Pisang goreng yang sedap kenalah rangup, sampaikan kita sanggup kutip serdak supaya terasa krup krap sewaktu makan hidangan ini.
Tapi kalau ikut cara yang dikongsi oleh Nur Masri ini, tak perlu kutip serdak kerana salutan tepung pisang goreng ini sedia rangup. Jom cuba.
Pisang – dibuang kulit dan dibelah (jenis pisang ikut citarasa)
1 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung jagung
Bes minuman jagung/Serbuk kunyit
Garam
1 biji telur
1/4 sudu kecil kapur makan
Air secukupnya
1. Campurkan semua bahan dalam bekas dan gaul sebati.
2. Bancuhan jangan terlalu pekat dan jangan terlalu cair biar sedang-sedang saja supaya tepung bersalut elok dengan pisang.
3. Panaskan minyak, ambil sedikit bancuhan tepung dan masukkan dalam gelas kemudian tambah sedikit air supaya cair sikit. Kemudian curahkan dalam minyak panas tadi. Ia akan membentuk serdak rangup yang halus.
4. Kemudian ambil pisang yang dicelupkan tepung dan letak atas serdak yang terbentuk.
5. Terbalikkan pisang tadi. Goreng hingga masak.
5. Siap untuk dihidangkan.
Sumber: Nur Masri