Stok cili kisar memang wajib ada dalam peti ais untuk memudahkan kerja memasak. Tapi masalah bila buat banyak cili kisar adalah, bila simpan dalam peti lebih seminggu akan muncullah kulat putih.
Sudahnya stok cili kisar yang masi banyak tadi terpaksa dibuang. Macam macam petua ada untuk elak tapi selalunya akan timbul juga. Tapi cara yang dikongsi Huda Zainal ini macam tak pernah dengar lagi jadi boleh dicubanya.
Katanya untuk elakkan cili kisar berkulat dia menggunakan kaedah yang dikongsi oleh Youtuber Melisa Maker. Caranya tak letak apa-apa pun cuma simpan cili kisar dalam botol/balang terbalik.
Tak perlu letak apa-apa cuma simpan dalam botol terbalik
Ads
Semenjak kahwin memang tak pernah beli cili boh atau cili giling ready made. Ni sebab terinspirasi dengan ibu mertua.
Cuma masalah utama kalau dah buat stok banyak-banyak cili blend ni akan naik kulat putih bahagian atas. Bukan tak pernah cuba macam-macam petua. Blend dengan minyaklah, masuk bawang putihlah, letak asam kepinglah. Namun lebih daripada 3 minggu kulat putih tu tetap akan muncul.
Semenjak guna method Youtuber Melisa Maker ni. Alhamdulillah, lebih daripada sebulan pun langsung tak naik kulat.
Ads
Ini sebab kulat takkan timbul
Teknik ni Melisa Maker guna untuk simpan cheese dan yogurt. Sebab cheese dan yogurt pun akan muncul kulat bahagian atas.
Jadi terfikir untuk buat simpanan terbalik ni untuk cili blend. Sekarang dah nak hampir setahun guna teknik simpan terbalik ni. Bila terbalik, udara akan berada di atas. Ruang vakum akan terbentuk. Itulah punca kulat tak muncul.
Pastikan cari balang betul betul kedap
Cuma masalah nak simpan terbalik ni, memang kena cari balang yang betul-betul kedap supaya tak terkeluar atau meleleh air cili. Mula-mula dulu sebelum betul-betul nak pastikan penutup balang jenis kedap. Akan terbalikkan dalam bekas lain dulu.
Ads
Kalau ada air meleleh keluar maknanya, penutup tu tak cukup kedap. Sekurang-kurangnya dia meleleh atau terkeluar pun dalam bekas. Tak lah jenuh kita nak mengelap satu peti ais kan?
Saya guna balang kaca paste tomyam Thai aje. Alhamdulillah elok kedap tak meleleh air cili blend tu. Dah lebih setahun saya buat teknik ni.
Dah jumpa corak langsir yang berkenan tapi sayangnya bukan jenis eyelet yang kita pakai di rumah.
‘No worries’ boleh beli dan buat eyelet sendiri. Ataupun, boleh saja terus jahit sendiri langsir dan ikut langkah yang dikongsi oleh Dura untuk tebuk pasang ring eyelet.
Bahan yang diperlukan:
1. Hamparkan langsir dan adjust kedudukan untuk letak ring supaya sama rata. Tiada ukuran untuk letak ring kerana bidang kain tak sama, cuma untuk bidang 60 boleh letak 8 keping ring.
2. Bulatkan dan tanda dengan marker.
3. Kemudian tanda 1/4 di bahagian tepi bulatan supaya senang untuk kita gunting.
4. Guna gunting begini, senang untuk tikam atau cucuk kerana hujungnya sangat tajam.
5. Boleh ‘tikam’ dan gunting bulat ikut ukuran bertanda biru.
6. Siap buat lubang.
7. Ambil ring, belah ring guna pisau. Klik SINI untuk beli ring.
8. Letak bahagian yang tajam ke atas.
9. Pastikan kedudukan ring sepadan, jika tak gunting lagi supaya masuk dalam bulatan.
10. Kemudian satukan ring, ketuk sedikit dengan tangan supaya kemas.
Kerja menggosok baju ini memang renyah dan penat. Waktu ini mula lah teringat kalau ada steam iron kan senang. Gosok sebelah depan, bahagian belakang pun licin sekali. Jimat masa dan tenaga.
Cumanya nak beli seterika jenis ini harganya boleh tahan mahal. Paling murah dalam RM500 sebuah.
Tapi sebenarnya kalau tiada bajet lagi untuk beli, kita tetap boleh dapat hasil gosokan yang sama walau guna seterika biasa.
Caranya dikongsi oleh Jules Pitch, modalnya cuma guna aluminium foil saja. Gosok depan belakang pun licin sekali. Best kan.
Tip gosok baju hasil sama macam steam iron, gosok sebelah saja
“Buat para wanita yang teringin nak pakai steam iron, gosok sebelah saja tapi masih tiada bajet boleh guna tip ini. Caranya;
– Cuma guna aluminium foil saja. Tanggalkan alas iron board kemudian balut dengan aluminium foil.
– Selepas itu pasang semula alas tadi, dah siap boleh guna untuk menggosok dengan seterika biasa.
– Hasilnya bila seterika baju, bahagian belakang akan licin sekali, jadi kuranglah kerja kita.
Biasanya setiap rumah mesti akan ada tabung untuk simpan duit. Paling tidak pun akan ada satu untuk simpan duit syiling atau duit yang kita jumpa dalam rumah.
Tapi pastikan duit yang kita simpan dalam tabung ini tidak bercampur antara duit kertas dan juga duit syiling. Ia untuk mengelakkan kejadian duit reput seperti yang berlaku terjadi pada rakan Lily Noorly Mohd Noor ini.
Duit yang disimpan rakannya dalam tabung tin reput, jumlah pula bukan sedikit hampir RM1k.
Elok juga kita ambil pengajaran daripada kisah ini. Boleh jadi ia berpunca daripada duit lembap yang dimasukkan dalam tin. Ia mungkin penyebab berlaku proses pereputan, apatah lagi ia disimpan dalam tabung jenis besi atau tin.
Duit kertas reput, hancur, lebur RM1k
Sekadar perkongsian bersama, ia terjadi pada sahabat baik sendiri. Niat menabung akhirnya lebur macam tu ja. Semua duit mereput, relai, hancur, bila cuba nak buka dari lipatan.
Kalau ada sesiapa yg simpan duit dalam tabung tin bercampur duit syiling rasanya elok dielakkan. Nak kata apa lagi dah kan. Hampir RM1k lebur, bawa pergi bank tak tahulah terima atau tidak.
Edit: Alhamdulillah, terima kasih yg share dan beritahu boleh tukar dan bank terima. Mudah-mudahan dapat balik ganti.
Untuk pengetahuan duit yang reput seperti ini boleh ditukar di Bank Negara. Duit yang reput tapi masih ada lebih separuh daripada saiz asal boleh menerima nilai penuh.