menyerupai cacing yang dimasukkan ke dalam lubang tayar menggunakan alat khas bagi menutup kebocoran.
Teknik ini sering digunakan sebagai penyelesaian sementara sebelum mendapatkan pembaikan penuh di bengkel.
Kelapa parut memang banyak kegunaannya. Selain diperah untuk santan kita juga juga untuk membuat kuih, kerisik dan sebagainya.
Sebab itu stok kelapa parut ini memang kena sentiasa ada. Jadi elok juga beli dalam jumlah yang banyak supaya senang bila nak digunakan.
Supaya kelapa parut ini masih elok walau pun disimpan lama boleh ikut perkongsian Ani Zam. Cara ini boleh bantu kelapa parut tahan hingga dua hingga tiga bulan.
Cara simpan kelapa parut supaya tahan lama
1. Letakkan kelapa parut di dalam loyang.
2. Taburkan dan gaul garam pada parutan kelapa hingga rata. Fungsi garam adalah agen yang bertindak sebagai anti pereputan.
3. Masukkan loyang ke dalam kukusan yg telah dipanaskan. Kukus selama 15 minit.
4. Biarkan sehingga sejuk dan masukkn ke dalam plastik. Simpan di dlm peti ais bahagian sejuk beku.
5. Kukus semula bila hendak menggunakannya.
Cara ini boleh bantu kelapa parut tahan sehingga 2 @ 3 bulan.
Untuk mendapatkan santan yang pekat , kisar kelapa parut dengan sedikit air kemudian tapis. Boleh kisar sehingga 3 kali kelapa tersebut utk mendapatkan santan yang pekat.
Ada keluarga yang suka dengan lauk kari atau gulai ikan. Dalam seminggu mungkin dua atau tiga kali dihidangkan lauk ini di atas meja.
Sebagai cadangan bagi memudahkan kerja memasak hidangan ini, boleh buat sendiri pes gulai yang dikongsi oleh Zaini Tali ini. Bila nak masak cuma masukkan pes, tuang santan dan masuk asam jawa. Kemudian masak seperti biasa. Tak perlu kisar dan tumbuk apa-apa bahan dah. Senangkan.
Cara buat pes gulai ikan homemade
Bahan-bahan
6 biji bawang merah kecil
6 ulas bawang putih 6 ulas
2 inci halia
2 inci kunyit atau serbuk kunyit
1 sudu besar jintan putih
1 sudu besar jintan manis
1 sudu besar biji ketumbar
1 sudu kecil lada hitam
4 sudu besar cili kering kisar
Cara membuat
1. Kisar halus semua bahan di atas sedikit air (boleh juga kisar tanpa air atau menggunakan sedikit minyak).
2. Tambah sudu besar cili kering supaya lebih pedas. Gaul sebati.
3. Panaskan minyak, tumis bahan kisar tadi sehingga pecah minyak dan garing. Gunakan api kecil.
4. Bila pecah minyak, tutup api dan siaplah pes gulai ikan homemade.
5. Untuk masak gulai, cuma masukkan pes ini bersama santan dan air asam jawa. Kemudian masak macam biasa. Jika mahu tumis pes terlebih dahulu pun boleh. Caranya panaskan sedikit minyak, letak pes dan tumis dengan halba dan daun kari kemudian tuang santan dan masak seperti biasa.
INFO: Pes ini boleh digunakan untuk 2-3 masak. Jika mahu kuantiti pes yang banyak cuma gandakan bahan-bahan. Lebihan pes boleh simpan dalam peti sejuk.
Kalau suka makan ulam elok sangat cuba tanam salad kerinting ini di rumah. Boleh tanam dalam pasu dan cara penanamannya juga ringkas. Paling best lebih kurang sebulan kita dah boleh makan hasil salad yang ditanam sendiri.
Bila tengok, pokok salad kerinting ini naik segar memang seronok dan puas hati. Bagi korang yang nak cuba tanam sendiri, boleh guna panduan yang dikongsi oleh Syed Petani Muda.
Menurut beliau sebaiknya jika mahu tanam salad ini cari biji benih yang berkuali tinggi kerana lebih cepat bercambah.
Cara semai biji benih salad kerinting dan penjagaannya
1. Cari biji benih berkualiti tinggi. Biji benih begini dalam 2 hari dah pecah mata (bercambah).
2. Sediakan medium cocopet/sabut hancur.
3. Tabur biji benih atas sahaja dan tutup dengan cocopeat tipis-tipis.
4. Pastikan cocopet sentiasa berada dalam keadaan lembap selalu.
5. Siram dengan air kosong sahaja. Jika nak baja sedikit pastikan dos yang rendah.
6. Bila dah ada lebih kurang 3-4 helai daun boleh pindah anak pokok dalam bekas yang lebih besar sedikit.
7. Sebaiknya untuk satu pasu tanam 1-2 pokok salad saja.
8. Boleh gunakan tanam yang dicampur dengan baja organik.
9. Siram setiap hari
10. Salad ini sudah boleh dituai dalam masa lebih kurang satu bulan. Caranya sama ada dengan kaedah cabut semua atau potong beberapa helai, dan daun salad akan tumbuh semula.
Panduan tinggalkan kucing sendirian di rumah ini penting bagi yang memelihara banyak anak bulus dan akan meninggalkan mereka di rumah untuk pulang beraya di...