Teknik Betul Beri Kucing Makan Ubat Tanpa Kena Cakar

Share

 

Bagi yang memelihara kucing akan tahu bagaimana susahnya untuk memberi makan ubat atau pil ketika anak bulus ini sakit. Kecoh satu rumah dan tak kurang juga akan ada tangan yang luka dicakar. Hairannya bila di klinik haiwan senang sungguh kucing ni telan ubat.

Sebabnya, kita tak tahu cara atau teknik yang betul . Bagi korang pelihara kucing cara yang dikongsi oleh Klinik Veterinar Chinta Qaseh Sikamat perlu dipelajari hingga mahir supaya mudah untuk dilakukan ketika kucing sakit.

1. Belai kepala dan dagu kucing.

2. Sambil itu pegang ubat di hujung jari.

3. Pegang bahagian kepala kucing dan dongakkan kepalanya.

4. Pada masa yang sama buka mulut kucing dengan tangan yang sama memegang ubat.

5. Masukkan pil dalam mulut kucing dan terus usap bawah dagunya untuk memudahkan kucing menelan ubat selain menenangkannya. Siap!

Untuk lebih jelas ikut tutorial video ini.

Sumber: Klinik Veterinar Chinta Qaseh Sikamat

 

Published by
VK