Teknik Buang Sisa Dapur Dalam Tanah Terus Jadi Baja Kompos. Tiada Bau Busuk, Haiwan Pun Tak Selongkar

Share

Sisa dapur sama ada lebihan makanan dan sayur, kulit buah dan sebagainya selalu dijadikan baja kompos oleh mereka yang bercucuk tanam. Baja ini memang terbaik untuk pokok sayur mahupun pokok buah.

Cumanya untuk buat baja kompos ini akan ada masalah jika sekitar rumah ada haiwan perosak seperti kera, anjing, babi dan sebagainya yang akan menyelongkar tempat simpanan sisa dapur ini. Selain itu masalah bau busuk ketika proses menjadi baja ini juga buat ramai yang tak tahan.

Cara simpan sisa dapur dalam tanah

Tapi jika tak mahu berdepan masalah di atas boleh gunakan teknik yang dikongsi oleh Tarique Syahman. Caranya dengan membuat tempat simpan sisa dapur ini dalam lubang dalam tanah yang ditutupi dengan pokok. Beliau juga berkongsi kaedah yang dilakukan.

1. Sediakan tong sampah plastik berjaring, potong separuh dan gunakan bahagian atas saja. Sediakan juga pinggan stainless steel untuk dijadikan tempat tanam pokok di atas lubang simpan sisa dapur.

2. Korek lubang, ke dalaman yang sesuai. Saiz permukaan lubang mestikan sama dengan  tong sampah. Sementara itu tanah yang dikorek pula disimpan untuk  menanam pokok atau rumput dalam pinggan besi tadi.

3. Bila dah siap lubang, letakkan tong sampah yang dipotong separuh tadi dalam lubang. Lebihan tanah dimasukkan dalam pinggan dan tanam pokok atau rumput di dalamnya.

4. kemudian bolehlah mengisi sisa dapur dalam lubang dan selepas selesai gunakan pinggan besi yang berisi tanaman sebagai penutup.

5. Biarkan sisa dapur mereput, boleh tambah sisa dapur dari masa ke semasa. Cara ini sisa dapur yang dibuang berkurang dan tiada lagi sampah yang berbau.

@tarique.syahman Ni cara saya ‘simpan’ kitchen waste. Biar dia mereput dalam tanah so takda bau busuk. #gengkebun #homegardening #tanamsendiri #gardeningtiktok #gardening #tipstanam #kitchenwaste #compost #composting ♬ Chill out lofi hip hop(912904) – osuga satoshi

Semoga bermanfaat.

 

Published by
VK