Telur goreng separuh masak atau dipanggil telur gedik ini memang ramai peminatnya. Letak sikit kicap di atasnya memang nikmat makan. Biasanya golongan suami dan anak-anak lelaki yang suka.
Buat telur gedik ini nampak macam senang, tapi kan ramai juga yang beberapa kali mencuba tak menjadi. Tak gedik sama ada terlebih masak atau hangus keliling. Susah nak dapat telur yang putih dan cair di dalamnya.
Supaya tak gagal lagi boleh ikut step by step buat telur gedik yang dikongsi oleh Laila Mijan.
Ini cara saya buat telur gedik untuk anak anak dan suami.
1.Mula-mula rebus air sampai menggelegak kemudian ambil senduk kemudian rendam sekejap dalam air mendidik tadi.
2. Kemudian angkat senduk tadi dan sapu dengan minyak masak.
3. Selepas itu pecahkan telur dalam senduk yang disapu minyak tadi.
4. Letak senduk berisi telur atas permukaan air yang menggelegak (macam teknik double boiler). Tunggu telur memutih sekitarnya kemudian baru celup senduk sepenuhnya dalan air panas tadi.
5.Bila dah putih bahagian atas, bolehlah angkat telur tadi. Tos airnya dan hidang.
Ini pula alat yang saya guna untuk sapu minyak pada senduk. Boleh klik SINI untuk beli.
Selamat mencuba.
Sumber: Laila Mijan.